v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Penterjemah dari Wuzhong, Ningxia yang Berkhidmat untuk Saudagar dari Arab di Yiwu

2008-09-25 16:25:05 CRI

Bandar Yiwu di provinsi Zhejiang merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang maju di China. Pedagang Asia Barat ramai menjalankan urus niaga di bandar itu. Lebih 1500 orang penterjemah yang fasih berbahasa Arab dari Wuzhong, Ningxia berkhidmat untuk usahawan Arab. Mereka memperoleh pendapatan lumayan atas khidmat tersebut. Jumlah pendapatan mereka mencatat lebih 30 juta yuan RMB setiap tahun.

Ma Xiaoqin, salah seorang daripadanya, 23 tahun merupakan penduduk etnik Hui dari kaunti Tongxin, Wuzhong. Beliau menerima latihan vokasional penterjemahan bahasa Arab selama 3 bulan di kampungnya dan akan berkhidmat sebagai penterjemah di Yiwu bersama-sama dengan lebih 200 orang rakan sekelasnya.

Wuzhong di Wilayah Autonomi Hui Ningxia merupakan pusat Islam di China. Terdapat lebih 3000 buah masjid di pelbagai kampung di wilayah tersebut. Ramai penduduk di wilayah tersebut pandai membaca kitab suci al-Quran dalam bahasa Arab. Semua pemuda etnik Hui di wilayah tersebut perlu menerima pendidikan agama Islam di masjid selama 3 tahun sebelum tamat pelajaran di sekolah menengah rendah. Imam di masjid juga menyediakan kuliah tentang bahasa Arab kepada mereka. Oleh itu, asas bahasa Arab penduduk di wilayah tersebut amat baik.

Bandar Yiwu, provinsi Zhejiang merupakan pusat perdagangan yang digemari oleh pedagang Asia Barat. Seramai 200 ribu orang usahawan dari negara Arab berdagang di bandar tersebut setiap tahun, dan lebih 3 ribu orang usahawan dari Asia Barat tinggal di bandar tersebut. Keadaan ini menarik ramai pemuda dari Wuzhong ke bandar itu untuk bekerja sebagai penterjemah.

Kuliah bahasa Arab yang disediakan oleh masjid hanya dalam bidang agama Islam. Kerajaan Wuzhong telah menubuhkan pusat latihan penterjemahan bahasa Arab dan menyediakan subsidi sebanyak 50 yuan RMB kepada pemuda yang mengikuti latihan tersebut.

Terdapat persamaan antara penterjemah dari Wuzhong dengan usahawan dari Asia Barat dalam bidang agama, makanan dan adat resam. Mereka menjadi pembantu yang penting kepada usahawan Arab yang berdagang di Yiwu. Malah, sekarang sejumlah penterjemah bahasa Arab dari Wuzhong telah meningkat kerjanya sehingga menjadi usahawan.

Ma Yaoguo dari kaunti Tongxin, Wuzhong mula bekerja sebagai penterjemah di Yiwu 3 tahun yang lalu. Beliau amat rajin dalam kerjanya dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang bahasa Arab, komputer dan perdagangan antarabangsa. Ma Yaoguo selalu menjadi pengiring kepada usahawan Arab yang berurusan ke pelbagai kawasan di China. Pengarah syarikat amat kagum dengan kejayaan beliau.

Su Guojun pula bekerja sebagai penterjemah di Yiwu pada tahun 1999, Sekarang, beliau menyandang jawatan sebagai pengelola di sebuah syarikat perdagangan antarabangsa. Menurutnya bekerja sebagai penterjemah bahasa Arab dapat menguasai banyak pengetahuan tentang pengurusan Kargo dan dan perdagangan antarabangsa serta menimba pengalaman dalam bidang tersebut. Keadaan ini telah meletakkan asas yang baik bagi beliau untuk mencapai kejayaan dalam bidang perdagangan.

Ramai usahawan dari Asia Barat menyatakan bahawa setelah penterjemah bahasa Arab mahir dalam bidang perdagangan, mereka akan menjadi tunggak agensi untuk menjalankan perniagaan di Yiwu, China. Terdapat juga usahawan Arab menyatakan keinginan membawa pulang penterjemah dari Wuzhong China ke tanah air mereka untuk bekerja.

Menurut statistik, pendapatan perkapita bagi lebih 1500 orang penterjemah dari Wuzhong yang bekerja di Yiwu mencatat kira-kira 20 ribu yuan RMB pada setiap tahun. Jumlah pendapatan mereka mencatat lebih 30 juta yuan setiap tahun.

Ma Wenbo dari Wuzhong bertugas sebagai penterjemah di sebuah syarikat perdagangan antarabangsa di Yiwu setelah tamat pengajian bahasa Arab di kitab Al-Quran Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Beliau bekerja dengan cemerlang, dan pendapatan beliau mencatat kira-kira 100 ribu yuan RMB setiap tahun. Jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah pendapatan bagi sebuah keluarga yang hidup sederhana dalam tempoh 3 tahun di kampungnya.

Ting Yanmin, juga dari Wuzhong bertugas sebagai penterjemah di sebuah syarikat perdagangan perhiasan di Yiwu. Gaji bulanannya mencatat 5 ribu yuan RMB, dan beliau telah mengirim lebih 50 ribu yuan RMB kepada keluarganya dalam tempoh lebih setahun yang lalu setelah bekerja di syarikat tersebut. Kehidupan keluarganya yang agak miskin sebelum ini telah berubah. Keluarga itu kini hidup senang.

Pengarah Jabatan Wuzhong ke Yiwu, Li Huimin menyatakan bahawa seramai lebih 30 orang penterjemah bahasa Arab dari Wuzhong telah bertugas sebagai pengarah dalam perusahaan-perusahaan di Yiwu. Jumlah pendapatan perkapita setiap mereka melebihi 100 ribu yuan RMB setiap tahun. Pada masa sekarang, kemahiran penterjemah dari Wuzhong merangkumi bidang pakaian, perhiasan, metal, barang elektrik, restoran, hiburan dan hasil pertanian.

Kerajaan Wuzhong menubuhkan jabatan di Yiwu untuk memudahkan penterjemahnya bekerja di bandar tersebut. Selain itu, mereka meningkatkan kerjasama dengan pihak polis untuk memudahkan penterjemah tersebut mendapat pasport untuk bekerja di luar negara. Kerajaan Wuzhong juga menyediakan latihan dalam bidang perdagangan, komputer dan bahasa Inggeris kepada penterjemah bahasa Arab untuk meningkatkan daya saing mereka.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |