v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Realisasikan Konsep "Sukan Olimpik yang Saintifik" dengan Sempurna 

2008-09-04 11:22:12 CRI

Tujuh tahun yang lalu, Beijing dipilih menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik ke-29, dan mengadakan Sukan Olimpik yang santifik turut menjadi satu janji kerajaan China kepada dunia. Selepas tujuh tahun berlalu, banyaklah projek besar yang dilaksanakan oleh China untuk menunai janji itu.

Upacara penutup Sukan Olimpik Beijing telah diadakan di "Sarang Burung", Stadium Negara China pada 24 Ogos yang lalu dan ia menandakan Sukan Olimpik ke-29 sudah pun berakhir. Jika ditinjau kembali Sukan Olimpik yang berlangsung selama lebih daripada setengah bulan itu, banyak sekali babak dan saat yang tak mungkin dapat dilupakan, misalnya upacara perasmian yang gilang gemilang yang diadakan pada 8 Ogos lalu yang, memangnya amat menakjubkan.

Penilaian orang luar terhadap upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing ialah "gemblengan yang sempurna antara semangat Sukan Olimpik dengan sains dan teknologi yang moden". Menteri Hal Ehwal Negara Turki yang dulunya bertanggungjawab tentang urusan sukan, Encik Mehmet Ali Sahin berkata:

"Saya pernah menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik beberapa kali. Bagi saya, upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing paling menakjubkan dan paling sempurna dari segi penggunaan teknologi yang baru."

Dalam upacara perasmian tersebut, persembahan kesenian yang sungguh menarik dan bunga api yang bergemerlapan telah menjadi hidangan kebudayaan yang amat mengagumkan bagi penonton seluruh dunia. Kejayaan persembahan itu memang bergantung kepada teknologi yang baru. Ketua Pusat Operasi Upacara Perasmian dan Penutup Sukan Olimpik Beijing, Wang Ning menjelaskan bahawa berpuluh-puluh jenis teknologi yang baru telah digunakan dalam upacara perasmian tersebut dan ia telah mencipta rekod baru dalam sejarah Sukan Olimpik. Kata beliau:

"Teknologi dan alat-alat yang digunakan dalam persembahan kesenian itu amat rumit. Manakala jumlah alat yang digunakan pula mencipta rekod berbanding dengan beberapa Sukan Olimpik sebelum ini."

Wartawan dimaklumi bahawa alat-alat yang digunakan dalam upacara perasmian Sukan Olimpik kali ini termasuk pentas bergerak dan mesin untuk menaikkan pentas tersebut beratnya mencapai lebih 2,000 tan. Antara alat-alat tersebut, skrin bersaiz mega yang menggunakan teknologi LED telah memainkan peranan penting dalam persembahan itu. Pentas yang panjangnya 147 meter dan lebarnya 22 meter yang menggunakan teknologi LED itu dapat bertukar corak dan rupa melalui perubahan cahaya dan gambar latar untuk membawa para penonton memasuki babak-babak persembahan bagaikan mimpi.

Selain itu, konsep "Sukan Olimpik yang saintifik" juga banyak sekali direalisasikan dalam pembinaan gelanggang untuk menyediakan kemudahan pertandingan yang bertaraf tinggi kepada atlet yang datang dari pelbagai Negara dan wilayah. Beijing telah membina 12 buah gelanggang yang baru yang moden untuk Sukan Olimpik ke-29. Satu daripadanya ialah Taman Mendayung Perahu Olimpik Shunyi yang amat luas yang terletak di bahagian timur laut bandar Beijinga. Taman ini paling besar antara 12 buah gelanggang yang baru dibina. Permukaan air sahaja pun mencatat kira-kira 640 ribu meter persegi. Taman ini merupakan satu-satunya tapak pertandingan di dunia ini yang dapat menyediakan kemudahan bagi kedua-dua acara mendayung, iaitu mendayung kayak dalam air tenang dan mendayung kayak slalom. Atlet dari dalam dan luar negara China memuji tinnggi keadaan taman ini. Atlet skuad mendayung China berkata:

"Laluan air di sini paling baik di dunia."

"Tapak pertandingan ini amat indah, kelengkapan yang disediakan di sini juga amat moden. Teknologinya paling maju, baik di dalam mahupun di luar China."

Menurut statistik, China telah memperuntukkan hampir 10 bilion yuan RMB dalam penyelidikan sains berkait dengan Sukan Olimpik. Sejumlah besar daripada peruntukan ini telah digunakan dalam usaha untuk membina gelanggang sukan.

Pada masa yang sama, teknologi yang baru juga digunakan untuk memastikan atlet dari pelbagai negara dapat bertanding secara adil dan bersih. Menurut maklumat, ujian dadah dalam Sukan Olimpik Beijing paling ketat dalam sejarah Sukan Olimpik. Pusat Ujian Dadah mempunyai alat-alat yang paling maju di dunia dan jumlah pekerja di sana sahaja mencecah 1,000 orang. Jumlah ujian yang dijalankan oleh mereka meningkat menjadi 4,500 kali daripada 3,600 kali ketika Olimpik diadakan di Athens.

Kemunculan jenis dadah yang baru, termasuk Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) menjadi cabaran bagi badan antidadah di dunia,. Walaupun ujian untuk HGH telah dimulakan dalam Sukan Olimpik Athens, namun hasilnya masih belum positif sehingga kini. Oleh sebab HGH berada dalam darah manusia dalam masa yang lebih pendek, sekiranya pengguna menghentikan penggunaan HGH sebelum ujian, keputusannya tidak akan didapati positif. Namun, dalam Sukan Olimpik Beijing, teknologi untuk ujian ini telah ditingkatkan. Pengerusi Agensi Anti-Doping Dunia, John Fahey berkata:

"Teknologi ujian kami banyak ditingkatkan dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu dan lebih berkesan berbanding dengan musim Sukan Olimpik Athens. Kemajuan kami menjadi amaran kepada mereka yang cuba menggunakan HGH, mereka pasti dapat dikesan."

Saudara pendengar, teknologi baru yang kami jelaskan tadi hanya sebilangan kecil daripada seluruh projek "Sukan Olimpik yang saintifik". Pada hakikatnya, hasil sains dan teknologi yang baru banyak sekali digunakan dalam apa jua bidang yang melibatkan Sukan Olimpik Beijing termasuk telekomunikasi, pengangkutan, makanan, ramalan cuaca dan penjagaan keselamatan. Semuanya ini dilakikan untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kepada atlet dan pelancong ketika berada di Beijing. Pada masa yang akan datang, teknologi yang baru juga akan dipromosikan dalam lingkungan yang lebih luas supaya hasil sains dan teknologi dimanfaatkan dengan lebih banyak dalam kehidupan rakyat.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |