v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Laluan-laluan Mubaligh Islam ke China dan Empat Ulama terkenal di China

2005-12-02 12:48:37 CRI

Laluan Mubaligh Islam ke China yang utama ialah Jalan Sutera. Laluan darat yang telah menghubungkan China, Parsi dan dunia Arab. Berdasarkan sejarah, Jalan Sutera menjadi terkenal melalui pertukaran perdagangan dan kebudayaan. Apabila Parsi dan Asia Tengah menjadi negara-negara Islam, pengaruh Islam telah berkembng sehingga ke bahagian barat laut China melalui Jalan Sutera. Di Xinjiang, pengislaman penduduk tempatan sudah bermula sejak abad kelapan sehingga penduduk wilayah itu hampir semuanya beragama Islam pada abad ke 15 dan 16. seterusnya, semua kaum daripada latar belakang etnik yang berbeza telah memeluk agama Islam. Ini adalah satu kemajuan besar dalam sejarah perkembangan Islam di negeri China. Sehubungan dengan itu, kesan perkembangan Islam di Xinjiang dapat dilihat di daerah-daerah Qinghai, Gansu dan Ningxia. Maka Islam telah menjadi agama yang diikuti ramai di Barat Laut China.

Laluan Mubaligh Islam ke China kedua terpenting ialah Jalan Laut. Pada awalnya, saudagar-saudagar Arab dan Parsi telah datang ke bandar-bandar pelabuhan di selatan China melalui jalan laut. Aktiviti-aktiviti perniagaan mereka dan kebudayaan Islam dapat dilihat melalui reka bentuk masjid-masjid lama di Guangzhou, kesan tinggalan sejarah dan ukiran dan tulisan Arab pada batu nisan yang dijumpai di kawasan perkuburan di sana. Walaubagaimanapun, pengaruh Islam melalui Jalan Laut hanya dapat dikesan semula pada awal kedatangan Islam ke China. Tiada tarikh yang tepat dapat kerana kesan tinggalan sejarah telah rosak ditelan zaman atau musnah semasa peperangan. Selain masyarakat Islam di daerah Yunnan di selatan China, kebanyakan masyarakat China juga terdapat di sepanjang Jalan Sutera di barat laut China.

Empat Ulama Terkenal Dalam Sejarah China.

Wang Daiyu(1584-1670) telah memperkenalkan konsep budaya Islam sambil membezakannya dengan budaya China. Beliau amat mahir dalam bidang pengetahuan tradisional China dan beliau telah memanfaatkan pengetahuan itu untuk menyebarkan pengetahuan Islam di China. Pandangan beliau telah banyak mempengaruhi masyarakat Islam sepanjang zaman.

Karya-karya tulisan beliau yang terkenal ialah: "Penjelasan Tentang Agama Islam Yang Betul" dan "Pengetahuan Tinggi Qing Zhen"

Yusuf Ma Zhu dilahirkan di daerah Yunnan. Karya terkenal beliau "Arah sebenar Islam" yang berkaitan sejarah Islam, falsafah dan undang-undang yang menitikberatkan bahawa Islam haruslah difahami dengan mengenali sifat-sifat Pencipta-Allah sebagai teras kepada semua pengetahuan. Beliau juga mencadangkan pelaksanaan prinsip-prinsip Islam sebagai sesuatu yang amat penting bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan sosial dan mengekalkan keadilan serta kesejahteraan masyarakat.

Liu Zhi(1665-1745) ialah cendikiawan yang ulung, beliau dilahirkan di Nanjing dan pengetahuan Islamnya yang mendalam telah memberi beliau reputasi yang tinggi di kalangan masyarakat China Islam dan bukan Islam. Hasil karya beliau yang terkemuka "Tian Fang Jian Li"(etika dalam Islam" adalah satu-satunya buku dalam bahasa Mandarin tentang Islam yang telah dikumpulkan dalam ensiklopedia bereputasi tinggi yang diizinkan oleh kerajaan pada zaman Dinasti Qing.

Karya beliau telah diakui oleh cendekiawan-cendekiawan tradisional China sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi memahami dengan lebih jelas tentang kehidupan manusia dari perspektif Islam.

Yusuf Ma Dexin(1794-1874) terkenal atas kefasihan dan kemahiran beliau dalam bahasa Arab dan Parsi serta pengetahuan Islam yang mendalam. Beliau telah menterjemah Kitab Suci Al-Quran ke bahasa Mandarin. Beliau juga telah menulis pelbagai jenis buku tentang Islam dalam bahasa Arab dan Parsi. Pada tahun 1841, beliau telah menunaikan fardhu Haji dan menetap di negara Arab selama lapan tahun. Malangnya, semasa berumur 80 tahun, beliau telah dibunuh oleh kerajaan Dinasti Qing kerana penglibatan beliau dalam pemberontakan Islam di Yunnan China.

----Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |