v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Acara Ski Diminati Ramai di China
2005-12-22 13:21:26 CRI

Acara ski merupakan salah satu acara sukan yang memerlukan peruntukan kewangan yang banyak. Oleh itu, acara sukan itu tidak begitu popular di China pada masa lalu. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan sosial China, semakin lebih ramai orang berminat akan acara ski.

Sejak memasuki bulan Disember, kawasan utara China turut memasuki tempoh emas bermain ski. Baru-baru ini, di 12 tempat berski di sekitar kawasan Beijing telah menerima lebih kurang 20 ribu orang pada setiap hari. Pada 4 Disember yang lalu, cuaca di Beijing telah menecah ke tahap suhu yang paling sejuk di dalam tempoh 50 tahun lalu. Tempat meluncur salji Longfengshan di kawasan barat Beijing telah menerima lebih 100 orang peminat ski. Pegawai padang ski tersebut encik Gao memberitahu wartawan bahawa, "Sejak memasuki bulan November, kami telah menerima 1000 hingga 2000 orang setiap hari. Tempat peletakan kereta hampir penuh pada setiap hari. Kami menjangka jumlah orang yang bermain ski akan meningkat pada masa akan datang."

Pada tahun-tahun kebelalangan ini, acara brmain ski semakin popular di China. Bilangan kawasan meluncur ski dapat menunjukkan kepopularan acara itu di sesebuah negara. Naib Ketua Setiausaha Persatuan Ski China Encik An Linbin semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan bahawa jumlah kawasan ski di China telah meningkat kepada lebih 200 pada masa ini berbanding kurang daripada 10 pada tahun 1996. Beliau berkata, "Acara ski telah berkembang pesat di China. Pada pertengahan tahun 1990-an, terdapat beberapa kawasan meluncur ski sahaja yang khusus untuk melatih pemain profesional, namun sekarang kawasan meluncur ski telah ditubuhkan di 15 provinsi."

Dimaklumkan, pada masa dulu, kebanyakan kawasan ski ditempatkan di kawasan utara laut China iaitu kawasan yang paling sejuk di China. Sekarang, di selatan China seperti provinsi Yunnan juga turut ditubuhkan diwujudkan kawasan meluncur ski buatan manusia. Di bandar Beijing dan Shanghai juga telah muncul tempat meluncur ski dalam bangunan yang boleh menerima peminat-peminat ski pada setiap musim atau sepanjang tahun.

Bukan sahaja bilangan kawasan ski telah meningkat, malah bilangan peminat ski juga turut bertambah. Pada tahun 1999 hanya terdapat puluhan ribu peminat ski di China. Namun, pada tahun 2004, jumlah itu telah melebihi tiga juta orang. Naib Ketua Setiausaha Persatuan Ski China Encik An Linbin berpendapat bahawa peningkatan jumlah kawasan meluncur dan peminat ski di China menunjukkan bahawa acara ski bukan lagi menjadi acara sukan yang hanya dilaksanakan oleh pemain profesioanl sebaliknya telah menjadi acara sukan yang disertai oleh orang ramai.

Encik An Linbin berpendapat bahawa kepopularan ski di China merupakan hasil kemajuan sosial China. Acara ski merupakan salah satu acara yang memerlukan peruntukan kewangan yang banyak. Seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan penduduk menjadikan acara ski semakin diminati ramai di China.

Minat seseorang dalam acara ski tidak sama, ada yang hanya ingin cuba perkara yang baru dan ada juga yang benar-benar meminati akan acara tersebut. Encik Zhang Chunhui yang telah bermain ski selama enam tahun macam ini menceritakan perasaannya semasa bermain ski, "Dengan cuaca yang cerah, saya suka meluncur ski dari puncak gunung."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |