v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wu Yuzhen, Seorang Pewaris Lagu Rakyat Etnik Dong

2008-08-29 10:24:17 CRI

Etnik Dong ialah satu etnik di China yang hidupnya tidak boleh dipisahkan daripada lagu. Terdapat peribahasa etnik ini yang berbunyi: "Nasi makanan jasmani, lagu makanan rohani". Ini telah mencerminkan pemahaman penduduk etnik Dong ini terhadap kepentingan lagu dan muzik dalam hidup mereka.

Wu Yuzhen yang berumur 23 tahun ini berasal dari kaunti Liping provinsi Guizhou China, seorang gadis etnik Dong yang terkenal pernah dipilih sebagai imej pelancongan etnik Dong di provinsi Guizhou disebabkannya pandai menyanyikan "Lagu Rakyat Etnik Dong". Dia belajar menyanyi lagu rakyat etnik Dong ini daripada guru nyanyi di kampungnya, bersama-sama dengan kanak-kanak etnik Dong yang lain sejak kecil lagi.

Beliau menyatakan, terdapat ramai guru nyanyi di kampung kami. Sesiapa yang berminat boleh belajar menyanyi lagu etnik ini dengan guru nyanyian tanpa sebarang bayaran. Guru-guru ini memandang kerja mengajar menyanyi sebagai kewajipan mereka dan sentiasa mengajar anak-anak muda dengan bersungguh-sungguh. Biasanya, orang berpengalaman dan pandai menyanyikan lagu etnik Dong akan dipilih sebagai "guru nyanyi". Guru ini amat dihormati dalam masyarakat kami. Mereka bertanggungjawab mengembangkan dan meawriskan lagu etnik Dong.

Ibu bapa Wu Yuzhen pernah bekerja di provinsi Guangdong untuk membiaya persekolahan anak-anaknya. Wu Yuzhen amat menghargai peluang untuk belajar yang diperolehnya. Menurutnya, dia hanya dapat membaca buku sesudah menyelesaikan kerja rumah. Dia terpaksa menjadi adik-adiknya, sambil belajar selepas bersekolah. Namun, Wu Yuzhen amat tertarik dengan kehidupan di luar, di kawasan pergunungan itu.

Wu Yuzhen gemar menari dan menyanyikan lagu etnik Dong. Dia dipilih oleh Persatuan Kesenian Lagu Rakyat Etnik Dong Kaunti Liping daripada 100 orang yang mendaftar dan berhasrat untuk menganggotai persatuan itu pada tahun 2001. Demi mencapai kemajuan yang lebih besar, pemimpin persatuan kesenian itu telah menghantarnya bersama-sama dan 9 orang penyanyi muda lain ke sekolah pelancongan kaunti Liping untuk melanjutkan pelajaran.

Dalam tempoh belajar sambil mengadakan pertunjukan kesenian selama beberapa tahun itu, Wu Yuzhen telah menyertai pertandingan menyanyi lagu di bahagian barat China yang dianjurkan oleh stesen TV negara China dan pernah mengadakan pertunjukan kesenian di Rusia dan Ukraine. Dia melanjutkan pelajaran di Fakulti Muzik Kolej Kesenian Universiti Guizhou dan menjadi penyanyi yang terkenal lalu digelar imej "Gadis Guizhou" selepas memperoleh kemenangan dalam pertandingan persembahan di provinsi Guizhou. Kata beliau, saya pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang ilmu muzik vokal, dan mengikuti kursus budaya dan muzik etnik minoriti yang lain di pusat pengajian tinggi.


1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |