v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Xing Guixiang, Pengarah Jawatankuasa Penduduk Kawasan Kediaman Dianli Bandar Korla China Berkhidmat untuk Rakyat

2007-11-07 14:46:53 CRI

Xing Guixiang menyandang jawatan sebagai Pengarah Jawatankuasa Penduduk Kawasan Kediaman Dianli, Sub-Daerah Tianshan Bandar Korla Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China. Jawatankuasa penduduk merupakan unit basis kerajaan China. Terdapat kira-kira 80 ribu buah jawatankuasa penduduk di seluruh China. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab atas hal-ehwal umum dan kebajikan serta menyelesaikan persengketaan antara penduduk, membantu pihak polis untuk memelihara keamanan di kawasan tersebut dan lain-lain.

Puan Xing Guixiang telah menyandang jawatan sebagai pengarah jawatankuasa penduduk selama 12 tahun. Usaha beliau telah disanjung tinggi oleh penduduk di kawasan tersebut. Menyentuh tentang mengapa beliau memilih kerja tersebut, Puan Xing Guixiang berkata: "Pada mulanya, saya cuba berkhidmat dalam bidang ini, namun pengalaman saya amat kurang. Saya berpendapat bahawa kerja di jawatankuasa penduduk amat baik kerana dapat berkhidmat untuk rakyat."

Pada tahun 1995, Xing Guixiang telah dilantik sebagai pengarah Jawatankuasa Penduduk Kawasan Kediaman Dianli. Pada masa itu, gaji bulanan beliau hanya 200 yuan RMB, pejabatnya juga amat kecil dan adalah disewa daripada perusahaan yang lain. Pada suatu hari, meja dan kerusinya telah dipindah keluar dari pejabatnya, perusahaan itu ingin mengambil balik pejabat tersebut. Puan Xing Guixiang telah kehilangan tempat bekerjanya. Menyentuh tentang keadaan pada masa itu, beliau berkata: "Saya berasa amat sedih lalu menangis. Saya tidak menyangka kerja saya begitu sukar."

Namun Puan Xing Guixiang dengan teguh mengatasi kesukaran tersebut. beliau berkata: "Saya berazam untuk menjayakan kerja saya. Tidak terdapat pejabat, saya bekerja di luar pejabat saya."

Terdapat beberapa keluarga penganggur yang hidup susah di Kawasan Kediaman Dianli. Puan Xing Guixiang berpendapat bahawa kehidupan penduduk yang stabil amat penting bagi pembangunan kawasan kediaman yang harmoni malah masyarakat yang harmoni. Beliau telah mengziarahi keluarga yang miskin di kawasan kediaman tesebut dan membantu mereka untuk mencari peluang kerja. Puan Xing Guixiang berkata: "Kehidupan penduduk yang miskin jangan hanya bergantung kepada sistem jaminan minimum masyarakat yang disediakan oleh kerajaan. Kami harus membantu mereka untuk mencari peluang kerja."

Puan Xing Guixiang telah memohon kepada pemimpin bandar Korla agar menyediakan sebuah bangunan daripada kerajaan untuk menubuhkan sebuah pusat latihan vokasional bagi penduduk. Puan Xing Guixiang berkata: "Saya telah menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyediakan bangunan tersbut agar menubuhkan pusat latihan vokasional. Pada akhirnya, saya telah berjaya."

Pusat latihan vokasional tersebut telah menyediakan perkhidmatan kepada sejumlah 400 hingga 500 orang penganggur dan pekerja dari desa di kawasan kediaman tersebut serta kawasan di sekitarnya pada tiap-tiap tahun. Kini, majoriti mereka telah mendapat semula kerja. Jabatan Pekerjaan Bandar Korla telah menyediakan subsidi kepada pusat itu. Puan Xing Guixiang berkata: "Jumlah subsidi daripada sistem jaminan minimum masyarakat hanya mencapai lebih 100 yuan RMB pada tiap-tiap bulan. Kini, mereka telah mendapat kerja semula, jumlah gaji bulanan mereka melebihi 700 yuan RMB. Mereka amat puas hati tentang kehidupan mereka."

Penduduk di kawasan kediaman tersebut amat kagum dengan jasa Xing Guixiang. Seorang makcik telah menghadiah beliau sebungkus biskut yang telah disimpan lama. Xing Guixiang berkata: "Saya amat terharu penduduk kami begitu kasih sayang akan saya. Kasih sayang daripada mereka telah menggalakkan saya untuk mengatasi pelbagai kesukaran."

Seiring dengan peningkatan usaha daripada kerajaan untuk membangunkan kawasan kediaman, Xing Guixiang telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap inovasi dalam kerjanya. Beliau berkata: "Kita harus memandang lebih jauh berbanding dengan penduduk. Semasa mereka baru memikirkan suatu masalah, kita telah menyelesaikan masalah tersebut."

Terdapat lebih 200 buah perusahaan swasta di kawasan kediaman Dianli. Xing Guixiang telah paling awal menubuhkan sistem perhubungan pembangunan Parti Komunis China bagi perusahaan swasta serta sistem penilaian pengelola perusahaan swasta anggota Parti Komunis China yang gemilang. Xing Guixiang berkata: "Anggota Parti Komunis harus menjadi telada bagi penduduk."

Pengelola anggota Parti Komunis yang berniaga dengan jujur telah disanjung tinggi oleh penduduk di kawasan tersebut. terdapat ramai pengelola telah mengemukakan permohonan kepada Xing Guixiang untuk menganggotai Parti Komunis China agar menjadi pengelola yang dipercayai oleh pengguna. Pengelola perusahaan swasta di kawasan kediaman itu secara aktif menyertai pelbagai aktivit dalam pembangunan kawasan kediaman termasuk menderma wang dan barangan kepada penduduk yang hidup susah, menyediakan peluang kerja kepada penganggur dan lain-lain.

Jasa Xing Guixiang telah disanjung tinggi oleh penduduk dan perusahaan di kawasan kediaman itu. Perusahaan yang pernah mengambil balik ruang bekerja untuk Xing Guixiang telah menyediakan ruang yang seluas lebih 780 meter persegi untuk kawasan kediaman tersebut. Selain itu, perusahaan tersebut telah menanggung biaya bekalan air, elektrik serta pemanasan untuk ruang itu.

Puan Xing Guixiang berkata: "Saya dengan sedaya upaya untuk menunaikan hasrat rakyat. Kalau rakyat puas hati, sasaran untuk mewujudkan masyarakat harmoni akan tercapai."

Kini, Kawasan Kediaman Dianli, Sub-Daerah Tianshang bandar Korla telah menjadi contoh kawasan kediaman yang baik di China. Puan Xing Guixiang bagi pihak Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang telah menyertai Kongres Kebangsaan Ke-17 Parti Komunis China yang diadakan di Beijing tidak lama dahulu.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |