v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kanak-kanak dari Kawasan Gempa Sichuan Tinggal di Hebei dengan Ceria

2008-10-21 14:21:51 CRI

1 hb September merupakan tarikh bagi pelajar-pelajar memulakan persekolahan di China. Mereka beramai-ramai membawa beg sekolah dan memulakan sesi persekolahan seperti biasa.

Bagaimanapun gempa bumi yang melanda kawasan Wenchuan di Provinsi Sichuan, barat daya China pada 12 Mei tahun ini telah memusnahkan banyak sekolah.

Selepas bencana berlaku, seorang petani dari Kaunti Yutian, bandar Tangshan, Provinsi Hebei di bahagian utara China, Encik Song Zhiyong mendaftar diri sebagai sukarelawan untuk menyertai kerja-kerja menyelamat. Di tempat kejadian gempa yang dipenuhi runtuhan bangunan sekolah, beliau menyaksikan kehampaan tertera pada wajah kanak-kanak tempatan yang berhasrat memulihkan persekolahan secepat mungkin. Timbul rasa ingin membantu lalu bercadang membawa sekumpulan kanak-kanak pulang ke kampung halamannya supaya mereka boleh meneruskan persekolahan.

Setelah cadangan tersebut dimaklumkan kepada Sekolah Menengah Yinhe Kaunti Yutian di provinsi Hebei, pemimpin sekolah itu bersetuju dengan cadangannya. Mereka berjanji bahawa akan menjadikan pelajar dari kawasan bencana dilupuskan daripada pembayaran semua yuran dan biaya asrama sebagai tanda sokongan. Selain itu, pihak berkuasa Bandar Tangshan dan Kaunti Yutian menyokong cadangan yang dikemukakan Song Zhiyong dan berjanji akan menanggung perbelanjaan bagi semua pelajar yang berpindah dari kawasan bencana.

Setelah pemohonan secara sukarela dilakukan, seramai 246 murid dari tahun kedua hingga tahun kelima sekolah rendah dihantar oleh Encik Song Zhiyong dari Kaunti An di kawasan bencana ke Sekolah Yinhe di Hebei pada 16 Jun lalu. Pada masa ini, kanak-kanak tersebut telah tinggal di Hebei selama lebih tiga bulan. Bagaimana kehidupan harian mereka di Hebei?

Ketika membuat liputan ke Sekolah Yinhe, wartawan CRI mendapati kanak-kanak tersebut sedang mengikuti kelas secara bersungguh-sungguh. Pembelajaran sama dengan yang ditetapkan secara umum yang melibatkan bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, matematik dan muzik. Selain itu, terdapat banyak kursus sampingan.

Seorang murid lelaki tahun keempat, Li Jun memberitahu wartawan CRI:

"Jadual persekolahan di sini melibatkan semua mata pelajaran yang ditetapkan, tetapi disediakan masa lapang yang mencukupi. Saya sudah menguasai kemahiran menaip dan melukis dengan peralatan pengukir, di samping pengetahuan matematik."

Rakan sekelas Li Jun, Lin Hongmei amat menggemari cara belajar yang disediakan di sini.

Dia berkata: "Saya amat suka belajar di kelas di sini dan bersemangat untuk terus mengikuti kelas itu."

Guru-guru di Sekolah Yinhe berusaha keras menyediakan jadual persekolahan yang bermacam ragam untuk kanak-kanak yang berpindah daripada kawasan bencana.

Ketua Bahagian Sekolah Rendah di bawah Sekolah Menengah Yinhe, Puan Li Cuiling memberitahu wartawan CRI: "Kanak-kanak itu cergas dan pintar. Maka, kami sengaja masukkan mata pelajaran sampingan yang berbeza-beza seperti Akordion, nyanyian, komputer, kraf tangan, seni guntingan kertas, lagu bahasa Inggeris, pidato bahasa Mandarin dan Inggeris, di samping menganjurkan aktiviti sukan yang bertujuan meningkatkan kesihatan mereka melalui pertandingan. Persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah ini ditetapkan mengikut keistimewaan pelajar masing-masing."

Seorang murid perempuan tahun kelima yang dikenali Shu Dan berkata:

"Kami disediakan masa yang seimbang untuk belajar dan bermain. Ini merupakan kaedah yang baik, sebab belajar sambil bermain dapat meningkatkan kecekapan semasa dalam pembalajaran. Saya suka tempat ini."

Seorang guru di Sekolah Yinhe, Encik Sun Jingwei diberi tanggungjawab bagi mengendalikan urusan harian untuk kanak-kanak. Kata beliau: "Pihak pengelola sekolah menjamin setiap murid baru yang berpindah dari kawasan bencana diberi pakaian yang baru. Kami sengaja menggaji tukang masak Sichuan untuk memasak makanan yang sesuai dengan selera mereka. Makanan itu termasuk tembikai, buah pic dan daging ayam yang disediakan setiap hari."

Kanak-kanak yang berpindah dari kawasan bencana ke Hebei tersebut berusia antara 8 hingga 12 tahun. Ini merupakan pertama kali bagi mereka meninggalkan kampung halaman dan berpisah daripada ibubapa masing-masing. Pastinya mereka merindu keluarga. Sementara itu, setiap guru di Sekolah Yinhe berperanan sebagai ibu atau bapa bagi menjaga setiap murid.

Li Cuiling memberitahu wartawan CRI: "Kami menjaga setiap murid itu seperti menjaga anak sendiri supaya mereka hidup dengan ceria dan besar dengan sihat. Para guru di sekolah ini berperanan bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga sebagai ibubapa bagi memberikan perhatian dan kasih sayang kepada murid-murid. Hanya setelah semuanya memuaskan hati murid, barulah kami rasa lega."

Masakan Sichuan jauh berbeza dengan masakan Hebei kerana orang Sichuan suka masakan pedas. Tukang masak yang diberi tanggungjawab mengendalikan makanan harian di kantin sekolah, Encik Liu Yongliang berusaha menyediakan makanan yang beragam macam yang sesuai dengan selera kanak-kanak Sichuan. 

Kata beliau: "Kami menyediakan kueh telur, kueh datar goreng, Youtiao,, roti, sosis panggang dan susu semasa mereka bersarapan pagi, menyediakan sekurang-kurangnya satu masakan Sichuan semasa makan tengah hari dan satu masakan daging rebus semasa makan malam. Makanan utama mereka meliputi nasi, kueh datar besar dan Mantou."

Baru-baru ini, kerajaan Bandar Tangshan memperuntukkan dana dua juta yuan RMB bagi mengendalikan urusan hidup kanak-kanak tersebut. Encik Song Zhiyong yang membawa kanak-kanak tersebut ke Hebei berkata: "Saya menganggap hal ini, iaitu membawa mereka ke sini amat bermakna. Ramai orang menumpukan perhatian terhadap masalah hidup mereka ketika ini. Saya yakin dapat menghapuskan kekhuatiran saudara mara kanak-kanak itu yang tetap menghuni di kawasan bencana."

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |