v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Internet Tanpa Kabel di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing
2008-09-23 11:12:45 CRI

Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing

Kini, para pelancong yang membawa komputer riba boleh melayari laman web tanpa kabel di bangunan terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Ini merupakan salah satu perkhidmatan yang baru disediakan oleh lapangan terbang tersebut.

Di lobi bangunan terminal 3, wartawan dapat melihat ramai pelancong yang melayari laman web atau menghantar emel dengan menggunakan komputer riba sambil menunggu penerbangan mereka.

Menurut seorang pegawai Syarikat Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Bhd., sekarang semakin ramai pelancong yang membawa komputer riba ketika melancong. Demi memenuhi keperluan mereka untuk memperolehi maklumat perniagaan, mengurus kerja pejabat dan berhibur, pada bulan Julai lalu, syarikat tersebut dan Kumpulan Telekomunikasi Bergerak China (China Mobile) telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan internet tanpa kabel di bangunan terminal 3 bermula pada bulan Ogos.

Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing

Di dalam bangunan terminal 3 telah dipasang sejumlah 70 unit poin internet tanpa kabel, dan jaringannya meliputi semua tempat dalam bangunan itu. Sekiranya anda membawa komputer riba yang menyokong model Wi-Fi, anda boleh melayari laman web di mana-mana saja di terminal itu pada bila-bila masa.

Langkah yang perlu diambil ialah: setiap pengguna China Mobile perlu menghantar pesanan ringkas SQWLAN ke nombor 10086. Anda akan mendapat nama pengguna dan kata laluan. Menurut pesanan itu, kata laluan yang baru hendaklah segera disediakan. Selepas mendapat jaringan tanpa kabel, ikutlah arahan yang dinyatakan, iaitu isikan nama pengguna dan kata laluan. Dengan berbuat demikian, anda sudah berjaya untuk melayari laman web. Belanjanya hanya lima fen seminit dan jumlah ini akan dimasukkan dalam bil telefon bimbit anda. Bagi mereka yang bukan pengguna khidmat China Mobile, mereka bolehlah membeli kad tambah nilai dari kedai-kedai di terminal tersebut untuk menikmati perkhidmatan internet itu.

Menurut maklumat yang diterima, perkhidmatan internet tanpa kabel ini akan disediakan di ketiga-tiga bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |