v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Usha Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang Menyediakan Latihan kepada Pemuda Etnik Minoriti yang Bekerja di Kawasan yang Lain

2008-06-05 18:37:11 CRI

Penduduk etnik minoriti merupakan lebih 95% dalam kalangan kaum tani dan penggembala di bahagian selatan Wilayah autonomi Uygur, Xinjiang China. Disebabkan bilangan petani yang ramai berbanding dengan tanah diusahakan, kerajaan Xinjiang menggalakkan penduduk di kawasan-kawasan tersebut yang tidak mempunyai, bekerja di bandar-bandar dalaman China. Perkara ini telah dimulakan pada tahun 2006.

Pada 27 Mac lalu, suasana di kaunti Shufu, di bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang amat meriah. 50 pasangan suami isteri yang telah mengikuti kursus bahasa Mandarin selama lebih sebulan akan bekerja di bandar-bandar dalaman China. Kawan-kawan dan saudara mara mereka, datang ke kawasan itu menaiki keldai dan motosikal untuk mengucapkan selamat jalan. Salah seorang daripada mereka, Yusup Sulayman, seorang warga emas etnik Uygur datang ke Shufu untuk mengucapkan selama jalan kepada anaknya. Kata beliau, "Pada bulan November tahun lalu, anak lelaki jiran saya pergi ke Tianjin untuk bekerja. Kerajaan kampung kami selalu mengadakan majlis berbual-bual bertanya khabar antara penduduk yang bekerja di bandar-bandar lain dengan keluarga mereka melalui video internet. Mereka hidup selesa di bandar-bandar tersebut. Sekarang, anak perempuan saya dan suaminya juga akan bekerja di dalaman China. Mereka juga akan menghadapi hidup selesa di sana."

Pada masa dahulu, penduduk etnik minoriti di bahagian selatan Xinjiang enggan meninggalkan kampung halaman mereka untuk bekerja di kawasan-kawasan yang lain. Mereka lebihg rela hidup di kampung daripada berhijrah ke bandar. Kerajaan telah menyediakan beberapa latihan vokasional kepada golongan pemuda etnik minoriti di kawasan-kawasan tersebut supaya mereka memperoleh kerja yang baik. Untuk itu, kerajaan merakamkan dalam VCD kehidupan pemuda etnik minoriti yang bekerja di kawasan-kawasan lain untuk ditunjukkan kepada ibu bapa mereka di kampung keadaan mereka yang sudah berubah kehidupan. Setelah melihat anak-anak mereka hidup selesa di bandar-bandar berkenaan, pandangan warga emas mengenai mencari rezeki di kawasan-kawasan tersebut kian berubah. Iminhasan Mamut, seorang warga emas etnik Uygur berkata: "Pada masa dahulu, mengisi perut merupakan hal yang terpenting bagi kami. Setelah anak-anak kami mula bekerja di bandaraya yang maju, kami baru menyedar perlunya berusaha meningkatkan taraf kehidupan."

Burjahan Ismayil merupakan seorang petani dari kawasan Hetian, bahagian selatan Xinjiang. Beliau telah lama meninggalkan kampung bekerja di kawasan-kawasan lain. Bekerja dengan bertungkus-lumus telah meningkatkan taraf kehidupannya secara mendadak. Katanya, "Pertanian merupakan asas dalam kehidupan kami. Tetapi, kami juga boleh bekerja dalam beberapa bidang kemahiran yang lain untuk meningkatkan taraf kehidupan."

Pada masa sekarang, ramai pemuda etnik minoriti di Xinjiang giat mengikuti latihan untuk meningkatkan kemahiran vokasional mereka. Pemuda di merata tempat di Xinjiang giat mengikuti latihan vokasional dan kemahiran seperti menyulam, permaidani buatan tangan, mengukir, kraf tangan dan melukis. Di sebuah kampung di kawasan Kashi, seramai 520 orang penduduk di kampung itu menceburkan diri dalam sektor pembuatan alat-alat muzik. Kampung itu menghasilkan lebih 50 jenis alat muzik untuk dieksport ke Eropah, A.S. dan Jepun.

Selain meningkatkan taraf kehidupan, bekerja di bandar-bandar yang moden juga telah mengubah cara kehidupan golongan pemuda etnik minoriti ini. Pandangan mereka turut menjadi lebih terbuka. Beberapa wilayah termasuk Tianjin dan Shandong telah memeterai perjanjian dengan Xinjiang untuk menerima lebih ramai pekerja dari kawasan tersebut.

Pada masa sekarang, ramai pemuda etnik minoriti di beberapa kawasan di Xinjiang termasuk Kashi, Hetian dan kawasan autonomi Kirgiz Kezilesu suka bekerja di bandar yang moden luar wilayah mereka. Ramai orang yang bekerja dengan cemerlang di bandar-bandar tersebut. Tohtar Yusup, seorang warga emas etnik Kirgiz berkata: "Saya tinggal di Dataran Tinggi Pamir di hujung barat China. 90% tanah di kawasan itu merupakan kawasan pergunungan. Tanah untuk pertanian dan menggembala ternakan amat kurang. Jadi, anak-anak kami berhijrah dan bekerja di kawasan-kawasan yang moden untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka."

Pada masa sekarang, kerajaan Xinjiang juga berusaha menyediakan peluang kerja kepada golongan pemuda etnik minoriti. Ramai pemuda etnik itu yang bekerja dalam sektor pembuatan permaidani, pisau, sutera serta berkhidmat di restoran Islam. Ini dapat membantu beberapa pemuda yang tidak suka berhijrah keluar kerana mahu dekat dengan keluarga.

Kerajaan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang akan berusaha menyediakan latihan vokasional samada kepada penduduk yang bekerja di kampung halaman atau bekerja di kawasan-kawasan lain dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang. Dengan ini, semakin ramai pemuda etnik minoriti dari Xinjiang akan berhijrah keluar bekerja di kawasan-kawasan yang lain pada masa akan datang.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |