v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Utusan Sukan Olimpik yang Duduk di Kerusi Roda

2008-09-22 12:53:53 CRI

Cik Guan Yan pernah dipilih menjadi pembawa obor Sukan Olimpik Beijing, menjadi jurulatih sukarelawan Sukan Paralimpik Beijing, bertugas sebagai penterjemah kepada Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Philip Craven, dan telah menerima surat penghargaan daripada Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge. Dalam tempoh 22 tahun hidupnya yang ditemani oleh kerusi roda, Guan Yan yang berasal dari Beijing ini tidak pernah bermimpi dirinya akan berhubung rapat dengan sukan utama dunia pada tahun 2008 ini. Beliau memperoleh pengalaman yang begitu mengagumkan itu disebabkan keyakinan diri dan ketabahannya.

Guan Yan sedang membaca surat daripada Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge

Ketika berumur 14 tahun, Guan Yan telah menghidap penyakit yang parah yang menyebabkannya kehilangan keupayaan untuk berjalan. Menurut beliau, mungkin kerana minatnya yang kuat terhadap bahasa Inggeris dan beliau suka mengisi masa lapangnya dengan belajar, maka beliau tidak pernah berhenti belajar selama ini.

Pada tahun 1994, Guan Yan, dengan ditemani ibunya telah pergi ke bandar Dalian untuk belajar bahasa Inggeris selama dua tahun. Selepas kembali ke Beijing, beliau terus diterima masuk oleh Univerisiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU). Sekarang Guan Yan sudah memperolehi sijil peringkat ke-8 bahasa Inggeris, dan sedang meneruskan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Rakyat China. Pada masa yang sama, beliau juga bertugas di sebuah pusat pendidikan jarak jauh sebagai guru bimbingan bahasa Inggeris melalui internet. Di samping itu, beliau juga diundang menjadi guru sukarela bagi beberapa institusi lain.

Walaupun beliau telah belajar dan mengajar bahasa Inggeris beberapa tahun dan juga menyertai aktiviti melibatkan orang asing beberapa kali, tetapi bertugas sebagai penterjemah bagi Pengerusi Jawatankuasa Paralimpik, Philip Craven adalah pengalaman yang julung kali baginya. Pada bulan Mei tahun ini, Guan Yan telah menemani Encik Craven melawat Kota Larangan. Sambil melawat, kedua-dua mereka berbual-bual tentang pengalaman masing-masing serta perkembangan usaha menjamin kebajikan OKU di China.

Guan Yan (pertama dari kanan) menemani Encik Craven (tengah)

Sempena Sukan Paralimpik Beijing baru-baru ini, Encik Craven telah mengunjungi pusat OKU di daerah Dongsi Beijing. Beliau segera mengenali Guan Yan yang sudah menunggunya di sana. Guan Yan sekali lagi menjadi pemandu dan penterjemah kepada Encik Craven. Pada saat perpisahan, Encik Craven telah menulis beberapa patah untuk Guan Yan sebagai kenang-kenangan, iaitu "Many thanks for a great tour with wonderful people."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |