v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Perkembangan Perusahaan Pengeluar Barangan Pengguna Etnik di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China

2008-09-04 14:40:09 CRI

Pasar raya Arman merupakan pasar raya yang terkenal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Beberapa tahun yang lalu, syarikat Arman hanyalah sebuah firma kecil yang mempunyai beberapa buah kedai yang kecil sahaja. Pada tahun 2001, syarikat ini telah menubuhkan sebuah kilang memproses makanan di Ili. Pengurus kilang ini, Hamiti menyatakan bahawa Jawatankuasa Hal-Ehwal Etnik dan Agama Kaunti Xinyuan, Ili membantu mereka untuk mendaftar sebagai perusahaan pengeluar barangan pengguna etnik yang dapat menikmati dasar keutamaan kerajaan. Dengan sokongan tersebut, Syarikat Arman berkembang pesat dan telah mempunyai banyak pasar raya dan beberapa kilang memproses makanan di Xinjiang.

Syarikat Ubat-Ubatan Uygur Ciconghabo Xinjiang yang ditubuhkan pada tahun 2000 merupakan syarikat pengeluar ubat yang terkenal. Jumlah modal syarikat tersebut ketika didaftarkan hanyalah 10 juta yuan RMB sahaja. Namun, jumlah asetnya sekarang mencecah lebih 50 juta yuan RMB. Pengerusi lembaga pengarah syarikat itu, Chen Jincheng menyatakan bahawa perusahaan itu berkembang pesat kerana dapat menikmati dasar keutamaan kerajaan. Misalnya, kerajaan telah mengurangkan cukai syarikat itu sehingga beberapa juta yuan RMB, dan syarikat tersebut telah menggunakan wang lebihan itu untuk membuat penyelidikan dalam bidang pengkajian ubat-ubatan. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan firma tersebut untuk terus berkembang. Menurut Chen Jincheng, syarikat Ciconghabo telah mencipta lebih 20 jenis ubat baru dalam tempoh beberapa tahun yang lalu, dan dengan itu, daya saingnya juga telah turut meningkat.

Hamiti menyatakan bahawa jawatankuasa hal-ehwal etnik dan agama di Xinjiang menyediakan sokongan kepada perusahaan pengeluar barangan etnik, dan banyak perusahaan yang mendapat faedah dengan pelaksanaan dasar tersebut. Syarikat-syarikat di Xinjiang masih kurang maju berbanding dengan syarikat-syarikat di daerah dalaman China. Persatuan makanan halal yang ditubuhkan oleh jawatankuasa hal-ehwal etnik dan agama ini berusaha menyediakan maklumat terkini untuk syarikat-syarikat tersebut. Hamiti dapat mengetahui keadaan pasaran makanan halal di seberang laut melalui persatuan tersebut. Sekarang, barangan yang dikeluarkan oleh syarikatnya telah dieksport ke Malaysia dan negara-negara yang lain.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, semakin banyak syarikat pengeluar barangan pengguna etnik di Xinjiang yang menikmati dasar keutamaan kerajaan. Setelah makanan halal disenaraikan sebagai barangan pengguna etnik minoriti, sebanyak 56 buah syarikat pengeluar makanan halal di Xinjiang telah dapat menikmati dasar keutamaan negara. Kebanyakan syarikat ini telah menjadi syarikat yang besar dan terkenal.

Walau bagaimanapun 10 tahun yang lalu, syarikat pengeluar barangan pengguna etnik di Xinjiang masih kurang maju. Daerah Autonomi Hui Changji merupakan kawasan pengeluar barangan pengguna etnik secara tradisi. Industri barangan pengguna etnik telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi, perkembangan kebudayaan dan pertukaran di daerah tersebut. Namun pada masa dahulu, industri tersebut menghadapi pelbagai cabaran seperti jumlah pengeluaran yang amat kecil, penghantaran yang agak jauh, pasaran yang kecil, kos yang amat tinggi tetapi keuntungannya kecil serta kesukaran mendapatkan pinjaman dari bank.

Setelah kerajaan China mengemukakan dasar untuk mengembangkan sektor pengeluaran dan perdagangan barangan pengguna etnik, Daerah Autonomi Hui Changji telah mengadakan sidang bersama yang disertai oleh badan hal-ehwal etnik dan agama, badan kewangan, bank dan jabatan kutipan cukai untuk mengatur kerja menyediakan dasar keutamaan kepada syarikat pengeluar barang penggunaan etnik. Seorang pegawai kanan di daerah itu dilantik khusus untuk menyelaras kerja tersebut. Selain itu, kerajaan akan mengadakan tinjauan dan penyelidikan di syarikat-syarikat yang berkenaan. Kini, kebanyakan perusahaan pengeluar barangan pengguna etnik di Changji telah mematui piawaian ISO9000 dan ISO9002. Sektor tersebut telah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di daerah tersebut.

Dalam tempoh pelaksanaan rancangan pembangunan 5 tahun ke-10, kerajaan Xinjiang telah menyediakan banyak dasar keutamaan bagi syarikat pengeluar barangan pengguna etnik. Hasilnya, sektor tersebut telah berkembang dengan stabil. Jumlah subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat tersebut mencatat angka kira-kira 210 juta yuan RMB, manakala, keluaran dan jualan syarikat-syarikat tersebut masing-masing berjumlah 5.21 bilion dan 8.37 bilion yuan RMB. Industri pengeluaran barangan pengguna etnik semakin penting dalam pembangunan sosioekonomi di Xinjiang.

Penduduk etnik minoriti Xinjiang juga mendapat faedah daripada dasar keutamaan tersebut. Contohnya, sejumlah besar daripada mereka kini berkhidmat dalam syarikat-syarikat tersebut. Selain itu, ramai petani dan penternak yang dapat menjual bahan mentah kepada syarikat-syarikat tersebut, dan dengan itu, jumlah pendapatan mereka juga kian meningkat.

Pengerusi lembaga pengarah Syarikat Ubat-Ubatan Ciconghabo, Chen Jincheng menyatakan bahawa satu pertiga bahan ubat untuk syarikat tersebut adalah dari kawasan selatan Xinjiang. Dengan itu, jumlah pendapatan kaum tani yang menanam tanaman ubat-ubatan di kawasan tersebut juga semakin meningkat. Selain itu, syarikat tersebut juga mengambil ramai penduduk etnik minoriti sebagai pekerja. Kini, pekerja etnik minoriti mewakili lebih 40% daripada jumlah pekerja di syarikat tersebut. Justeru itu, syarikat tersebut juga mendidik ramai tenaga profesional etnik minoriti dalam bidang ubat-ubatan.

Syarikat Maiquer Xinjiang pula banyak membeli susu dan bahan-bahan mentah yang lain daripada kaum tani dan penternak etnik monoriti. Dengan itu juga, jumlah pendapatan kaum tani dan penternak kian meningkat.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |