v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

GE Akan Tubuhkan Ibu Pejabat Baru di Tanah Besar China

2008-09-19 15:04:41 CRI

Baru-baru ini, "Forum Teknologi Tinggi General Electric" memaklumkan bahawa syarikat tersebut (GE) akan menubuhkan ibu pejabat barunya di 5 buah bandar di Tanah Besar, iaitu di Shenyang, Wuhan, Chengdu, Xi'an dan Guangzhou.

Presiden Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GE di China, Doktor Chen Xiangli memaklumkan bahawa mereka menambah peruntukan ke pasaran Tanah Besar China adalah kerana pihaknya telah menetapkan strategi pembangunan "berada di China dan berkhidmat untuk China" serta menjadikan China "kampung halaman kedua".

Chen Xiangli mengatakan bahawa yang disebut sebagai "kampung halaman kedua" itu adalah perbandingan dengan "tempat asal" syarikat tersebut, iaitu Amerika Syarikat. Namun, itu hanya sejarah. Pada masa yang akan datang, pihaknya akan memberikan perhatian yang lebih besar kepada China. China bukan sahaja merupakan pasaran, malah merupakan pangkalan penyelidikan dan pembangunan penting serta tumpuan pembangunan asas bagi syarikat tersebut.

Wartawan dimaklumi bahawa untuk mempercepat pelaksanaan strategi baru dalam pasaran China, GE telah memperuntukkan 15 juta dolar Amerika ke pusat R&D syarikat ini di China pada tahun lalu. Sebanyak lebih 40 juta dolar Amerika ditambah pula pada tahun ini. Modal penyelidikan dan pembangunan khas itu semuanya akan digunakan untuk penerokaan produk dan teknologi baru yang melibatkan tenaga angin, tenaga suria, arang batu bersih, pemprosesan dan penyahgaraman air, bahan nanometer serta sistem pengangkutan rel.

Selain itu, GE juga merancang untuk meningkatkan kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana China melalui pemerolehan dan penggabungan agar mempercepat perkembangannya di China.

Pada masa ini, lebih 60 buah makmal yang dilengkapi peralatan paling maju di dunia sudah ditubuhkan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan GE di China yang luasnya lebih 40,000 meter persegi. Jumlah penyelidik syarikat tersebut di China kini, sudah meningkat kepada lebih 1400 orang.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |