v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Atlet China Yang Yang Bercita-cita Capai Kejayan Besar dalam Sukan Olimpik Turin
2005-12-29 14:37:26 CRI

Sukan Olimpik Musim Sejuk ke-20 akan diadakan di Turin Itali pada bulan Februari tahun depan. Dalam Sukan Olimpik Salt Lake 2002, atlet China Yang Yang telah meraih pingat emas dalam acara skating pecut lorong pendek wanita 500 meter. Ini juga merupakan pingat emas pertama yang diraih oleh atlet China dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Sejuk. Selain itu, Yang Yang juga turut meraih pingat emas acara skating pecut lorong pendek 1000 meter dalam Sukan Olimpik tersebut. Empat tahun selepas itu, Yang Yang berharap mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Yang Yang yang meraih dua pingat emas dalam Sukan Olimpik Salt Lake telah menjadi olahragawan China yang terkenal. Selepas itu, beliau berhenti daripada mewakili di pasukan China dan mengikuti pengajian di Universiti Tsinghua China dalam jurusan kawalan industri dan perdagangan dan seterusnya melanjutkan pelajaran di A.S. Akan tetapi, Yang Yang kembali semula ke arena sukan skating pada bulan Oktober tahun lalu. Beliau sekali lagi berkecinpung dalam latihan yang sukar. Kini, Yang Yang yang berumur 30 tahun itu akan mewakili China dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin dan ini merupakan kali ketiga beliau menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk. Baru-baru ini, semasa Yang Yang diwawancara oleh wartawan, beliau menyatakan bahawa, "Saudara-mara dan kawan saya tidak bersetuju akan saya penyertaan ke dalam latihan. Ini kerana mereka berpendapat sekiranya saya meraih pingat perak, orang ramai akan menganggap itu merupakan kegagalan. Ketika itu, saya tidak dapat menetapkan masa dapan saya, akan tetapi saya tahu sekiranya saya menyertai Sukan Olimpik Turin sebagai seorang penonton, saya tentu akan kecewa. Padang skating merupakan tempat impian saya dan saya berasa bernasib baik dapat mengekalkan impinan saya."

Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin, Yang Yang akan mengekalkan rekod dalam acara skating pecut lorong pendek 500 meter dan 1000 meter. Beliau juga turut akan menghadapi cabaran besar. Khususnya dalam acara skating pecut lorong pendek 500 meter, Yang Yang akan menghadapi cabaran daripada atlet Bulgaria iaitu atlet yang mengekalkan rekod dunia Evgenia Radanova dan persaingan besar daripada rakan sepasukan China, Wang Meng yang berumur 20 tahun.

Berbanding dengan pemain muda tersebut, umur dan prestasi menjadi masalah utama bagi Yang Yang. Akan tetapi, Yang Yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa pengalaman menyertai pertandingan merupakan kelebihan beliau. Yang Yang akan berusaha sedaya upaya mencapai kejayan yang lebih cemerlang.

Selepas mengambil bahagian dalam dua Sukan Olimpik Musim Sejuk, matlamat utama Yang Yang bukan sahaja meraih pingat emas, beliau lebih menentingkan proses penyertaan. Beliau berkata, "Dalam lima tahun selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002, saya mengekalkan rekod kemenangan dalam acara skating pecut lorong pendek 1000 meter. Akan tetapi dalam Sukan Olimpik Salt Lake, walapun prestasi saya jauh lebih tinggi daripada pesaing, tetapi saya gagal mencapai sebarang kejayaan. Dua hari selepas pertandingan tersebut, saya mengalami kesedihan yang besar dan saya juga telah menimba banyak pengalaman daripada kekalahan tersebut. Sama seperti kali ini, saya kembali dalam latihan, saya bertolak dari tempat yang rendah bukan kedudukan yang tertinggi macam masa lalu, proses ini juga amat berfaedah bagi saya."

Pengalaman menyertai Sukan Olimpik menjadikan Yang Yang menyedari akan cara membaiki latihanya. Yang Yang telah menyertai pelbagai sidang Persatuan Skating Antarabangsa sebagai wakil atlet bermula tahun 1999 dan mengemukakan cadangan dan pandangan sendiri. Yang Yang berkata, "Melalui penyertaan aktiviti antarabangsa tersebut, saya dapat meningkatkan pengalaman dan ini juga amat berfaedah bagi saya untuk mengatasi pelbagai kecemasan dalam pertandingan"

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |