v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Johan Dunia Luncur ais Berpasangan China Capai Kejayaan Terakhir
2006-02-23 11:23:41 CRI

Johan pertama China dalam acara luncur ais berpasangan Shen Xue dan Zhao Hongbo meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin pada 13 Februari. Ini merupakan kali terakhir mereka mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Dalam Kejohaan Dunia Luncur ais Berirama yang diadakan pada bulan Mac tahun 2002, atlet China Shen Xue dan Zhao Hongbo meraih pingat emas dalam acara luncur ais berpasangan dan menjadi johan dunia pertama China dalam kejohanan tersebut. Mereka juga turut menraih pingat emas dalam Kejohanan Dunia Luncur ais Berirama pada tahun 2003 dan menjadi pasangan atlet acara luncur ais berirama yang diminati ramai di dunia. Akan tetapi dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2002 yang diadakan di Salt Lake, A.S. Shen Xue dan Zhao Hongbo hanya meraih pingat gangsa. Oleh itu, mereka berdua sangat ternanti-nati Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin. Ini merupakan kali terakhir mereka mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk bagi Zhao Hongbo yang berumur 33 tahun dan Shen Xue yang berumur 28 tahun.

Akan tetapi, pada 5 Ogos tahun lalu iaitu hanya tinggal enam bulan saja Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin akan diadakan, Zhao Hongbo mengalami kecederaan semasa latihan. Mengenang kembali perkara tersebut, Zhao Hongbo berkata, "Saya rasa tahun 2005 merupakan tahun yang penuh cabaran sepanjang tempoh penglibatan saya."

Sama ada mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin atau tidak merupakan pilihan bagi Zhao Hongbo pada masa itu. Beliau tidak berputus asa. Beliau berkata ada dua sebab utama iaitu tidak mahu melepaskan peluang yang sangat berharga itu dan tidak mahu Shen Xue berasa kecewa. Shen Xue dan Zhao Hongbo berjanji bahawa walapun sukar untuk meraih pingat emas, akan tetapi dapat mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pun merupakan kejayaan terakhir yang dicapai oleh mereka.

Selepas berehat selama tiga bulan, Zhao Hongbo kembali menjalani latihan. Doktor menyatakan bahawa Zhao Hongbo boleh mencapai keajaiban dalam sejarah pemulihan, selain daripada rawatan yang bertaraf tinggi, Zhao Hongbo berjaya menahan sakit yang tidak boleh ditahan oleh kebanyakan orang dan menjalani latihan pemulihan terapi.

Pada pertengahan bulan Disember tahun lalu, Zhao Hongbo dan Shen Xue buat pertama kalinya berlatih bersama-sama acara luncur ais "Madame Butterfly" untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpim Musim Sejuk Turin. Pada 4 Januari tahun ini, Zhao Hongbo membaiki latihan lompat di atas ais. Pada 7 Februari iaitu sehari sebelum mereka bertolak ke Turin, Zhao Hongbo buat pertama kalinya menjayakan gerak-geri paling sukar dalam program "Madame Butterfly".

Tidak mengambil bahagian dalam latihan memanaskan badan sebelum Sukan Olimpik Turin, Shen Xue dan Zhao Hongbo membawa acara luncur ais "Madame Butterfly" yang berlatih tidak sampai dua bulan menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin. Mereka telah meninggalkan kesan mendalam kepada sukan kali ini dengan acara tidak sempurna melainkan semangat yang gigih. Akhir sekali, mereka meraih pingat gangsa. Walau bagaimanapun pingat gangsa yang diraih oleh Shen Xue dan Zhao Hongbo tidak kurang hebatnya daripada pingat emas. Shen Xue berkata, "Kami berpuas hati terhadap persembahan kami dalam pertandingan. Sebab itu merupakan taraf latihan kami. Semua atlet lain telah membuat persiapan selama setahun. Kami hanya berlatih bersama-sama selama dua bulan. Kami telah berusaha sedaya upaya dan berpuas hati atas kejayaan yang kami capai."

Sebagai atlet luncur ais berirama paling unggul di dunia sekiranya tidak berjaya meraih pingat emas Sukan Olimpik Musim Sejuk akan mengecawakan orang ramai, akan tetapi sama seperti kenyataan Ketua Jurulatih Pasukan Luncur ais Berirama China Yao Bin Shen Xue dan Zhao Hongbo dapat mengambil bahagian dalam sukan Olimpik tersebut pun merupakan satu keajaiban. Pingat emas bukan bermakna sukan, cerita Shen Xue dan Zhao Hongbo telah mencerminkan semangat sukan. Encik Yao Bin berkata, "Luncur ais berirama tetap penting, akan tetapi bukan satu-satunya perkara dalam kehidupan. Sekiranya saudara boleh mencapai kejayaan cemerlang dan bersemangat dalam tempoh berkecimpung dalam acara luncur ais berirama, saudara pun juga boleh berjaya. Shen Xue dan Zhao Hongbo telah mencapai kejayaan yang cemerlang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |