Masjid Huaisheng juga dikenali sebagai Masjid Guangta, masjid itu merupakan salah satu masjid yang paling awal di China setelah agama Islam diperkenalkan ke China pada abad ke-7. Masjid Huaisheng di Bandar Guangzhou, Masjid Xianhe di Bandar Yangzhou, Masjid Qilin di Bandar Quanzhou dan Masjid Fenghuang di Bandar Hangzhou merupakan 4 masjid bersejarah lama yang paling terkenal di China.

Menurut catatan sejarah, negara Timur Tengah telah menghantar utusan ke China untuk menziarahi maharaja China pada tahun 651 Masihi. Ahli sejarah menganggap tahun itu sebagai lambang penyebaran agama Islam ke China. Sebenarnya, sebelum utusan Arab itu melawat ke China, sejumlah umat Islam dari Timur Tengah telah berhijrah ke China dan memperkenalkan agama Islam kepada rakyat China. Pada zaman itu, ramai saudagar dari Arab dan Parsi datang ke China melalui laluan laut. Mereka bertolak dari teluk Parsi dan Lautan Arab, melalui Melaka dan akhirnya tiba di Bandar Guangzhou, Quanzhou dan Hangzhou di selatan China. Saudagar dari Arab dan Parsi di Guangzhou menetap secara berkelompok di satu kawasan perumahan di bandar itu. Mereka tetap menjalankan adat resam dan agama Islam. Agama Islam tersebar ke Guangzhou adalah pada zaman itu.

Menurut catatan sejarah, sahabat Nabi Muhamad saw, Saad bin Abi Waqqas dihantar oleh Nabi ke China untuk berdagang dan mengembangkan agama Islam. Beliau telah menubuhkan sebuah masjid di bandar Guangzhou pada tahun 627 masihi. Itulah masjid Huaisheng pada masa sekarang. Setakat ini, masjid itu telah bersejarah melebihi 1300 tahun.
Masjid Huaisheng pernah dimusnahkan akibat kebakaran. Bangunan masjid pada masa sekarang adalah dibaik pulih pada tahun 1695. Masjid itu seluas 2966 meter persegi, terdapat sebuah menara azan yang terkenal di penjuru barat daya masjid itu. Bangunan cerapan bulan terletak di tengah masjid itu, di belakang bangunan tersebut ialah bilik wuduk, koridor dan ruang solat. Bangunan masjid Huaisheng bercorak seni bina Asia Barat, suasana di dalam masjid itu amat keramat.

Imam Wang Wenjie yang berkhidmat di Masjid Huaisheng berkata, "Sempena Ekspo Guangzhou diadakan, umat Islam dari pelbagai negara yang berniaga di Guangzhou telah melawat dan bersembahyang di masjid kami. Aktiviti tersebut telah meningkatkan interaksi umat Islam China dengan umat Islam di negara asing."
Menara azan di Masjid Huaisheng amat terkenal. Menara yang bercorak seni bina Timur Tengah itu dibina pada tahun 627. Pada asalnya, terdapat sebuah patung ayam emas yang boleh berpusing jika angin bertiup di puncak menara itu, namun patung ayam itu telah dirosakkan akibat taufan.

Pada zaman dahulu, menara azan juga memainkan peranan penting untuk memberi isyarat bagi kapal yang belayar di laut. Pada zaman itu, menara azan tersebut dikibarkan bendera pada waktu siang dan digantung lampu pada waktu malam. Anak kapal yang belayar di laut kalau nampak bendera pada siang atau lampu pada waktu malam di atas menara tersebut, mereka boleh mengetahui mereka telah tiba di Bandar Guangzhou. Menara azan di Masjid Huaisheng tersebut merupakan bangunan bersejarah yang membuktikan persahabatan dan interaksi antara rakyat China dan rakyat di negara-negara Islam serta peninggalan sejarah untuk mengkaji sejarah perkembangan agama Islam di China.
Imam Wang Wenjie berkata, "80% umat Islam yang sering bersolat di masjid kami ialah pemuda. Terdapat ramai saudagar dari seluruh dunia bersolat di masjid kami. Jumlah umat Islam di Bandar Guangzhou yang sudah berdaftar kepada kerajaan mencapai lebih 9800 orang, namun jumlah umat Islam berasal dari kawasan lain yang bekerja di Guangzhou mencapai kira-kira 50 ribu orang."

Oleh sebab masjid itu sangat terkenal, terdapat ramai umat Islam dan pelancong bukan Islam dari pelbagai kawasan di China dan pelbagai negara lain telah melawat masjid itu pada setiap tahun. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Masjid itu telah menghantar rombongan untuk melawat Malaysia, Iran, Hong Kong dan lain-lain.
Masjid Huaisheng telah menyampaikan kuliah bahasa Arab dan kuliah membaca Al-Quran bagi umat Islam. Imam Wang Wenjie berkata, "Setelah kerajaan China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, masjid kami telah menyediakan kuliah untuk mendidik sejumlah besar umat Islam dan rakyat bukan Islam yang fasih bahasa Arab."
kursus mempelajari bahasa Arab masjid kami adalah terbuka kepada orang awam. Rakyat yang bukan beragama Islam Islam juga boleh mengikuti kuliah di masjid kami. Imam yang menyandang jawatan sebagai guru bahasa Arab, terdapat saudara Islam dari Sudan dan Yamen sangat giat dan sudi membantu kami membuka kursus tersebut.
|