v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Jawatankuasa Pusat PKC Memberikan Perhatian Tinggi terhadap Pembangunan di Ningxia Bahagian Pertama

2008-10-09 18:15:13 CRI

Wilayah Autonomi Hui Ningxia seluas 66 ribu kilometer persegi merupakan pusat kediaman penduduk beragama Islam etnik Hui di China. Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) memberikan perhatian besar terhadap pembangunan di wilayah tersebut dalam tempoh 50 yang lalu setelah wilayah autonomi itu ditubuhkan. Seramai lebih 6 juta orang penduduk pelbagai etnik di Ningxia bersatu padu dan berusaha bersama-sama untuk menjayakan pembangunan di wilayah tersebut dengan pimpinan PKC. Pembangunan sosioekonomi di wilayah itu kian maju.

Seramai 2.18 juta daripada lebih 10 juta orang penduduk etnik Hui di China tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi itu, dan jumlah merupakan 35% daripada jumlah penduduk di wilayah berkenaan.

PKC amat memberi perhatian terhadap hal-ehwal etnik. Pada permulaan tahun 1949, Mendiang Presiden Mao Zedong pada November 1949 menegaskan bahawa kerajaan perlu mempertahankan dasar kesamarataan dan perpaduan etnik dalam sebarang kerja dan berusaha mendidik pegawai yang dedikasi di kalangan etnik minoriti.

Sidang ke-4 Jawatankuasa pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China pada tahun 1957 meluluskan resolusi untuk menubuhkan Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan pada 25 Oktober tahun itu wilayah itu ditubuhkan.

Pemimpin-pemimpin negara telah memberi perhatian yang lebih untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan layanan yang sama antara penduduk pelbagai etnik di wilayah tersebut. Ketika wilayah itu baru ditubuhkan, Jawatankuasa Pusat PKC telah menghantar pegawai kanan, Lin Boqu untuk mengadakan tinjauan.

Pada musim bunga tahun 1964, bekas Presiden Deng Xiaoping melawat ke Ningxia dan merupakan kali keempat menjejakkan kakinya ke wilayah itu. Beliau menegaskan bahawa kerajaan Ningxia perlu berusaha gigih untuk melaksanakan dasar etnik daripada kerajaan pusat, meningkatkan perpaduan etnik dan pembangunan sosioekonomi agar meningkatkan taraf hidup rakyat pelbagai etnik.

1 2

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |