Sekolah Menengah Tinggi Liupanshan yang ditubuhkan oleh kerajaan bandar Yinchuan, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia di bahagian barat laut China merupakan sebuah sekolah separuh percuma bagi pelajar daripada keluarga yang miskin di kawasan pergunungan. Sekolah tersebut merupakan teladan usaha kerajaan Ningxia untuk mewujudkan kesamarataan dalam bidang pendidikan.
Sekolah Menengah Liupanshan ditubuhkan oleh kerajaan bandar Yinchuan pada tahun 2004. Sekolah itu menerima pelajar dari 9 daerah yang agak miskin di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Selain membatalkan belanja persekolahan dan bayaran untuk penginapan, sekolah itu juga menyediakan subsidi sejumlah seribu yuan RMB pada setiap tahun kepada pelajarnya. Pada masa sekarang, sejumlah kira-kira 3 ribu orang pelajar mengikuti pengajian di sekolah tersebut. Terdapat 40% pelajar di sekolah itu merupakan pelajar etnik Hui yang beragama Islam dan 80% pelajarnya adalah dari kawasan desa.
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Encik Cai Guoying menyatakan bahawa kerajaan menubuhkan sekolah tersebut untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan yang percuma kepada pelajar cemerlang dari kawasan pergunungan. Tindakan tersebut bertujuan untuk menyediakan pendidikan yang sama rata kepada pelajar dari kawasan yang miskin. Encik Cai Guoying berkata: "Pada masa dahulu, kerajaan tempatan telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi kemiskinan. Namun meningkatkan tahap pendidikan penduduk merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Kerajaan telah menubuhkan sekolah tersebut untuk menyediakan pendidikan yang baik kepada pelajar yang cemerlang dari kawasan miskin."
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah meningkatkan peruntukan dalam bidang pendidikan di kawasan-kawasan yang miskin, khususnya di kawasan kediaman secara berkelompok penduduk etnik minoriti. Pada masa sekarang, kerajaan China menyediakan dana sejumlah 50 bilion yuan RMB pada setiap tahun untuk membantu seramai 20 juta orang pelajar dari keluarga yang miskin. Naib Ketua Pengarah Jabatan Mengatasi Kemiskinan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Zhang Xiu menyatakan bahawa kerajaan menyediakan pendidikan yang sama rata kepada pelajar dari keluarga yang miskin akan meningkatkan tahap pendidikan golongan miskin agar meningktkan taraf kehidupan mereka. Zhang Xiu berkata: "Meningkatkan tahap pendidikan merupakan kaedah yang asas untuk mengatasi kemiskinan. Pendidikan akan meningkatkan keupayaan kaum tani untuk menyertai secara sama rama persaingan dalam masyarakat."
Encik Ma Sheng merupakan seorang pelajar yang mula mengikuti pelajaran di Sekolah Menengah Liupanshan pada tahun lalu. Keluarga beliau amat miskin. Ma Sheng berasa amat bertuah dapat mengikuti pelajaran di sekolah tersebut. beliau berkata: "Infrastruktur di sekolah kami amat kurang maju pada masa lampau. Sekolah itu tidak memiliki bilik kuliah multimedia dan bilik kuliah audio. Namun sekolah kami pada masa sekarang amat maju, guru-guru di sekolah ini telah menaruh perhatian yang tinggi terhadap pelajaran dan kehidupan kami. Kami amat menghargai peluang untuk mengikuti pelajaran di sekolah tersebut."
Pada masa sekarang, Sekolah Menengah Liupanshan merupakan salah satu daripada 10 sekolah yang paling cemerlang di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China. Pada tahun yang lalu, terdapat 414 orang daripada 604 orang lulusan daripada sekolah itu telah berjaya memasuki universiti. Pada tahun ini, terdapat pula 745 orang daripada 1008 orang lulusan sekolah itu telah mula mengikuti pengajian di universiti. Wang Yanning merupakan seorang pelajar tahun ke-3 di sekolah tersebut, beliau berazam untuk mengikuti pengajian di Universiti Perdagangan Luar Kerjasama dan Ekonomi Beijing kelak. Wang Yanning berkata: "Kampung saya di kawasan yang terpencil. Sekolah Menengah Liupanshan telah menyediakan peluang yang baik kepada saya untuk mengikuti pelajaran yang bermutu tinggi. Saya berazam menyediakan kebakatan saya dalam pengembangan ekonomi di kampung saya kelak dengan menggunakan pengetahuan yang saya kuasai di sekolah."
Kerajaan tempatan telah menyediakan pelbagai dasar keutamaan kepada Sekolah Menengah Liupanshan untuk menarik guru-guru yang unggul. Encik Zhao Baoli yang berkhidmat di Sekolah Menengah Liupanshan merupakan seorang guru kurikulum fizik dari provinsi Jiangzu di dalaman China. Beliau telah dianugerahkan sebagai guru yang cemerlang di China. Encik Zhao Baoli berkata: "Penuntut di sekolah ini amat rajin dan tulus ikhlas. Setelah mereka mula mengikuti pelajaran di sekolah ini, pandangan mereka kian meluas dan tahap pendidikan mereka semakin meningkat. Kini, sekolah kami telah mendapat nama baik di kawasan pergunungan selatan Yinchuan dan disanjung tinggi oleh ibu bapa pelajar serta pelbagai lapisan masyarakat."
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Encik Cai Guoying menyatakan, kejayaan Sekolah Menengah Liupanshan tersebut telah membuktikan bahawa bandar raya menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada pelajar dari kawasan kediaman secara berkelompok penduduk etnik minoriti merupakan cara yang susuai. Beliau berkata: "Sekolah Menengah Liupanshan merupakan teladan yang memperlihatkan kesamarataan dalam pendidikan. Sekolah tersebut turut memainkan peranan yang penting untuk merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan desa."
------Andika
|