v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kanak-kanak dan Guru Sekolah Rendah Baijiazhuang

2008-10-16 16:49:38 CRI

Pada tahun 2006, aktiviti pertukaran lawatan di bawah program pendidikan Olimpik "Beijing 2008" yang melibatkan pelajar sekolah menengah dan rendah mula diadakan. Ia merupakan aktiviti pertukaran lawatan kalangan pelajar yang disertai oleh paling banyak negara dan wilayah dalam sejarah Sukan Olimpik. Di Beijing terdapat lebih 210 buah sekolah yang telah menjalin hubungan persahabatan dengan Jawatankuasa Olimpik dan sekolah dari 205 buah negara dan wilayah. Sebagai contoh, Sekolah Rendah Baijiazhuang yang terletak di Daerah Chaoyang Beijing telah menjalin hubungan persahabatan dengan sebuah sekolah di Britain. Pada bulan Jun yang lalu, enam orang pelajar dari Sekolah Rendah Baijiazhuang ini telah mengikuti program lawatan selama seminggu ke Britain.

Suara tersebut adalah suara pelajar Liu Yuanzhe dan kawan-kawannya sedang menceritakan lawatan mereka ke Britain kepada wartawan dan kemudian mereka mulai menyanyi. Liu Yuanzhe ialah pelajar tahun ke-6 Sekolah Rendah Baijiazhuang. Inilah penilaiannya terhadap program lawatan tersebut:

"Yang penting pada saya ialah pelajaran, namun, saya juga hendak menambah kemahiran dalam bidang-bidang lain. Saya tidaklah hanya bermain sahaja dengan mereka, saya selalu memikirkan sesuatu. Saya harap saya menjadi seorang yang berbudi bahasa."

Pada tahun 2006, Sekolah Rendah Baijiazhuang dan Sekolah Rendah Sao Paulo Manchester, Britain menjalin hubungan persahabatan secara rasmi. Kedua-dua pihak telah menandatangani dokumen yang bertujuan mengadakan kerjasama melalui siaran video dalam internet. Antara persepakatan yang dicapai termasuk pelbagai aktiviti yang akan diadakan sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008 hinggalah selepas Sukan Olimpik London 2012. Dalam tempoh lawatan di London itu, Liu Yuanzhe telah menyertai pelbagai aktiviti termasuk menyertai kelas dan bermain bersama dengan pelajar di sana. Liu Yuanzhe menyatakan bahawa kaedah belajar di Britain meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya. Katanya:

"Cara belajar di sana jauh berbeza dengan sangkaan kami. Pelajar-pelajar boleh duduk di lantai untuk mendengar guru mengajar, kemudian mereka menjalankan latihan menurut apa yang diajar oleh guru dalam kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang. Di samping itu, mereka menulis karangan yang terkandung perkataan yang dikutip dan dipotong dari buku-buku dan gambar."

Sebelum pergi ke London, Liu Yuanzhe telah mengenali seorang pelajar dari Sekolah Rendah Sao Paulo melalui emel, dan kedua-dua mereka menjadi kawan. Lawatan ke Britain ini memberi mereka berpeluang untuk bertemu dan hubungan persahabatan mereka bertambah erat. Liu Yuanzhe berkata:

"Dulu saya kenal seorang pelajar dari Britain melalui emel dan saya berpeluang bertemu dengannya ketika saya menyertai aktiviti pertukaran pelajar ke Britain. Sebelum saya kembali ke China, kawan saya itu telah bermain alat muzik 'Jazz Drum' untuk saya. Dia anggota sebuah pancaragam. Oh, saya amat mengaguminya kerana kepandaiannya."

Sekolah Rendah Sao Paulo merupakan salah sebuah sekolah rendah yang paling awal menyediakan kursus bahasa Mandarin di Britain. Liu Yuanzhe berasa amat hairan kerana mendapati bahawa bahasa Mandari amat disukai oleh pelajar-pelajar di sana. Hampir setiap pelajar di sana boleh bertutur satu atau dua ayat dalam bahasa Mandarin. Katanya:

"Mereka belajar bahasa Mandarin di sebuah bilik darjah khas. Setiap pelajar boleh berkata "apa akhbar" dalam bahasa Mandarin."

Walaupun lawatan ke Britain hanya seminggu sahaja, tetapi Liu Yuanzhe memperoleh banyak pengalaman daripada lawatan tersebut. Katanya:

"Faedah yang paling besar yang saya peroleh daripada lawatan ke Britain ini adalah pandangan saya telah menjadi luas. Dulu, saya malu untuk bercakap dalam bahasa Inggeris, tetapi ketika berada di Britain, saya terpaksa juga bertutur dalam bahasa Inggeris dengan kawan-kawan di sana. Dengan berbuat demikian, saya semakin berani untuk bertutur bahasa Inggeris selepas kembali ke China."

Pada tahun lalu, aktiviti pertukaran lawatan pelajar antara China dengan negara lain banyak diadakan, 22 orang pelajar Sekolah Menengah No.8 Beijing telah mengadakan lawatan ke sekolah Perancis, manakala kumpulan pelajar dan guru dari 12 buah sekolah di Daerah Xuanwu Beijing telah pergi ke Greece, Itali dan Switzerland untuk menyertai aktiviti "mengenali tempat asal Sukan Olimpik". Ramai pelajar sekolah rendah Beijing, seperti Liu Yuanzhe, yang telah menambah pengalaman dan meluaskan pandangan serta mengenal ramai kawan melalui aktiviti tersebut. Pengetua Sekolah Rendah Baijiazhuang, Zu Xueyuan menyatakan bahawa pengaruh positif aktiviti tersebut terhadap kanak-kanak amat ketara. Kata beliau:

"Pelajar-pelajar yang dipilih untuk menyertai aktiviti ini lebih pandai menggunakan bahasa, dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar sekolah kami, tetapi mereka juga tidak cukup terbuka ketika berada di luar negara. Selepas mereka kembali, mereka menjadi lebih tenang dan tingkah laku mereka lebih sopan."

Pada tahun 2005, Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan China telah menyusun dan melaksanakan Rancangan Pendidikan Olimpik bagi Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah "Beijing 2008" untuk memperkenalkan pendidikan Olimpik kepada belia dan kanak-kanak yang seramai 400 juta orang di China. Sekarang di seluruh China ada 556 buah sekolah yang terlibat dalam program tersebut. Dalam tempoh Sukan Olimpik Beijing, hampir sejuta tiket pendidikan Olimpik dibahagi-bahagikan kepada pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh Negara. Tiket itu merupakan 14% daripada jumlah tiket Sukan Olimpik yang dikeluarkan. Puan Zu Xueyuan menyatakan bahawa selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir, pendidikan Olimpik mesti diteruskan. Beliau berkata:

"Pendidikan mengenai Olimpik bertujuan membantu kanak-kanak untuk berusaha memahami nilai hidup dan menghargai semangat tidak mengenal kalah. Selepas Sukan Olimpik Beijing berakhir, kami akan meneruskan pendidikan tersebut supaya kanak-kanak membesar dengan baik dalam pelbagai bidang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |