v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sumber Paya di Kawasan Punca Sungai Kuning Dipelihara dengan Berkesan

2008-09-24 18:43:04 CRI

Baru-baru ini, wartawan dimaklumi bahawa sumber paya dataran tinggi yang terhad di kawasan punca Sungai Kuning sedang dipelihara dengan baik. Sungai, tasik dan sumber paya yang lain yang terletak di kawasan tersebut juga turut dimasukkan sebagai lingkungan utama yang akan dipelihara.

Sungai Kuning ialah sungai yang kedua terpanjang di China. Ia berpunca dari kawasan Yueguzonglie di sebelah utara Gunung Bayankela yang terletak di selatan provinsi Qinghai. Kawasan itu amat tinggi dari paras laut, jadi, cuaca di sana amat sejuk dan kandungan oksigen dalam udaranya amat kurang. Selepas Sungai Kuning mengalir keluar dari kawasan Yueguzonglie, banyak anak sungainya bertemu dan mengumpulkan air ke dalam "tasik dua beradik" yang paling besar di kawasan itu, iaitu tasik Zhaling dan Eling. Setelah melalui kedua-dua tasik tersebut, Sungai Kuning menjadi lebar dan mengalir deras ke kawasan hilir. Kaunti Maduo Kawasan Autonomi Guoluo yang berpenduduk Etnik Tibet ialah kaunti yang pertama dilalui oleh Sungai Kuning. Sungai ini merentas kaunti tersebut sejauh lebih kurang 300 kilometer.

Di wilayah Kaunti Maduo ini terdapat banyak sekali sungai dan tasik. Ada 4,077 buah tasik terletak di tanah kaunti yang luasnya lebih kurang 25,000 kilometer persegi ini. Itulah sebabnya, Kaunti Maduo ini dikenali sebagai "kaunti dengan ribuan tasik". Dengan itu juga, tempat ini amat kaya dengan sumber paya. Namun, pada tahun-tahun 1980-an hingga 1990-an, disebabkan cuaca sejagat menjadi panas, bencana kemarau berlaku dan aktiviti penternakan tidak terkawal, maka keadaan padang rumput di kawasan punca Sungai Kuning menjadi semakin buruk dan sumber paya tersebut juga turut berkurangan dengan ketara.

Bermula pada tahun 2003, kerajaan tempatan telah mengambil tindakan untuk mengawal aktiviti penternakan bagi melindungi padang rumput supaya ekologi keseluruhan kawasan punca Sungai Kuning terpelihara. Pada tahun 2005, projek perlindungan dan pembangunan ekologi punca Sungai Kuning, Sungai Yangtze dan Sungai Lancang di Qinghai dilaksanakan dengan jumlah peruntukan 7.5 bilion yuan RMB. Mengikut rancangannya, kawasan punca Sungai Kuning dijadikan zon perlindungan utama.

Tasik Zhaling dan Eling merupakan bahagian sumber paya yang paling luas di kawasan punca Sungai Kuning. Menurut Naib Ketua Kaunti Maduo, Pusat Perlindungan Paya Peringkat Negara Tasik Zhaling dan Eling akan ditubuhan di kaunti itu pada tahun 2009 dan jumlah peruntukannya mencecah 3.5 juta yuan RMB.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |