v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penyelidikan dan Pembangunan Penjelajah Bulan Giat Dijalankan di China

2008-11-10 17:31:15 CRI

Penjelajah bulan (lunar rover) ialah sejenis kenderaan khas yang dapat bergerak sambil menjalankan tinjauan serta mengumpul dan menganalisis sampel di muka bulan. Dengan meningkatkan kemampuan penyelidikan angkasa lepas China, badan-badan penyelidikan sains telah menjalankan penyelidikan dan pembangunan tentang penjelajah bulan.

Di sebuah makmal yang terletak di Shanghai, terdapat sebuah kawasan yang menyerupai bentuk muka bulan yang dibina oleh ahli-ahli sains dan penyelidik. Bahan yang digunakan oleh mereka ialah abu gunung berapi yang hampir sama dengan tanah di muka bulan. Ketika wartawan mengunjungi kawasan tersebut, sebuah penjelajah bulan yang berbentuk segi empat dan dipasang 6 buah roda sedang memanjat jalan yang cerun. Naib Ketua Jabatan Teknologi Baru Institut Projek Sistem Penerbangan Angkasa Lepas Shanghai dan juga petugas projek penjelajah bulan itu, Encik Hu Zhenyu menjelaskan bahawa penjelajah bulan tersebut panjangnya kira-kira 1.5 meter dan lebarnya satu meter dengan beratan kira-kira 120 kilogram. Penjelajah bulan tersebut ialah model generasi ke-3 yang direka bentuk dan dikeluarkan oleh mereka. Berbanding dengan model yang lama, fungsinya sudah banyak meningkat. Beliau berkata:

"Sistem kawalan perjalanan dan sistem panduan arah penjelajah bulan ini dipasang dengan alat peringkat kapal angkasa lepas. Model penjelajah bulan generasi ke-3 ini boleh dikatakan telah mencapai tahap baru dari segi kejuruteraannya, walaupun berdasarkan model generasi ke-2. Dengan ini, terbukti cadangan penyelidikan dan pembangunan penjelajah bulan kami boleh diteruskan."

Wartawan kami dimaklumi bahawa dari tahap pengeluaran alat-alatnya yang berdasarkan prototaip hinggalah ke tahap pengeluaran penjelajah bulan ini, banyak masalah yang terpaksa diselesaikan dari segi teknologi. Misalnya, graviti bulan ialah 1/6 berbanding grarviti dengan bumi, tanah di muka bulan amat mampung dan keadaan ini memberikan cabaran yang lebih tinggi kepada penjelajah bulan. Tambahan lagi, di muka bulan terdapat batu, kawah dan cerun yang curam pula. Dengan keadaan ini, roda penjelajah bulan tidak boleh tergelincir, mesti mampu bergerak ke depan, undur, berpusing dan memanjat cerun. Di samping itu, ia juga perlu menghadapi beberapa masalah, termasuk suhu udara yang sering berubah dan peralihan siang dan malam dalam tempoh yang panjang.

Encik Hu Zhenyu menyatakan bahawa penjelajah bulan yang diselidiki oleh mereka telah mencapai kemajuan yang besar dari segi teknologi penting antaranya termasuk tenaga elektrik, sistem panduan dan penghantaran data. Menurut beliau, di atas tiang yang disediakan di luar penjelajah bulan dipasang sepasang alat penglihatan hampir serupa mata manusia. Alat ini bukan sahaja boleh membantu penjelajah bulan melihat bentuk muka bulan dengan jelas, bahkan boleh mengira jarak walaupun ada halangan. Di samping itu juga, di belakang penjelajah bulan ini disediakan alat pemanas yang boleh dibuka-tutup, yang digunakan untuk memastikan penjelajah bulan menjalankan tugasnya dalam suhu udara 150? hingga -180??Selain itu, kelajuan maksimum penjelajah bulan ini ialah 200 meter sejam.

Selain institut di Shanghai, sekarang terdapat lebih 40 badan yang terlibat dengan aktiviti ini, termasuk Universiti Industri Haerbin, Universiti Penerbangan Angkasa Lepas Beijing dan Kumpulan Sains dan Teknologi Penerbangan China. Pada hakikatnya, keadaan ini menggambarkan perkembangan teknologi penyelidikan angkasa lepas yang maju di China.

"Saya datanglah, bulan ! Meningkat legenda, beberapa ribu tahun yang lalu, seorang gadis, Chang E terbang sampai ke Istana Bulan. Pada hari ini, saya, satelit Chang E I pula datang dan menyampaikan salam dari China: Helo, Bulan!"

Saudara pendengar, suara dan lagu yang saudara dengar tadi itu adalah suara yang dihantar balik oleh satelit China yang pertama yang mengelilingi bulan, iaitu Chang E I dari orbit pengelilingan bulan yang berjarak 380 ribu kilometer dari bumi. Satelit ini dilancarkan oleh China pada bulan Oktober tahun 2007 dan hingga sekarang telah menghantar balik banyak data penyelidikan. Sebenarnya, Chang E I bukan merupakan langkah pertama bagi projek penyelidikan bulan sahaja, bahkan bagi seluruh usaha penyelidikan angkasa lepas di China. Menurut rancangan yang telah diatur, China dijangka membuat pendaratan penjelajah bulan di muka bulan menjelang tahun 2012 di samping memulakan perjalanan dan penyiasaan di sana. Menjelang tahun 2020 pula, sampel tanah bulan akan dibawa balik ke bumi.

Dengan latar belakang tersebut, penyelidikan dan pengeluaran penjelajah bulan telah dimasukkan agenda yang penting oleh beberapa badan penyelidikan kerana penjelajah bulan merupakan alat utama bagi melaksanakan projek penyelidikan bulan. Institut Kenderaan Utara China juga sedang menjalankan penyelidikan tersebut. Penjelajah bulan yang direka bentuk oleh mereka, rupanya tidak berbeza sangat dengan yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan Shanghai yang telah kami perkenalkan tadi. Namun, pereka penjelajah bulan dari institut tersebut, Encik Su Bo menyatakan bahawa hasil ciptaan mereka mempunyai daya bergerak yang lebih kuat kerana roda yang direka khas itu diperbuat daripada logam.

Encik Mao Ming dari Institut Kenderaan Utara China pula memberitahu wartawan bahawa mereka mengumpulkan pelbagai jenis abu gunung berapi untuk meniru persekitaran bulan. Melalui ujian yang ditetapkan, ada penjelajah bulan mereka yang boleh melepasi halangan setinggi 600 milimeter. Beliau berkata:

"Di muka bulan terdapat abu gunung berapi dan juga ada tanah yang amat berbeza dengan tanah di bumi. Kami pergi ke kawasan timur laut China khusus untuk mengambil abu gunung berapi yang bermacam-macam jenis dan mencampurkannya untuk mencipta persekitaran seperti di bulan,. Melalui ujian yang dijalankan berulang kali di atas tanah itu, kami dapat menetapkan apa jenis roda yang lebih sesuai untuk bergerak di atasnya."

Seiring dengan usaha yang dijalankan oleh badan-badan penyelidikan tersebut, kami percaya banyak penjelajah bulan yang akan dicipta oleh China dan dipamerkan kepada orang awam nanti. Ketua Komander Projek Penyelidikan Bulan China, Encik Luan Enjie mendedahkan baru-baru ini bahawa penjelajah bulan yang akan dihantar oleh China ke bulan beberapa tahun lagi tentu dihasilkan berdasarkan kelebihan hasil penyelidikan pelbagai badan penyelidikan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |