v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Seorang Pemain Kuaiban Warga Emas yang Hidup Bahagia di Wilayah Autonomi Hui Ningxia

2008-11-06 17:46:26 CRI

Chen Gongdong yang tinggal di kawasan perumahan Jinjiagang, daerah Jinfeng bandar Yinchuan merupakan seorang pemain Kuaiban yang tersohor. Kuaiban merupakan sejenis kesenian monolog drama yang dimainkan mengikut rentak bunyi ketukan papan buluh yang agak popular di China. Chen Gongdong biasanya mengajar kesenian itu kepada peminat di pusat hiburan warga emas kawasan perumahan tersebut pada setiap hujung minggu. Tubuh badan yang sederhana tinggi dan kurus membolehkan persembahan beliau amat menarik peminat kesenian itu. Cheng Gongdong, 20 tahun merupakan seorang petani. Beliau mula belajar kesenian Kuaiban daripada ayahnya ketika berumur 9 tahun. Persembahannya menarik dan penuh lelucon, kebanyakan karyanya berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat. Chen Gongdong telah menceritakan tentang perit getir hidupnya dalam mengembangkan kesenian tersebut. Katanya, "Pada masa dahulu, saya tinggal di rumah setingkat yang tidak terdapat pemanas dan bekalan air. Saya terpaksa membakar arang batu semasa musim sejuk dan menggali sumur untuk mendapatkan air minum. Sekarang, saya tinggal di sebuah pangsapuri yang terdapat pemanas dan bekalan air. Kehidupan saya menjadi lebih selesa."

Pada tahun 2003, bandar raya Yinchuan melaksanakan projek pembinaan semula kawasan di sekitar bandar. Kerajaan perlu mengambil sebahagian tanah kaum tani untuk pembinaan rumah dan membayar subsidi kepada mereka setiap bulan. Tindakan ini menyebabkan sejumlah kaum tani termasuk Chen Gongdong kehilangan tanah pertanian, tetapi itu tidak menjejaskan kehidupan mereka. Sebaliknya hidup mereka berubah seperti penduduk di bandar. Chen Gongdong berkata, "Ketika kerajaan mengambil tanah kami, isteri saya menangis kerana tidak bersetuju. Tetapi saya menunjuk beliau bahawa kita perlu menyokong pembangunan negara. Sekarang, hidup kami amat selesa, kerajaan menyediakan wang pencen sebanyak beberapa ribu yuan RMB setiap tahun."

Sekarang, kehidupan Chen Gongdong dijamin oleh kerajaan. Maka kesenian Kuaiban yang diwarisinya dapat dikembangkan. Ia menjadi hiburan yang paling utama kepada beliau. Karya yang disunting oleh beliau baru-baru ini termasuk "Adat Resam Kampung Islam", "Kemajuan Bandar dan Desa" dan "Parti Komunis China Memberikan Perhatian yang Berat terhadap Kesihatan Kaun Tani". Sekarang, Cheng Gongdong berkhidmat sebagai guru yang mengajar kesenian Kuaiban di pusat hiburan warga emas. Selain itu, beliau sering menaiki motosikal ke kawasan desa di Yinchuan untuk mengadakan persembahan. Kata beliau, "Pada masa dahulu, saya membeli basikal dengan harga 90 yuan RMB dan menggunakan basikal tersebut selama 20 tahun. Pada tahun 1980-an, saya telah mampu membeli motosikal. Sehingga sekarang, saya telah membeli belasan buah motosikal. Motosikal yang saya gunakan pada masa sekarang berjenama YAMAHA dan berharga lebih 8 ribu yuan RMB."

Pada awal tahun ini, Cheng Gongdong mula belajar menggunakan komputer. Beliau berazam mempopularkan kesenian Kuaiban melalui internet. Dalam tempoh tiga bulan, beliau telah mahir menggunakan komputer. Katanya, "Mempelajari komputer merupakan cabaran bagi saya yang hanya tamat sekolah rendah. Anak dan cucu saya membantu saya menggunakan komputer, dan saya bersungguh-sungguh mengikuti pelajaran. Sekarang, saya telah mahir menggunakan komputer."

Dengan kemahiran menggunakan komputer, Cheng Gongdong telah menyunting karya yang lebih menarik. Monolog dramanya melibatkan ramai penduduk di kawasan perumahan tersebut. Qi Manxuan yang berkhidmat di jabatan pentadbiran kawasan perumahan Jinfeng berkata, "Persembahan Cheng Gongdong mendapat sambutan yang baik daripada penonton. Karyanya berkaitan rapat dengan kehidupan rakyat."

Beliau selalu meraih hadiah dalam pertandingan persembahan. Beliau telah menjadi seorang seniman yang tersohor, dan banyak pihak menjemputnya untuk mengadakan persembahan. Isterinya Ping Shulan, berkata, "Suami saya agak sibuk dan selalu kurang sihat, tetapi beiau amat gembira untuk menunjukkan persembahan Kuaiban untuk rakyat. Saya juga menyokong usahanya."

Chen Jiahao, cucu sulung Chen Gongdong yang berumur 13 tahun juga berminat terhadap kesenian Kuaiban. Malah beliau mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Setelah mengikuti pelajaran selama lebih setengah tahun, Chen Jiahao telah membuat persembahan bersama-sama datuknya.

Chen Jiahao menyatakan bahawa beliau memang berminat terhadap kesenian Kuaiban. Katanya, "Saya sangat suka bermain Kuaiban. Ketika sekolah kami mengadakan malam gembira, saya akan menghidangkan persembahan Kuaiban. Semua rakan-rakan saya amat tertarik dengan persembahan saya."

Kejayaan Chen Jiahao telah menjadi ikutan kepada rakan-rakannya. Mereka juga mengikuti pelajaran kesenian Kuaiban daripada Cheng Gongdong. Ini amat menggembirakan Chen Gongdong kerana keseniannya dapat diwariskan. Cheng Gongdong menyatakan bahawa beliau merasa bahagia kerana kesenian Kuaiban telah membawa banyak kegembiraan kepada beliau. Beliau berharap lebih ramai orang hidup lebih bahagia sepertinya.

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |