v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengalaman Jurulatih Olahraga Terkenal China Ma Junren yang Memelihara Anjing Selepas Bersara
2006-02-16 16:34:37 CRI

Kawasan di sekeliling bandar Beijing terdapat sebuah Pusat Memelihara Tibetan Mastiff. Sebanyak 128 ekor anjing dipelihara di sana. Ketua pusat tersebut ialah bekas jurulatih olahraga terkenal China Ma Junren.

Tibetan Mastiff yang berasal daripada Tibet China dan dianggap sebagai sejenis anjing yang paling kuno dan ajaib di dunia. Badannya sangat besar dan merupakan teman setia penggembala. Bagi kalangan rakyat China, Tibetan Mastiff dijunjung sebagai anjing kebangsaan China.

Ma Junren juga telah mencapai kejayaan besar dalam sejarah olahraga China. Pada tahun 1993, Ma Junren telah mengetuai pasukan larian jarak jauh dan sederhana wanita China dan meraih tiga pingat emas dalam acara 1500 meteri wanita, 3000 meter wanita dan 10000 meter wanita dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Stuttgart. Pada tahun yang sama, atlet China yang dilatih oleh Ma Junren juga turut membaharui rekod dalam acara 1500 meter wanita, 3000 meter wanita dan 10000 meter wanita dalam Sukan Kebangsaan ke-7China. Disebabkan oleh Ma Junren telah melatih ramai atlet unggul China, pasukan larian jarah jauh dan sederhana wanita China dipanggil sebagai "Kumpulan Ma".

Ma Junren mula memelihara Tibetan Mastiff pada tahun 1986. Selepas bersara pada tahun 2003, Ma Junren menumpukan sepenuh perhatian dalam pemeliharan Tibetan Mastiff. Sekarang beliau bukan sahaja telah menubuhkan Pusat Memelihara Tibetan Mastiff yang terbesar di China tetapi juga menjadi ketua Kelab Pemelihara Tibetan Mastiff yang pertama di China. Semasa memperkatakan Tibetan Mastiff, Ma Junren berkata, "Tibetan Mastiff berasal dari Tibet China. Kebanyakan penggembala memeliharanya untuk menjaga rumah dan ternakan seperti kambing, kerbau dan kuda. Tibetan Mastiff sangat setia kepada tuannya dan boleh menghalau serigala serta bertarung dengan harimau dan harimau bintang. Oleh itu, Tibetan Mastiff memperlihatkan salah satu semangat kebangsaan yang dijunjung oleh rakyat China iaitu setia."

Berdasarkan cacatan sejarah, pada abad ke-13, Genghis Khan, seorang pahlawan dalam sejarah China telah menubuhkan pasukan yang terdiri daripada 30 ribu ekor Tibetan Mastiff dan mencapai kejayaan besar dalam peperangan. Selepas itu, Tibetan Mastiff dibawa ke beberapa negara dan kawasan di Eropah. Sekarang beberapa jenis anjing negara Barat seperti Saint Bernard, Gerat Pyrenees, Mastiff berketurunan daripada Tibetan Mastiff.

Ma Junren menjelaskan bahawa, "Terdapat banyak jenis anjing di dunia, akan tetapi hampir semua anjing besar berketurunan daripada Tibetan Mastiff. Sekiranya tidak mempunyai baka daripada Tibetan Mastiff, anjing besar di negara Barat mungkin kurang berkemampuan untuk bekerja dan menyiasat. Oleh itu, pengaruh Tibetan Mastiff amat besar di dunia."

Sekarang, Tibetan Mastiff digunakan dalam pelbagai kehidupan manusia. Ma Junren berkata, "Sekarang Tibetan Mastiff bukan sahaja digunakan untuk menggembala, tetapi juga digunakan untuk menjaga rumah. Di negara Barat, untuk mengupah seorang pengawal memerlukan kos yang tinggi, akan tetapi sekor Tibetan Mastiff dapat menyelesaikan semua masalah."

Ma Junren menjelaskan bahawa Tibetan Mastiff hanya menggigit orang jahat dan tidak menggigit orang baik. Anjing ini sanggup berkorban untuk menjaga tuannya.

Berdasarkan statistik terdapat sebanyak 300 ribu ekor Tibetan Mastiff di seluruh dunia, daripada jumlah tersebut bakal sejati anjing itu tidak melebihi 300 ekor. Sekarang, Ma Junren dengan sangat gembira menyatakan bahawa hampir semua Tibet Mastiff sejati di China terdapat di pusat pemeliharaan beliau.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |