v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Lapangan Sukan Sekolah Dibuka kepada Orang Ramai di Kawasan Kediaman Penduduk Yinxing Shanghai
2006-01-13 16:43:54 Agensi Berita Xinhua China

Dalam tempoh selama setahun, semua lapangan sukan di 18 buah sekolah rendah dan menengah telah dibuka kepada orang ramai di kawasan kediaman penduduk Yinxing bandar Shanghai. Para penduduk di kawasan itu dapat bergerak badan dengan gembira di lapangan-lapangan sukan tersebut.

Naib Ketua Bahagian Sukan Jabatan Pentadbiran Am Sukan China Encik Liu Guoyong menyatakan, "Lapangan-lapangan sukan sekolah dibuka kepada orang ramai bermanfaat bagi mereka bergerak badan. Ini merupakan percubaan yang baik."

Sumber sukan di sekolah-sekolah berjumlah hampir 90%, akan tetapi di kebanyakan bandar, para penduduk tidak ada tempat untuk bergerak badan kerana lapangan-lapangan sukan sekolah tidak dibenarkan masuk. Ini membazirkan sumber sukan tersebut. Berdasarkan keputusan Kaji Selidik Pusat Sukan China kelima yang diselesaikan tidak lama dahulu, pembinaan pusat sukan di bandar Shanghai berkembang pesat. Pada masa ini, jumlah pusat sukan mencatat lebih 14 ribu buah di bandar itu. Akan tetapi lapangan-lapangan sukan di sekolah tidak dibuka kepada orang ramai kerana keselamatan tidak dapat terjamin, jumlah pekerja dan modal tidak mencukupi dan sistem pengurusan tidak rasional.

Untuk menangani masalah tersebut, pegawai-pegawai daripada 18 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan kediaman penduduk Yinxing bandar Shanghai telah menyertai dengan aktif aktiviti untuk mewujudkan para penduduk dan para pelajar berkongsi sumber sukan pada tahun 2005. Lapangan-lapangan sukan di sekolah-sekolah tersebut telah dibuka kepada para penduduk agar mereka dapat bermain bola sepak, bola keranjang, pingpong, badminton dan lain-lain. Syarikat insurans juga telah dipilih untuk menjamin keselamatan mereka yang bergerak badan di lapangan-lapangan sukan sekolah. Aktiviti-aktiviti sukan tersebut akan diuruskan oleh Kelab Sukan dan Bina Badan Kawasan Kediaman Penduduk. Pejabat Komuniti Penduduk telah memberikan pampasan sebanyak 10 hingga 20 ribu Yuan RMB kepada setiap sekolah untuk memelihara lapangan-lapangan sukan dan juga menawarkan ganjaran kepada para pekerja.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |