v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kaum-kaum dan Mazhab-mazhab Islam di China

2005-12-02 12:48:37 CRI

Kebanyakan penganut agama Islam di China bermazhab Hanafi yang tergolong kaum Sunah. Bagaimanapun, kebanyakan etnik minoriti Tajik dan beberapa etnik Uygur di China merupakan kaum Syiah tetapi jumlah mereka sangat kecil, dan mendiami kawasan Xinjiang. Kedua-dua fahaman tersebut juga dipengaruhi oleh mazhab-mazhab lain yang terdapat di China.

Penganut Islam di China percaya akan ajaran asas Islam dan mereka juga menerapkan falsafah dan unsur positif China sebagai sumber tambahan untuk memahami agama Islam yang sebenarnya. Perbezaannya bergantung kepada apa yang diajar oleh ketua masing-masing mengikut apa yang difahami tentang Islam atau mengikut pendapat ulama Islam lain dari dunia Arab.

Misalnya, Iblaxin Ma Mingxin, ketua fahaman Zheherenye telah pergi ke Mekah(1719-1781) untuk menunaikan fardhu Haji bersama-sama bapa saudaranya pada tahun 1728, tetapi mereka telah berpisah antara satu sama lain akibat ribut pasir di gurun Asia Tengah.

Beliau telah diselamatkan dan kemudian telah pergi ke Masjid Muhammad Bulusheni di Yemen dan mempelajari fahaman Sufi selama beberapa tahun. Beliau banyak kali mengerjakan ibadat Haji. Pada tahun 1744, beliau kembali ke China untuk mengajar fahaman Sufi kepada orang-orang China Islam.

Ajaran-ajaran beliau membawa kesan yang mendalam sehingga beliau memperkenalkan cara mengerjakan ibadat mengikut fahamannya. Misalnya, beliau telah mengehadkan sembahyan Sunat Masjid 4 rakaat, sembahyang Jumaat 2 rakaat dan sembahyang Sunat selepas sembahyang Jumaat 4 rakaat.

Selepas sembahyang Subuh, beliau menganjurkan bacaan "Zikir" dengan suara yang lantang mengingati Allah. Perbuatannya itu berbeza dengan amalan penganut Islam agama yang berfahaman lama bahawa mereka perlu bersembahyang Sunat masjid 2 rakaat sembahyang Sunat 4 rakaat, sembahyang Sunat 4 rakaat sebelum sembahyang Jumaat, sembahyang Jumaat 2 rakaat dan sembahyang Sunat 4 rakaat selepas sembahyang Jumaat dan mereka memilih untuk membaca doa secara senyap.

Beliau juga menekankan tentang perlunya ciri-ciri hiasan dalam membina sebuah masjid. Pengikut-pengikut fahaman ZheHerenye, bagaimanapun, lebih suka kepada ciri-ciri kesederhanaan dalam membina tempat ibadat. Mereka percaya bahawa keimanan hendaklah datang dari ketakwaan umat Islam itu sendiri dan bukan daripada hiasan masjid-masjid tersebut. Kesederhanaannya menarik minat ramai penganut agama Islam dari seluruh China dan mereka bercanggah pendapat dengan penganut-penganut Islam tradisional.

Percanggahan pendapat dan perbezaan fahaman agama mereka telah menyebabkan kerajaan Dinasti Qing telah campur tangan melalui tindakan ketenteraan. Dalam pertelingkahan itu, Ma Mingxin, ketua fahaman Zheherenye telah mati syahid pada tahun 1781 di Lanzhou. Kerajaan Dinasti Qing menyokong puak Islam tradisional.

Bagaimanapun, pengaruh fahaman Zheherenye masih kekal di China sehingga hari ini. Beliau dianggap mati syahid. Sembahyang berjemaah dan membaca doa dan tahlil kerap diadakan untuk mempertingati kematiannya sebagai seorang yang telah syahid.

Oleh sebab Islam berkembang ke China pada zaman yang berbeza-beza, ia telah membawa perbagai fahaman atau puak, berdasarkan persekitaran dan latar bekalang sejarah penduduk-penduduk tersebut.

Selain yang dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi fahaman-fahaman dan puak-puak yang lain. Akan tetapi, terdapat juga persamaan dalam fahaman-fahaman antara puak-puak tersebut, yang dikongsi tanpa menghiraukan latar belakang mereka yang berbeza.

Seperti puak-puak di negara Islam yang lain, puak-puak Islam di China juga mempunyai perbezaan dalam cara melaksanakan ibadat, tetapi pada dasarnya tidak terdapat perbezaan akidah. Perbezaan kecil dalam cara dan amalan melaksanakan ibadat, itu disebabkan oleh guru-guru yang awal yang membuat kesimpulan berdasarkan kepada pemahaman atau ilmu masing-masing dalam pelbagai tafsiran.

Fakta sejarah adalah faktor utama lahir dan wujudnya semula puak-puak agama yang lain. Puak-puak itu sudahpun wujud pada zaman awal perkembangan Islam dan memainkan peranan positif dalam menyebar dan mengembangkan ajaran Islam. Semasa agama Islam diperkenalkan dan berkembang dalam masyarakat Islam yang semakin besar, dengan ajaran Islam yang kekal dan tidak berubah, peranan puak-puak ini terus berkembang mengikut kemajuan dan perkembangan sejarah umat Islam itu sendiri. Kumpulan etnik minoriti Islam, juga tidak ketinggalan, hidup bersama secara harmoni dalam persaudaraan sejagat.

----Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |