v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Keluarga Na Dianfu yang Hidup Bahagia di Wilayah Autonomi Hui Ningxia

2008-10-23 12:22:28 CRI

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan Wilayah Autonomi Hui Ningxia dan juga ulang tahun ke-30 pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, China kian maju. Taraf hidup lebih 1.9 juta orang penduduk etnik Hui yang beragama Islam di Ningxia semakin meningkat. Dalam ruangan "Sinar Islam" kali ini, saya memperkenalkan keluarga Na Dianfu yang hidup bahagia di bandar Yinchuan, Ningxia.

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diamalkan China menjadikan taraf hidup keluarga Na Dianfu semakin meningkat seperti ramai penduduk Islam yang lain di wilayah tersebut. Kerajaan Ningxia telah menyediakan dasar keutamaan untuk menggalakkan penduduk etnik minoriti mengelola perusahaan sendiri. Encik Na Dianfu yang pada mulanya seorang petani, kini menjadi seorang usahawan iaitu pengarah di sebuah syarikat kereta sewa. Mengenai perubahan kehidupannya sekarang, beliau berkata, "Saya mempunyai anggota keluarga yang agak ramai, jadi saya telah membeli rumah seluas lebih 180 meter persegi supaya keluarga saya hidup selesa."

Rumah Encik Na Dianfu dua tingkat dan terletak di kawasan pusat bandar raya Yinchuan. Hiasan rumah tersebut menggabungkan seni bina tradisional Islam dengan seni bina moden.

Na Dianfu menyatakan bahawa kerajaan Ningxia menyediakan beberapa dasar keutamaan kepada penduduk etnik minoriti termasuk pinjaman mudah dan bebas cukai. Ini bertujuan untuk menggalakkan mereka berusaha sendiri sehingga mencapai kejayaan dalam mengelola syarikat. Pada permulaannya, Na Dianfu dan anak lelakinya hanya bekerja sebagai buruh, kemudiannya, mereka mula terlibat dengan projek pembinaan dan belajar berdikari. Sekarang, beliau mengelola sebuah syarikat menyewa kereta, dan perniagaannya semakin berjaya. Kata beliau, "Sebelum kerajaan China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, keluarga saya hidup susah. Kami tidak mampu membeli kasut baru. Setelah saya terlibat dengan projek pembinaan, pendapatan keluarga saya boleh mencatat kira-kira 100 ribu hingga 500 ribu yuan RMB pada setiap tahun.

Pada tahun 1997, Na Dianfu yang sudah hidup lebih selesa menghantar ayahnya Na Changjin yang berumur kira-kira 70 tahun pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Na Changjin berkata: "Saya menunaikan fardu haji pada tahun 1997. Ketika itu, Mekah dibanjiri lebih 2.8 juta orang umat Islam dari seluruh dunia dan ramai orang China turut ke sana. Kalau tiada dasar pembaharuan dan pintu terbuka kerajaan China, saya tidak sampai ke Mekah untuk menunaikan fardu haji."

Na Changjin menyatakan bahawa tidak terdapat penerbangan langsung dari Yinchuan ke Mekah pada tahun 1997. Beliau terpaksa menaiki kereta api untuk pergi ke Beijing, kemudian menaiki kapal terbang yang transit di Pakistan sebelum ke Mekah.

Dengan usaha kerajaan Ningxia, penerbangan langsung dari Yinchuan, ibu kota wilayah itu ke Mekah telah diwujudkan. Rombongan menunaikan fardu haji Ningxia mengambil penerbangan sewa khas dan diiringi oleh penterjemah, doktor dan imam. Ding Xiumei, menantu perempuan Na Chanjin telah menunaikan fardu haji pada tahun 2007. Beliau berkata: "Pada tahun 2007, saya telah mengikuti rombongan haji yang dianjurkan oleh Persatuan Islam Ningxia. Rombongan itu disertai oleh doktor, penterjemah bahasa Arab dan imam dari beberapa masjid di wilayah kami."

Ding Xiumei merupakan seorang Muslimah di desa yang tidak pernah meninggalkan rumah. Beliau amat gembira dapat pergi ke Mekah untuk menunaikan fardu haji. Kata beliau, dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah menyediakan kemudahan baginya untuk menjalankan kewajiban tersebut. Katanya, "Pada masa dahulu, saya tidak mampu untuk menunaikan fardu haji. Sekarang, taraf hidup rakyat semakin baik dan semakin ramai umat Islam di wilayah kami sudah menunaikan fardu haji."

Seiring dengan taraf hidup semakin tinggi, anggota keluarga Na Dianfu lebih mementingkan aktiviti keagamaan. Beberapa hari sebelum masuk bulan puasa, mereka mula membersihkan rumah, membeli pakaian baru dan makanan untuk menyambut Hari Raya Aidilftri. Ma Yuqin, ibu Na Dianfu yang berumur lebih 70 tahun menceritakan tentang keadaan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa dahulu. Kata beliau, "Pada masa dahulu, kami tidak mampu membeli manakan yang istimewa untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Manakan tidak, untuk mengisi perut pun tidak cukup."

Na Dianfu menyatakan bahawa kegetiran hidup pada masa dahulu mengakibatkan anggota keluarganya kurang gembira ketika menyambut hari raya. Katanya, "Pada masa dahulu, kami tidak mampu membeli makanan untuk berbuka puasa. Sekarang, semua umat Islam di wilayah ini dengan meriah menyambut ibadah puasa dan hari kebesaran Islam."

Na Changjin berkata: "Ketika menyambut Hari Raya Aidilftri, umat Islam berkumpul beramai-ramai di masjid. Mereka menyembelih beberapa ekor lembu dan makan bersama-sama untuk menyambut hari kebesaran itu. Kerajaan juga menyumbangkan kepada kami tepung gandum, minyak, daging lembu dan kambing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri."

Sekarang, umat Islam pelbagai etnik di Ningxia hidup lebih selesa seperti keluarga Na Dianfu. Mereka berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |