v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Golongan Pekerja yang Memastikan Perkhidmatan Telekomunikasi dalam Tempoh Sukan Olimpik

2008-09-29 18:15:55 CRI

Sukan Olimpik yang cukup menarik telah berlalu. Pertandingan selama 16 hari itu telah meninggalkan kenangan yang manis kepada kita. Namun, bagi sesetengah orang, ingatan tentang Sukan Olimpik bukanlah pertandingan, sebaliknya ialah setiap satu mesin dan jalur yang memastikan operasi pertandingan berjalan dengan lancar. Dalam ruangan "Majalah Eksplorasi" hari ini, saya akan memperkenalkan golongan pekerja dalam bidang telekomnikasi di Beijing.

Kumpulan China Netcom (CNC) ialah rakan kerjasama perkhidmatan telekomunikasi tetap bagi Sukan Olimpik Beijing. Mereka telah memasang lebih seribu batang kabel optik yang jumlah panjangnya lebih 10 ribu kilometer di 37 buah gelanggang Sukan Olimpik. Kabel optik itu adalah untuk menyediakan laluan isyarat HDTV untuk menyiarkan acara pertandingan dalam Sukan Olimpik, yang beratus-ratus jumlahnya itu. Selain itu, melalui jaringan jalur lebar mereka, iaitu VLAN, jurugambar dari pelbagai negara dapat mengedarkan gambar dengan cara yang paling mudah dan paling cepat. Usaha CNC ini telah menjadikan Sukan Olimpik yang hebat itu dapat dikongsi oleh rakyat seluruh dunia. Pengurus teknologi di gelanggang menembak di bawah Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing, Li Bin menyatakan bahawa perkhidmatan yang disediakan oleh CNC dan juruteknik mereka telah mencapai taraf antarabangsa. Katanya:

"CNC berjaya menyelesaikan tugas penyiaran 15 pertandingan dalam tempoh 9 hari. Antara hasilnya, penyiaran tidak pernah terputus, dan isyarat amat jelas hingga wartawan dapat menyiarkan segera maklumat kepada pihak luar. Pada suatu masa, seorang wartawan dari Belanda memberitahu saya bahawa beliau tidak menyangka kelajuan internet yang disediakan begitu pantas dan beliau dapat melayari laman sesawang negara asing dengan cepat. Sekarang Sukan Olimpik telah berakhir, saya mahu menyampaikan ucapan terima kasih kepada CNC atas sokongannya terhadap usaha kami."

Untuk memastikan kelancaran sistem telekomunikasi di pelbagai gelanggang sepanjang tempoh Sukan Olimpik, pekerja-pekerja CNC menjalankan pemeriksaan terhadap kelengkapan dan talian yang disediakan oleh mereka itu setiap hari. Walaupun tugas ini sudah biasa bagi mereka, tetapi mereka juga menemui kesukaran ketika menjalankannya digelanggang-gelanggang tertentu. Misalnya, di tapak pertandingan basikal bukit dan roda kecil di Laoshan, balapan acara pertandingan tersebut panjangnya 5 kilometer dari kaki bukit hingga ke puncaknya, dan pekerja CNC terpaksa menjalankan pemeriksaan dua kali sehari di sana. Sebenarnya, sebelum Sukan Olimpik dirasmikan, tugas seumpama ini telah pun dimulakan oleh mereka.

Mengikut rancangan persiapan Stadium Tertutup Bola Keranjang Wukesong, bermula pada 23 Julai, sebarang aktiviti pembinaan tidak dibenarkan dijalankan lagi di stadium itu. Namun pada 21 Julai, selepas kelengkapan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing (BOCOG) dipasang dalam stadium itu, didapati mereka tidak dapat melayari laman sesawang melalui komputer mereka. Selepas diperiksa oleh empat kumpulan juruteknik secara bergilir-gilir, didapati bahawa itu bukanlah masalah yang berpunca daripada kabel optik, malah puncanya ialah kuasa yang dilengkapkan oleh BOCOG tidak cukup besar sehingga ia tidak mampu menyambung jaringan yang sudah disediakan dalam stadium itu. Pada masa itu, bagi BOCOG tidak ada kemungkinan untuk menggantikan kelengkapan itu dengan yang baru. Kumpulan CNC segera mengadakan perbincangan sepanjang malam, dan mereka memutuskan untuk memasang kabel optik kaedah tunggal (Single-mode Optical Cable) sepanjang 2,000 meter di sekeliling stadium itu. Pegawai jabatan pengurusan Stadium Tertutup Wukesong, Encik Li Yang berkata:

"Pada pukul 8.00 pagi 22 Julai, tiga pasukan pembinaan yang terdiri daripada 50 orang telah memulakan tugas memasang kabel itu dan tugas itu berakhir pada pukul 7.00 malam. Sejam kemudian, kelengkapan BOCOG mula beroperasi seperti yang diharapkan."

Walaupun Encik Li Yang bercakap dengan nada yang tenang, tetapi tugas tersebut bukanlah perkara yang senang dilaksanakan. Mereka berjaya menyelesaikan tugas itu tanpa melangkaui batas waktu yang ditetapkan.

Pertandingan bola keranjang Sukan Olimpik merupakan acara yang amat menarik perhatian orang ramai. Pekerja CNC akan memasuki stadium pukul 6.00 setiap pagi, dan kerja mereka selalunya berakhir pada pukul 3.00 pagi esoknya. Ketika ditanya bagaimana mereka dapat menyelesaikan tugas yang begitu berat, Encik Li Yang berkata:

"Semangat kerja setiasa menyokong saya. Saya berusaha bekerja bersungguh-sunguh untuk mempamerkan daya China, daya Beijing dan juga daya CNC. Di samping itu, saya mungkin hanya mempunyai peluang sekali ini sahaja untuk berkhidmat kepada Sukan Olimpik."

Gimnasium Universiti Teknologi Beijing telah dibaik pulih menjadi tapak pertandingan bola tampar Sukan Olimpik dan tapak pertandingan Golball orang buta Sukan Paralimpik. Jadi, tugas membaik pulih di sini lebih rumit berbanding dengan gelanggang lain. Puan Zhao Yu, juruteknik CNC yang bertugas di gimnasium ini berkata:

"Ketika kami memasang talian kami telah mempertimbangkan sepenuhnya keperluan orang buta. Semua talian dipasang di tepi dinding dan talian yang dipasang di tempat lain mesti ditutup oleh sejenis papan khas supaya laluan orang buta tidak terjejas."

Selain itu, Zhao Yu dan kawan-kawan mematuhi satu peraturan yang ketat, iaitu tidak boleh sama sekali berlari dalam gymnasium, tidak kira betapa cemas sekali pun keadaan yang dihadapi. Zhao Yu menjelaskan bahawa larangan itu dibuat untuk mengelakkan orang buta daripada dilanggar atau anjing pemandu orang buta diganggu. Mereka juga berharap untuk menjadi pekerjadi belakang tabir. Katanya:

"Bagi kami, Sukan Olimpik yang dianggap berjaya ialah sukan yang pekerjanya menjalankan tugas dibelakang tabir. Maknanya anda tidak merasa pekerja berada di sekitar gelanggang ketika menikmati pelbagai kemudahan. Untuk mencapai sasaran ini, kami mesti mempertimbangkan pelbagai aspek lebih awal untuk memastikan kemudahan dapat dinikmati oleh para atlet, pegawai, wartawan dan penyiar."

Para penonton telah dapat menikmati pertandingan Sukan Olimpik dan Paralimpik yang menarik dengan lancar hasil usaha yang disumbangkan oleh pekerja-pekerja CNC.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |