v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Wilayah Autonomi Hui Ningxia Berusaha Menyediakan Latihan Vokasional untuk Kaum Tani

2008-11-13 14:24:56 CRI

Tanah pertanian untuk bercucuk tanam tidak mencukupi di Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Sejumlah besar kaum tani di wilayah itu tidak mempunyai tanah pertanian. Oleh itu, kerajaan Ningxia berusaha menyediakan latihan vokasional untuk kaum tani yang tidak mempunyai tanah pertanian mencuba bidang lain yang lebih terbuka peluang kerja dalam bidang yang lain.

Pada tahun 2005, kerajaan Ningxia mula mengadakan projek menyediakan latihan untuk sejuta orang petani. Kerajaan menyediakan subsidi khas untuk projek tersebut. pihak berkuasa juga menyediakan latihan vokasional yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Sejumlah besar kaum tani di Ningxia telah memperoleh pengetahuan dan teknologi melalui latihan tersebut.

Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan Pekerjaan Jabatan Jaminan Pekerjaan Ningxia, Chen Xiaojun menyatakan, kerajaan berusaha menyediakan latihan vokasional untuk kaum tani agar mereka mendapat pekerjaan melalui kemahiran teknologi. Katanya, "Purata pendapatan kaum tani Ningxia yang beralih kerja dalam sektor bukan pertanian lebih rendah berbanding dengan kaum tani dari provinsi-provinsi lain yang beralih kerja dalam sektor bukan pertanian. Menurut statistik pada tahun 2006, pendapatan purata kaum tani Ningxia yang bekerja dalam sektor tersebut hanya pada paras 60% berbanding rakan-rakannya di provinsi yang lain. Kerajaan Ningxia telah memperuntukkan sebanyak 30 juta yuan RMB pada setiap tahun bagi menyediakan latihan vokasional untuk kaum tani." Golongan petani tersebut bersungguh-sungguh mengikuti pengajian komputer di sebuah sekolah vokasional di bandar Yinchuan, ibu kota Ningxia. Malah, terdapat beberapa orang petani wanita yang membawa anak mereka mengikuti latihan tersebut.

Duan Xueqing, 34 tahun dari Mukim Tonggui sudah mempunyai 2 orang anak. Walaupun sibuk menguruskan rumah tangga, beliau tetap tekun mengikuti pengajian komputer di sekolah itu. Katanya, "Saya berazam untuk menimba pengetahuan yang lebih banyak untuk mudah mendapat kerja. Anak saya juga boleh menguasai pengetahuan tentang komputer melalui latihan tersebut."

Selain pengetahuan penggunaan komputer, sekolah itu juga menyediakan kursus tentang penggunaan dandang, pembinaan, elektronik, pembuatan kulit kasut dan teknik jahit-menjahit. Kursus-kursus tersebut mendapat sambutan yang baik daripada kalangan petani di kawasan tersebut.

Pengarah Jabatan Pekerjaan Daerah Xingqing, Jiang Hongtao menyatakan bahawa sekolah-sekolah vokasional di daerah itu telah menyediakan latihan vokasional kepada 30 ribu orang petani dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini. Sejumlah 85% daripada mereka telah lulus pengajian masing-masing dan 82% daripadanya telah mendapat pekerjaan. Katanya, "Kebanyakan kaum tani di daerah kami tidak pernah mengikuti latihan vokasional seperti ini. Jumlah pendapatan mereka amat rendah disebabkan tidak menguasai sekarang teknik. Setelah tamat latihan tersebut, mereka lebih berpengetahuan, jumlah pendapatan mereka juga meningkat dengan ketara."

Petani dari kampung Tonggui daerah Xingqing, Duan Hongfu, 40 tahun sudah lama berkerja menjaga dandang. Tetapi gaji bulanan beliau hanya antara 2 hingga 3 ratus yuan RMB sahaja kerana tidak mempunyai diploma kemahiran berkenaan. Pada bulan Mac tahun lalu, beliau telah memperoleh diploma setelah mengikuti latihan mengenai penjagaan dandang di sekolah vokasional. Sekarang, gaji bulanan beliau telah meningkat kira-kira 4 kali ganda berbanding dengan sebelumnya. Katanya, "Sebelum memperoleh diploma, gaji bulanan saya hanya kira-kira 300 yuan RMB sahaja. Setelah mengikuti latihan vokasional berkenaan dan memperoleh diploma, gaji bulanan saya telah meningkat lebih 3 kali ganda. Hidup saya menjadi semakin selesa."

Latihan vokasional telah memperluaskanlagi pandangan golongan petani. Mereka telah memahami pentingnya ilmu dan teknologi. Malah, 40% kaum tani yang telah mengikuti latihan vokasional berkali-kali mengikuti latihan tersebut untuk menambah kemahiran.

Ma Yahong, 20 tahun dari pekan Qiying, kaunti Haiyuan bandar Guyuan telah mengikuti latihan komputer selama setengah tahun pada tahun lalu. Setelah tamat latihan itu, beliau bekerja di bandar raya Suzhou dengan gaji bulanan 1400 yuan RMB. Tetapi beliau telah meletak jawatan kerana melanjutkan pelajaran ke Sekolah Latihan Komputer Qingsong, bandar Yinchuan. Katanya, "Jumlah pendapatan saya di Suzhou sudah memuaskan. Tetapi saya berazam untuk menguasai lebih banyak pengetahuan dan memperoleh diploma agar bekerja dengan lebih cemerlang."

Encik Chen Xiaojun menyatakan bahawa jumlah kaum tani yang mempunyai kemahiran tentang sesuatu teknik vokasional di Ningxia meningkat 16% pada setiap tahun. Jumlah pendapatan golongan petani yang beralih kerja dalam sektor bukan pertanian merupakan 50% daripada jumlah pendapatan kaum tani di Ningxia."

Chen Xiaojun berkata, "Wilayah Ningxia telah menyusun semula latihan vokasional untuk golongan petani supaya lebih sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan. Langkah tersebut menyediakan persekitaran yang baik untuk menyelaraskan bidang pekerjaan antara bandar dengan desa serta mewujudkan integrasi bandar dan desa."

------Andika

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |