v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengenalan mengenai Rumah Warga Emas Yangtaishan di Beijing Gunakan Kemudahan Mesra Alam yang Jimatkan Sumber Tenaga

2008-11-04 10:30:49 CRI

Rumah Warga Emas Yangtaishan terletak di sebelah barat laut bandaraya Beijing dan lokasinya dilihat sebagai punca air dan udara bersih bagi ibukota negara ini. Untuk mengurangkan pelepasan bahan yang tercemar dan menjimatkan penggunaan sumber tenaga, pihak pengelola Rumah Warga Emas Yangtaishan giat memperbaharui sistem pembekalan tenaga elektrik, pembekalan tenaga pemanas semasa musim sejuk dan pembekalan air sejak sekian lama.

Pada masa ini, Rumah Warga Emas Yangtaishan dipilih oleh kerajaan bandar Beijing sebagai contoh mengusahakan penjimatan sumber tenaga dan tindakan mesra alam.

Rumah Warga Emas itu seluas lebih 3 hektar berhampiran Taman Hutan Jiufeng dan Taman Hutan Yangtaishan yang kadar liputan perhutanannya melebihi 90%. Kawasan itu terkenal dengan udara yang segar dan air yang jernih.

Rumah Warga Emas itu mula beroperasi pada tahun 2000. Tidak lama beroperasi, Ketua rumah warga emas itu, Encik Xu Zhongtang mendapati berlaku satu masalah, iaitu pelepasan kotoran daripada tanur pemanas yang menggunakan arang batu sebagai bahan bakar agak teruk sehingga kebersihan di kawasan sekitarnya terjejas. Jadi, pihak pengelola membelanjakan 400 ribu yuan RMB bagi menggantikan dua tanur lama kepada tiga tanur baru yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Dengan demikian, pencemaran terhadap udara dapat dikurangkan dengan ketara.

Bagaimanapun, setelah harga minyak meningkat secara beransur-ansur, pihak pengelola Rumah Warga Emas Yangtaishan terpaksa membayar kos yang mahal bagi  operasi alat pemanas semasa musim sejuk. Maka, pihak pengelola beralih pula kepada penggunaan tenaga solar.

Pada tahun 2007, berdasarkan bantuan dan sumbangan derma daripada kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat, pengelola Rumah Warga Emas Yangtaishan mampu membelanjakan lebih 2.6 juta yuan RMB membina sistem pemanas seluas 1,400 meter persegi untuk kegunaan musim sejuk. Sistem yang menggunakan tenaga solar tersebut mengutamakan pam air panas dan dilengkapi dengan pam udara panas.

Ketua Rumah Warga Emas Yangtaishan, Encik Xu Zhongtang berkata kepada wartawan CRI: "Kami bukan sahaja membina kemudahan yang menggunakan tenaga solar, tetapi juga memajukan sistem peredaran pusat tanur. Kami berjaya mengekalkan suhu dalam setiap bilik pada 20 darjah selsius ke atas semasa musim sejuk tahun lalu, iaitu lebih hangat daripada tahun-tahun sebelum itu."

Kata Xu, setelah sistem pemanas yang menggunakan tenaga solar beroperasi di Rumah itu, barulah pihak pengelola mendapati penerima faedah yang terbesar daripada usaha mesra alam ialah diri sendiri. Sistem pemanas lama yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar menelan biaya kira-kira 800 ribu yuan RMB sepanjang satu musim sejuk. Angka itu dikurangkan kepada 200 ribu yuan RMB sahaja setelah ditukarkan kepada sistem pemanas baru yang menggunakan tenaga solar.

Xu Zhongtang berkata: "Kami bertujuan melindungi alam sekitar dan memulakan persiapan yang berkaitan dengan pembinaan kemudahan tenaga solar sejak 5 tahun lalu."

Seawal tahun 2004 dan 2006, pihak pengelola Rumah Warga Emas Yangtaishan mengambil keputusan untuk menambah lapisan penahan kesejukan di bumbung dan menambah tingkap keluli dua lapisan di setiap bilik. Perbelanjaan itu mencecah hampir sejuta yuan RMB, tetapi kos operasi kemudahan alat pemanas dapat dijimatkan dengan ketara kerana kehangatan dalam setiap bilik bertahan lama.

Selain kemudahan pemanas, sistem rawatan air kumbahan dapat dibina di Rumah Warga Emas Yangtaishan pada tahun 2005.

Kata Xu Zhongtang: "Setelah melakukan usaha selama 8 tahun, kami berjaya merealisasikan matlamat tidak mengeluarkan asap dan air kotor di Rumah Warga Emas ini. Air kumbahan akan dialirkan melalui sistem rawatan dan boleh digunakan untuk menyiram tanaman."

Sistem rawatan air kumbahan yang dipasang itu mampu mengendalikan100 tan air kumbahan setiap hari. Air yang dikeluarkan daripada sistem itu boleh digunakan untuk mencuci jalan atau pekarangan rumah dan menyiram tanaman. Sebanyak 1,400 tan air bersih dapat dijimatkan setiap tahun dengan adanya peralatan rawatan air kumbahan tersebut.

Ketika bersiar-siar di pekarangan Rumah Warga Emas Yangtaishan, wartawan CRI mendapati sebuah kolam penyimpanan air seluas 400 meter persegi yang digunakan untuk menyimpan air telaga. Tanah pertanian berhampiran kolam itu penuh dengan tanaman mentimun, kacang panjang hijau, sayur bayam dan bawang hijau.

Seorang wanita berumur 82 tahun, Luo Lan, yang sudah berada di Rumah Warga Emas Yangtaishan selama dua setengah tahun kelihatan sihat. Semasa ditemui, Beliau berkata: "Udara di sini segar dan saya dapat nampak langit yang biru serta awan yang putih kerana tanpa pencemaran. Saya akan bersiar-siar di kawasan bukit apabila cuaca baik. Saya gemar beriadah."

Di Rumah Warga Emas Yangtaishan, penghuninya selalu berkumpul bagi menjalani aktiviti rutin bersama seperti main catur, daun terup, dan bola pintu. Yi Ke, seorang wanita berumur 86 tahun, Yi Ke, berpindah ke Rumah Warga Emas itu pada awal tahun ini setelah disyorkan oleh rakan. Beliau suka tempat itu walaupun tinggal di sana tidak lama.

Kata Yi Ke: "Alam sekitar di sini bagus. Lokasinya seperti satu lembah yang dikelilingi gunung pada keempat-empat seginya. Terdapat hutan pokok apricot di luar rumah ini, manakala dalam pekarangan rumah, terdapat pokok-pokok sipres. Tambah lagi, saya dapat nampak air kolam yang jernih dan air sungai yang mengalir. Sebuah taman kecil dibina dengan rapi di pekarangan rumah.".

Ketua Rumah Warga Emas Yangtaishan, Xu Zhongtang memberitahu wartawan bahawa pihaknya bekerjasama dengan Hospital Angkasa Lepas Beijing dan penghuninya dapat menikmati perkhidmatan yang disediakan doktor dari hospital tersebut pada masa yang tetap sepanjang tahun. Jika berlaku kecemasan, pihak pengelola rumah warga emas itu akan serta-merta menghantar ambulans membawa pesakit ke Hospital Angkasa Lepas Beijing untuk mendapatkan rawatan.

----DAZHONG

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |