v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Bercita-cita Capai Kejayaan Pada tahun 2006
2006-01-19 13:30:39 CRI

Tahun 2006 akan menjadi tahun yang sangat sibuk bagi para atlet China, terutamanya mereka yang bercita-cita mencapai kejayaan dalam Sukan Musim Sejuk Turin dan Sukan Asia Doha yang masing-masing akan diadakan pada awal dan penghujung tahun 2006. Selain itu, para atlet China juga turut berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai pertandingan yang diadakan pada tahun 2006.

Cabaran besar bagi peserta China pada tahun ini ialah Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin yang akan diadakan di Turin, Itali pada 10 hingga 26 Februari. Walaupun pasukan China mempunyai prestasi yang agak jauh berbanding dengan Jerman, Rusia, Norway dan negara hebat dalam acara skating di dunia, akan tetapi presitasi pasukan China meningkat dengan agak ketara pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Salt Lake pada 2002, kontenjen China telah meraih dua pingat emas dalam acara skating pecut lorong pendek dan mengisi kekosongan pingat emas dalam sukan Olimpik musim sejuk. Ramai orang China berharap agar pasukan China boleh mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Turin yang akan datang.

Selain acara skating pecut lorong pendek, peserta China juga turut mempunyai kemampuan untuk meraih pingat emas dalam acara skating pantas, ski wanita bebas, skating berirama dan lain-lain. Peserta acara skating berirama China Zhao Hongbo semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini menyatakan bahawa, "Kami sedang membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin. Saya mengalami kecederaan pada masa dulu, oleh itu pasa masa ini saya perlu menjalani latihan yang intensif. Kami berharap agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam sukan Olimpik tersebut."

Acara pingpong dan badminton merupakan acara yang hebat bagi China. Akan tetapi sekiranya pasukan China ingin memperoleh pingat emas yang lebih banyak dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 berbanding Sukan Olimpik Athens iaitu 32 pingat emas, pasukan China harus menumpukan usaha yang lebih dalam acara-acara lain khususnya dalam acara olahraga dan renang.

Piala Olahraga Dunia yang akan diadakan pada 16 hingga 17 September tahun 2006 menyediakan peluang yang baik bagi peserta China untuk meningkatkan pengalaman dan mengukur prestai atlet China.

Setakat itu, peserta China Liu Xiang dan Xing Huina akan mewakili pasukan Asia dalam pertandingan tersebut. Ketua jurulatih pasukan olahraga China Encik Feng Shuyong memaklumkan bahawa "Piala Dunia disertai oleh peserta yang mewakili benua masing-masing. Seramai lebih 20 peserta China yang mewakili Asia telah melayakkan diri dalam Kejohana Piala Dunia peringkat Asia pada tahun 2005. Pertandingan tersebut amat penting bagi pasukan olahraga China pada tahun 2006. Saya berpendapat bahawa pertandingan tersebut akan menyediakan peluang yang baik bagi peserta China untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008."

Sukan Asia Doha ke-15 akan diadakan pada 1 hingga 15 Disember tahun ini. Kontinjen China telah mengekalkan kedudukan teratas dalam senarai memperoleh pingat emas sejak Sukan Asia New Delhi, India pada tahun 1982 hingga sekaran. Jawatankuasa Sukan Olimpik China menganggap bahawa Sukan Asia Doha merupakan peluang yang baik bagi atlet China untuk membuat persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Kontinjen China dalam Sukan Asia Doha tersebut terdiri daripada peserta yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China Encik Cui Dalin menyatakan, "Sukan Asia merupakan pertandingan peringkat antarabangsa dan juga merupakan pertandingan terakhir bagi pasukan China sebelum Sukan Olimpik Beijing. Kami akan menghantar kontinjen yang besar menyertai Sukan Asia tersebut. Kebanyakan mereka juga akan menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008."

Saudara pendengar, dalam tahun 2006 ini banyak pertandingan peringkat antarabangsa akan diadakan, oleh itu kami ternanti-nanti persembahan terbaik daripada peserta China dalam pertandingan tersebut.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |