v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Teknologi Baru akan Membaiki Kehidupan Rakyat

2008-11-17 10:46:00 CRI

Ekspo Hasil Teknologi Baru Antarabangsa China ke-10 diadakan di Shenzhen, selatan China baru-baru ini.

Dalam ruang ekspo tersebut, terdapat sepasukan pemain muzik yang terdiri daripada hampir 10 orang. Keistimewaan pasukan pemuzik ini adalah di depan setiap mereka disedikan LCD yang menggantikan kertas skor muzik yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pemain muzik. Seorang Profesor dari Konservatori Muzik China, Encik Fan Zuyin memberitahu wartawan bahawa skor muzik ialah satu alat yang tidak boleh kurang bagi seseorang pemain alat muzik ketika membuat persembahan. Pemain muzik perlu selalu membuka halaman skor muzik ini sehelai demi sehelai, dan hal ini bukannya mudah bagi para pemain muzik. Skor muzik elektronik yang dipamerkan dalam ekspo kali ini telah menyelesaikan masalah tersebut. Ia boleh membuka halaman yang baru secara automatik mengikut muzik yang sedang dimainkan. Profesor Fan berkata:

"Di negara-negara lain, skor muzik elektronik sentiasa diselidiki, tetapi tidak ada hasil tercapai. Skor muzik elektronik yang dihasilkan oleh penyelidik China pula telah mula digunakan dalam kumpulan seni. Dengan itu, China telah mendahului negara lain dalam bidang tersebut. Selain itu, skor muzik elektronik ini boleh dipinda bila-bila sahaja?dan fungsi ini amat baik."

Sejak Tahun 1999, Ekspo Hasil Teknologi Baru Antarabangsa China diadakan setahun sekali dan dikenali sebagai "pameran utama tentang sains dan teknologi China". Tema ekspo kali ini ialah "sains dan teknologi boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan inovasi membaharui dunia". Dengan itu, pelbagai teknologi baru yang dipamerkan kali ini mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan rakyat. Pengusaha set televisyen China, contohnya? telah menawarkan hasil terkini mereka yang menggabungkan pelbagai jenis teknologi yang baru supaya set televisyen yang dikeluarkan oleh mereka mempunyai lebih banyak fungsi yang baru.

Di gerai pameran Syarikat Konka, sebuah set televisyen telah menarik perhatian pengunjung. Wartawan melihat seorang pengunjung memakai sepasang sarung tangan khas, dan ketika orang itu menggerakkan tangannya secara mendatar, saluran TV bertukar mengikutnya, manakala ketika dia memusingkan tangannya, kederasan suara pula berubah.

Encik Wang dari Syarikat Konka menjelaskan bahawa "kunci" teknologi tersebut disimpan dalam sarung tangan ini. Sarung tangan yang mempunyai fungsi refleksi inframerah ini mampu mengenali isyarat tangan untuk menjalankan kawalan terhadap televisyen. Menurut beliau, tujuan mereka yang menghasilkan produk ini pada asasnya adalah untuk mendatangkan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung. Kata beliau:

"Saya rasa golongan muda yang mengejar keistimewaan akan berminat kepada produk kami. Sekarang banyak jenis permainan yang dapat membuat pemain sambil terhibur sambil menggerakkan badan. Kami memang hendak mencipta sejenis alat yang kelihatan istimewa dan penuh bergaya supaya keperluan pelbagai lapisan masyarakat dapat dipenuhi."

Antara pengunjung yang ditemui oleh wartawan, sesetengahnya menyatakan bahawa perkembangan sains dan teknologi banyak mengubah corak kehidupan mereka. Banyak perkara yang tidak sangkakan akan wujud dulu, kini menjadi sudah kenyataan.

Dalam ekspo kali ini terdapat banyak produk yang dipamerkan amat menarik, misalnya hasil teknologi penerbangan angkasa lepas yang canggih. Pada bulan Oktober yang lalu, kapal angkasa lepas "Shenzhou VII" telah berjaya menyelesaikan tugasnya. Beberapa barangan yang dibawa oleh "Shenzhou VII" telah dipamerkan dalam ekspo kali ini, antaranya termasuk jam tangan dan katil yang pernah digunakan oleh angkasawan yang berkenaan. Selain itu, dalam ekspo kali ini ahli sains China juga mempamerkan kemajuan dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran "robot angkasa lepas" dan hasilnya. Menurut ahli akademi kejuruteraan China, Cai Hegao, China dijangka akan melancarkan sebuah satelit pada tahun 2011 untuk menjalankan ujian terhadap fungsi lengan "robot angkasa lepas" yang diciptakan oleh mereka.

Sidang Pleno Ke-3 Jawatankuasa Pusat Ke-17 Parti Komunis China telah membuat keputusan strategik yang baru tentang pembaharuan dan pembangunan di desa China. Oleh itu, teknologi yang baru untuk menggalakkan pembangunan sektor pertanian juga menjadi tumpuan ramai dalam ekspo kali ini. Umum tahu bahawa tanah pertanian China yang mewakili 7% jumlah pertanian di dunia mampu membekalkan bahan makanan kepada 22% penduduk di dunia. Hal ini berlaku disebabkan teknologi pertanian yang tinggi di China yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan memastikan bahan makanan yang cukup banyak.

Dalam ekspo kali ini, wartawan juga telah menyaksikan gandum dan padi yang ditanam dengan menggunakan teknologi yang tinggi, teknologi pengairan yang moden, dari projek pertanian yang juga berteknologi tinggi, dari pelbagai tempat di China. Di salah sebuah gerai pameran, wartawan kami mendapat maklumat tentang teknologi pengeluran pisang secara besar-besaran. Encik Gan Donghai menjelaskan kepada wartawan bahawa pada masa dulu, skop penanaman pisang di provinsi Hainan China amat kecil, namun, dengan teknologi penanaman moden yang popular, sekarang, pengeluaran yang berskop besar dilaksanakan di sana. Kata Encik Gan:

"Dulu, kos penanaman anak pisang lebih daripada satu yuan RMB sebatang, manakala sekarang, ia hanya memerlukan 20 sen sahaja. Inilah kesan penggunaan teknologi pengeluaran anak benih yang baru. Di seluruh ladang pisang, anak benih tumbuh dengan rapi. Bagi pengusaha, pengendaliannya lebih mudah dan pemetikan hasil nanti juga senang sekali."

Wartawan juga dimaklumi bahawa teknologi tersebut telah dipromosikan di provinsi Guangdong dan Guangxi yang berjiran dengan Hainan. Pisang sudah menjadi satu daripada tanaman ekonomi utama bagi kaum tani di kawasan tersebut untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Hasil penyelidikan sains dan teknologi yang dipamerkan dalam ekspo kali ini melibatkan hampir semua bidang dalam kehidupan manusia, justeru hubungan antara teknologi tinggi dengan kehidupan orang awam kini, dirapatkan lagi.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |