v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia China yang Berkembang Pesat Mengalu-Alukan Kedatangan Anda

2008-06-12 16:21:22 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia. Kerajaan wilayah itu akan mengadakan Pesta Makanan Halal dan Barangan Penggunaan Islam Antarabangsa Ningxia dan juga Pesta Pelaburan dan Perdagangan Ningxia dari 10 hingga 13 September tahun ini. perayaan tersebut akan menunjukkan kebudayaan Islam yang amat istimewa, kejayaan yang dicapai setelah pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta iklim pelaburan yang baik di wilayah autonomi Islam tersebut. Diharapkan lebih ramai tokoh dari dalam dan luar negara datang menyaksikan perkembangan yang pesat di Ningxia.

Kerajaan Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia telah mengadakan sidang bagi mempromosi aktiviti tersebut di Dewan Besar Rakyat Beijing baru-baru ini. Seramai lebih 300 orang pegawai dari kedutaan besar beberapa negara ke China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Perdagangan dan wartawan dari dalam dan luar negara telah menyertai sidang tersebut.

Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Liu Rui, memperkatakan mengenai perkembangan sosioekonomi yang pesat di wilayah itu. Katanya, "Sebagai pegawai di Ningxia, saya telah menyaksikan perkembangan yang pesat di wilayah itu. Ningxia merupakan salah satu daripada 5 wilayah autonomi etnik minoriti di China. Dengan sokongan kerajaan pusat, wilayah kami mencapai kecemerlangan."

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dibentuk pada tahun 1958 dan merupakan satu-satunya wilayah autonomi etnik Hui yang beragama Islam di China. Wilayah itu mempunyai keunggulan dalam sektor sumber tenaga, pertanian dan pelancongan serta mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang berkenaan. Setelah China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, rakyat pelbagai etnik di Ningxia mengambil peluang pelaksanaan dasar pembangunan bahagian barat untuk meningkatkan industrialisasi, urbanisasi dan pembangunan desa baru, dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Kadar pertumbuhan ekonomi di Ningxia lebih tinggi berbanding dengan kadar pertumbuhan seluruh negara secara berterusan dalam tempoh 9 tahun yang lalu, dan taraf kehidupan penduduk di wilayah itu kian meningkat. Ningxia mempunyai iklim pelaburan yang baik serta berkembang pesat telah memainkan peranan yang besar dalam pelaksanaan dasar pembangunan bahagian barat China.

Terletak di bahagian barat laut China, Ningxia walaupun berhampiran dengan padang pasir, manakala tanah di wilayah itu agak subur. Naib Pengerusi wilayah itu, Li Rui berkata: "Keunggulan bagi Ningxia ialah sumber tenaga. Sektor Sungai Kuning di wilayah Ningxia sepanjang 397 kilometer. Penduduk yang tinggal di kawasan aliran sungai itu, mendapat faedah daripada sungainya sejak turun-temurun. Jumlah rizab arang batu di Ningxia berada pada kedudukan kelima di China. Ningxia mempunyai 12 buah loji penjanaan elektrik. Jumlah penjanaan elektrik perkapita Ningxia menduduki tempat pertama di China. Oleh sebab itu, penerokaan sumber tenaga di Ningxia termasuk air, elektrik, arang batu, minyak dan gas asli mempunyai masa depan yang cerah."

Selain sumber tenaga, sektor pertanian dan pelancongan juga merupakan dua sektor yang maju di Ningxia. Jumlah tanah pertanian di Ningxia ketiga terbesar di China dan merupakan salah satu daripada 12 pangkalan penghasilan bahan makanan di seluruh negara. Selain itu, Ningxia merupakan salah satu daripada 12 kawasan penternakan yang terbesar di China.

Geografi di Ningxia amat pelbagai. Ia ada gunung yang tinggi, sungai besar, bukit-bukau, tanah daratan, padang pasir, tasik dan padang rumput. Kesemua ini menjadi sumber tarikan pelancong bagi wilayah itu.

Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia merupakan kawasan kediaman secara berkelompok penganut Islam yang terbesar di China. Penganut Islam merupakan 36% daripada 6.1 juta orang penduduk di wilayah itu. Industri makanan halal dan barangan pengguna Islam agak maju di wilayah tersebut. Bermula pada tahun 2006, Ningxia telah berjaya mengadakan Pesta Makanan Halal dan Barangan Pengguna Islam Antarabangsa dan juga Pesta Pelaburan dan Perdagangan sebanyak dua kali. Makanan halal dan barangan pengguna Islam yang dihasilkan dari Ningxia telah dieksport ke pasaran antarabangsa.

Li Rui menyatakan bahawa pesta kali ketiga tersebut bertujuan meningkatkan hubungan antara Ningxia dengan negara-negara Islam serta menjadikan Ningxia sebagai jendela Muslim di China kepada negara-negara tersebut. Katanya, "Wilayah kami mempunyai tamadun Islam yang istimewa. Industri makanan halal di Ningxia agak maju. Infrastruktur komunikasi termasuk landasan kereta api, lebuh raya dan laluan udara di Ningxia amat baik. Keadaan ini memudahkan Ningxia untuk mengeksport barang-barang tersebut ke negara-negara Islam."

Pada masa sekarang, terdapat lebih 30 ribu kilang pengeluar makanan halal di Ningxia, dengan nilai pengeluaran mereka telah melebihi 80% daripada jumlah pengeluaran makanan di seluruh wilayah itu. Ningxia menjalinkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan lebih 120 buah negara di kawasan Timur Tengah, Asia Tengah dan Eropah.

Negara-negara di kawasan Timur Tengah sentiasa menjadi rakan kerjasama yang penting bagi Ningxia. Ketua Pengarah Jabatan Penerimaan Pelaburan Ningxia, Wang Jing berkata: "Kerjasama antara Ningxia dengan negara-negara Arab sudah lama terjalin. Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama tersebut terus ditingkatkan. Pada tahun ini, penerbangan sewa khas antara Ningxia dengan Dubai telah diwujudkan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak."

Kata Wang Jing,"Pesta kali ini akan menjadi arena yang penting bagi kerjasama antara Ningxia dengan negara-negara Islam."

Ia dibawa pada skala lebih besar dan agendanya akan lebih banyak. Pemimpin kerajaan Ningxia memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha menjayakan pesta tersebut.

Kata Li Rui, "Ningxia merupakan kawasan yang menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Kami mempelawa saudara datang ke wilayah kami untuk bersama-sama memajukannya."

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |