v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Maskot Sukan Olimpik Beijing Diminati Ramai
2005-12-15 13:11:35 CRI

Maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 telah diumumkan baru-baru ini. Maskot tersebut ialah Friendlies yang terdiri daripada ikan, panda, antelop Tibet, burung layang-layang dan obor Olimpik. Kesemua maskot tersebut telah mendapat sambutan masyarakat di dalam dan di luar negara China.

Sebulan yang lalu, rakyat China masih tertanya-tanya tentang maskot Sukan Olimpik Beijing 2008. Namun hari ini, selepas dilancarkan secara rasmi maskot Sukan Olimpik 2008 begitu laris dijual di pelbagai tempat di China. Seorang petugas di Kompleks Membeli-belah Wangfujing Beijing Encik Zheng Yudong menyatakan, "Di kaunter khas penjualan barangan sukan Olimpik kompleks kami, lebih 60 buah kotak anak patung maskot Sukan Olimpik habis dijual dalam masa satu jam setengah."

Di beberapa kompleks membeli-belah di Beijing, bekalan maskot Sukan Olimpik 2008 tidak dapat memenuhi keperluan para pelanggan. Sambutan penduduk terhadap Friendlies adalah di luar jangkaan, bukan sahaja di Beijing, manakala di beberapa tempat di China seperti Bandar Shanghai, Guangzhou, Chengdu dan lain-lain.

Maksot Sukan Olimpik Beijing 2008 menggabungkan banyak unsur kebudayaan China. Imej ikan, panda, obor Olimpik, antelop Tibet dan burung masing-masing mewakili laut, hutan, api, tanah dan udara yang melambangkan hubungan manusia dengan alam sekitar. Ini juga selaras dengan konsep "Sukan Olimpik Hijau" yang dianjurkan oleh Beijing.

Selain itu, imej maksot Sukan Olimpik tersebut juga menggabungkan kebudayaan China. Seperti anak patung ikan menggabungkan cara lukisan tradisional China, imej obor Olimpik dicipta daripada ilham tentang lukisan dinding Groto Dunhuang China. Pengerusi Kesatuan Kesenian China, Jin Shangyi menyatakan maskot Sukan Olimpik Beijing tersebut dapat mencerminkan imej China yang mempunyai kebudayaan yang gilang-gemilang dan keunggulan dalam kesenian. Friendlies yang bercirikan tradisional China itu menujukkan sikap ramah tamah baik dari aspek warna mahupun daripada raut wajahnya. Oleh sebab itu, Friendlies pastinya dapat menghiburkan orang ramai. Selain itu, maskot Sukan Olimpik Beijing yang direka berdasarkan imej kartun itu juga menjadikannya suka orang ramai dan sebagai barangan yang amat laris dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge juga tertarik akan reka bentuk maskot Sukan Olimpik Beijing tersebut. Beliau dalam suratnya kepada Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing berkata, "saya berasa amat gembira ketika melihat maskot yang terdiri daripada 5 anak patung tersebut. Usaha pereka China yang mencipta imej anak patung itu perlu diberi penghargaan yang tinggi. Saya yakin maskot Sukan Olimpik Beijing 2008akan diminati oleh ramai penduduk di seluruh dunia.

Jawatankuasa Sukan Olimpik Beijing pernah menjalankan penyelidikan terhadap imej maskot tersebut kepada 49 orang pelajar di Sekolah Rendah Yucai Beijing dan 22 orang kanak-kanak di Tadika Xingfushiguang Beijing. Berdasarkan penyelidikan tersebut didapati 98% kanak-kanak itu menyatakan anak patung itu sangat comel dan merupakan rakan atau berasal daripada sebuah keluarga yang sama. Zheng Baihui, salah seorang daripada mereka berkata, "Friendlies itu dapat mencerminkan kebudayaan China dan sangat comel seperti kawan kami. Saya sangat suka anak-anak patung itu."

Nama Friendlies itu kalau dibaca secara bersambung bermaksud "selamat datang ke Beijing. Warna-warna anak patung itu juga sama seperti lima kalungan dalam lambang Olimpik.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik Beijing Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa, Kevin Gosper berkata, "maskot Sukan Olimpik Beijing yang terdiri daripada 5 anak patung itu seperti lima jari tangan yang mencerminkan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam. Saya ingin merakamkan terima kasih atas sumbangan pihak Beijing kepada Sukan Olimpik.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |