Untuk menyambut Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Paralimpik 2008, Beijing sedang membuat persiapan dalam pelbagai bidang. Kini, anjing yang akan digunakan dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008 sedang dilatih di bandar Dalian, utara China.
Pusat latihan anjing tersebut terletak di sekitar kawasan selatan bandar Dalian dan dipimpin oleh Pusat Pemeriksaan Haiwan Universiti Kedoktoran Veterinar Dalian. Baru-baru ini, wartawan kami telah mewawancara pegawai pusat latihan tersebut. Pegawai pusat tersebut Puan Song Yanan memberitahu wartawan bahawa anjing yang dilatih di pusat tersebut bukan sajaha termasuk anjing pemandu orang buta yang digunakan khas dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008, tetapi juga termasuk anjing pemandu orang buta yang pertama kalinya dilatih di Tanah Besar China. Sejak tahun 2005, atas tuntutan kerajaan Beijing, pusat tersebut mula melaksanakan latihan terhadap anjing pemandu orang buta. Melalui usaha selama lebih setahun, anjing yang dilatih di pusat tersebut telah memasuki latihan fasa kedua dan dijangka mereka boleh digunakan pada tahun ini atau tahun depan. Semua anjing tersebut akan memandu atlet buta dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008 masuk ke Stadium dan membantu mereka keluar selepas itu. Puan Song berkata, "Kami berharap melalui usaha kami boleh menjadikan anjing tersebut membantu orang buta."
Di dalam pusat tersebut, wartawan terlihat tiga ekor anjing pemandu orang buta yang masing-masing dinamakan Maomao, Batu dan Lulu. Ketiga-tiga ekor anjing tersebut agak besar dan lebih tinggi daripada manusia biasa sekiranya anjing itu berdiri. Puan Song menjelaskan kepada wartawan bahawa anjing pemandu orang buta mestilah besar, sebab anjing itu akan menggunakan badannya untuk menghalang orang buta daripada menghampiri kawasan bahaya. Selain badan yang besar, tabiat yang pemdiam dan tenang merupakan salah satu keunikan anjing pemandu orang buta. Pusan Song berkata, "Anjing pemandun orang buta harus bersikap tenang dan setia menunggu tuannya dengan sabar serta tidak boleh terlalu aktif."
Di tempat latihan, wartawan kami memerhatikan Maomao menjalani latihan. Terlebih dahulu, puan Song berkata "Hello" kepada Maomao dan Maomao dengan pantas mengluhurkan kaki hadapannya lalu berjabat tangan dengan Puan Song. Selain itu, Maomao boleh membuat pergerakan yang tepat mengikut arahan "up", "go", "stop", "sit", "right", "left". Puan Song berkata, "Maomao boleh faham beberapa perkataan tersebut, kami melatih anjing itu dalam bahasa Inggeris pada hari-hari biasa."
Disebabkan oleh anjing pemandu orang buta tersebut akan menyediakan perkhidmatan kepada atlet dari pelbagai negara dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008, maka jurulatih biasanya memberi arahan dalam bahasa Inggeris kepada anjing tersebut. Selain latihan bahasa, Maomao akan menerima berbagai-bagai latihan yang lain, contohnya seperti mengelakkan halangan. Semasa menghadapi halangan, Maomao boleh menggunakan badannya untuk memberhenti tuannya bagi mengelakkan tuanya daripada jatuh tersandung. Semasa menaiki tangga, Maomao boleh berhenti dan menggunakan badannya untuk menghalang tuanya iaitu memberi isyarat bahawa di hadapannya ada tangga dan harus berhati-hati.
Difahamkan, anjing pemandu orang buta dalam latihan tersebut telah menguasai kemampuan naik turun tangga dan mengelakkan halangan. Kini, mereka telah mula menerima latihan untuk membezakan pelbagai tanda lalu lintas.
|