v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Zhou Youxi:Impikan Sampai Salam kepada Seluruh Dunia dalam Pelbagai Bahasa Asing

2008-10-22 14:29:36 CRI

Ketika China berjaya dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29 pada tahun 2001, seorang gadis yang tinggal di Wilayah Autonomi Hui Ningxia China membuat keputusan yang luar biasa, iaitu dia akan berusaha mempelajari beberapa jenis bahasa asing secepat yang mungkin supaya dapat menyampaikan ucap selamat kepada kawan-kawan dari pelbagai negara dan wilayah dengan bahasa mereka masing-masing. Gadis tersebut, Zhou Youxi berumur 16 tahun dan sedang belajar di sekolah menengah rendah. Dia sekarang sudah boleh menyampaikan ucap selamat dalam lebih 100 jenis bahasa.

Pada suatu petang bulan Ogos yang lalu, wartawan kami telah pergi ke sebuah kawasan perumahan di sebelah utara Beijing. Ketika beliau sedang mencari rumah Zhou Youxi di tingkat bawah sebuah bangunan, beliau terdengar seseorang sedang menyanyi dengan suara yang merdu dari sebuah bilik.

"Aku dan enkau sehati sejiwa, dan tinggal bersama di kampung bumi…"

Wartawan cuba mengikut suara itu dan akhirnya telah bertemu dengan Zhou Youxi. Rumahnya ialah sebuah bilik yang luasnya tidak sampai 10 meter persegi. Zhou Youxi sebenarnya, datang ke Beijing setahun yang lalu. Katanya:

"Impian saya adalah untuk menyampaikan salam kepada dunia. Saya hendak bersalaman dan mengucapkan selamat kepada atlet-atlet dari pelbagai negara dan wilayah dalam bahasa mereka yang saya pelajari."

Pada 13 Julai tahun 2001, ketika China berjaya dipilih menjadi tuan rumah Sukan Olimpik ke-29, Zhou Youxi berazam untuk mula belajar bahasa asing. Pada masa itu, gadis yang sedang menerima pendidikan di sekolah rendah ini percaya bahawa melalui pembelajaran selama tujuh tahun, dia tentu dapat menguasai beberapa banyak bahasa asing apabila Sukan Olimpik dimulakan nanti, dan dia boleh memohon untuk menjadi seorang sukarelawan untuk berkhidmat kepada atlet dan jurulatih dari luar negara.

Mula-mula, Zhou Youxi belajar bahasa Inggeris. Katanya:

"Saya, mula-mula, belajar bahasa Inggeris dan setelah belajar hampir empat tahun, berjaya menguasainya. Kemudian, saya belajar bahasa Korea dan Jepun, juga menggunakan masa dua hingga tiga tahun."

Zhou Youxi sekarang dapat berkomunikasi dalam beberapa belas bahasa asing. Jika hanya untuk menyampaikan salam, dia sudah dapat menyatakannya dalam lebih 100 jenis bahasa. Walaupun bahasa Tuvalu, Micronesia dan Vanuatu merupakan bahasa yang kurang dikenali, namun, dia boleh juga bercakap dalam beberapa ayat. Atas permintaan wartawan kami, Zhou Youxi mengenalkan bahasa asing yang dipelajarinya:

Bapa Zhou Youxi, Encik Zhou Bin menyatakan bahawa minat Zhou Youxi yang begitu mendalam terhadap bahasa menjadikannya cepat mencapai kemajuan. Biasanya dia belajar bahasa melalui perbualan dengan warga asing serta menonton filem berbahasa asing berulang kali. Bagi Zhou Youxi, belajar bahasa asing adalah hal yang amat menyeronokkannya.

Selain itu, Zhou Youxi juga melukis gambar bendera kebangsaan setiap negara di atas sekeping kad, dan di sebelahnya ditulis ucap selamat dalam bahasa negara itu. Ini memudahkannya untuk mengulangi perkataan dalam bahasa itu.

Untuk memudahkan anaknya belajar bahasa asing yang betul, Encik Zhou Bin selalu membawa keluarganya berpindah. Misalnya, untuk belajar bahasa Mongolia, mereka pergi ke Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, dan mereka pergi ke Yanbian, kawasan Timur Laut China untuk belajar bahasa Korea. Meraka akan tinggal di tempat-tempat tersebut selama enam bulan atau setahun. Pada masa cuti sekolah musim panas dan sejuk, Zhou Bin juga selalu menghantar anaknya tinggal di rumah warga asing di China.

Dengan sokongan bapanya itu, Zhou Youxi belajar bahasa dengan lebih bersungguh-sungguh. Dia berasa setiap hari dia mencapai kemajuan.

Setahun yang lalu, Zhou Youxi memutuskan untuk berhenti belajar setahun untuk menjadi sukarelawan Sukan Olimpik. Walau bagaimanapun, percubaannya gagal kerana dia terlalu muda. Katanya:

"Mereka yang menjadi sukanrelawan mesti berumur 18 tahun lebih, sedangkan saya hanya 16 tahun sahaja. Jadi, saya tidak layak menjadi sukarelawan yang rasmi. Namun, saya selalu membantu pelancong asing dengan pengetahuan dan bahasa asing saya pelajari."

Pada hujung minggu, Zhou Youxi bertugas sebagai sukarelawan di tapak sesawang untuk menjawab soalan warga asing yang berada di Beijing. Dia berasa dirinya juga berkhidmat untuk Sukan Olimpik. Maka dia tidak berasa kesal kerana tidak dapat menjadi sukarelawan.

Tempat tinggal Zhou Youxi dan bapanya tidak jauh dari Universiti dan Bahasa Kebudayaan Beijing. Di sini ramai pelajar asing belajar bahasa Mandarin. Zhou Youxi sedar bahawa ini adalah peluang yang baik baginya untuk belajar bahasa. Disamping itu, dia juga berpeluang memperkenalkan China kepada warga asing.

Di kampus, ketika melihat para pelajar asing berkumpul berbual-bual, Zhou Youxi akan mengenal pasti dulu apakah bahasa yang digunakan oleh mereka untuk bercakap. Katanya:

"Kalau mereka ialah pelajar dari negara yang hendak saya cari, saya akan meminta bantuan mereka, mencatat nombor telefon untuk memudahkan perhubungan kemudian atau terus menyertai perbualan mereka."

Guillermo Fernanez S. dari Costa Rica mengenali Zhou Youxi melalui cara tersebut. Zhou Youxi mengajar bahasa Mandarin kepada Guillermo, manakala Guillermo mengajar bahasa Sepanyol kepada Zhou. Katanya:

"Kemajuan cepat dicapainya. Dia belajar dengan rajin dan amat suka akan bahasa Sepanyol. Dia amat cerdik."

Menurut Guillermo, dia turut mengetahui lebih banyak kebudayaan China daripada Zhou Youxi. Mereka berbual-bual tentang Sukan Olimpik Beijing dan upacara perasmiannya. Pengenalan sedemikian daripada Zhou Youxi menjadikan Guillermo lebih berminat terhadap China.

Zhou Youxi menyatakan bahawa walaupun dia tidak berpeluang menyampaikan salam kepada atlet negara asing dalam bahasa mereka sempena Sukan Olimpik dan juga tidak dapat menjadi sukarelawan untuk berkhidmat bagi sukan ini, tetapi dia telah menyokong Sukan Olimpik melalui cara lain.

Zhou Youxi memberitahu wartawan bahawa selepas Sukan Olimpik, dia akan terus belajar bahasa asing dengan bersungguh-sungguh dan berharap menyumbangkan usahanya dalam bidang diplomatik China pada masa depan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |