v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Capai Kemajuan dalam Acara Sukan Pada Musim Sejuk
2006-03-09 10:23:07 CRI

Sejak tahun 1980 hingga tahun 2006, kontinjen China telah mengambil bahagian dalam 8 acara Sukan Olimpik Musim Sejuk dan mengisi kekosongan pingat emas dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin 2002.

Apakah standard menilai prestasi seseorang atlet sesuat satu kontijen? Jawapannya sudah tentulah pingat emas, khususnya pingat emas dalam Sukan Olimpik. Akan tetapi, dalam satu-satu masa, pingat emas tidak boleh menunjukkan kesemua. Walaupun kontinjen China yang mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin dan telah meraih pingat emas dalam beberapa acara, akan tetapi kejayaan yang dicapai oleh mereka turut mencerminkan kemajuan sukan China dalam acara musim sejuk.

Kejayaan yang dicapai oleh pasukan China dalam acara ais lebih baik berbanding kejayaan dalam acara salji, akan tetapi kemajuan dalam acara salji yang dicapai oleh pasukan China sangat mengagumkan. Acara ski udara gaya bebas ditetapkan sebagai acara Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1994. Pemain China Xu Nannan turut meraih pingat perak dalam acara tersebut semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Nagano dan mencipta rekod acara ski terbaik kontenjin China dalam sukan Olimpik musim sejuk. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin, atlet China Li Nina sekali lagi meraih pingat perak dalam acara tersebut. Walaupun atlet China masih belum meraih pingat emas dalam acara tersebut, akan tetapi maknanya tidak sama. Naib Ketua Kontinjen China Encik Cui Dalin berkata, "Atlet China telah menduduki tangga kedua, keempat, keenam dan kesepuluh. Ini merupakan kejayaan paling baik bagi pasukan China. Mari kita lihat atlet China Guo Xinxin yang menduduki tangga keenam, pergerakan terakhirnya agak sukar, sekiranya pergerakaan itu dibuat dengan sempurna, beliau tentu akan meraih pingat emas."

Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin, pasukan ski China hanya mengambil hahagian dalam pertandingan ski papan peluncur separuh paip dan dua altet China Sun Zhifeng dan Pan Lei tidak layak memasuki pertandingan akhir. Walaupun China tidak kuat dalam acara tersebut, namun prestasi pasukan China juga turut mengagumkan. Acara ski baru sahaja dilaksanakan di China iaitu hanya selama dua tahun. Ketua Pasukan Ski China Tian Younian berkata, "Boleh dikatakan bahawa melalui latihan selama dua tahun, kejayaan kita capai amat mengagumkan seluruh arena ski antarabangsa. Pada bulan Jun tahun lalu, kami menghantar pemain China berlatih di luar negara. Seorang jutulatih Kanada menyatakan bahawa beliau telah melatih ramai atlet yang unggul, akan tetapi beliau jarang menemui atlet yang begitu berperestasi seperti atlet China. Beliau sangat kagum."

Tian Younian menjelaskan bahawa ramai jurulatih asing berpendapat bahawa seseorang atlet acara ski yang tidak mempunyai pengalaman latihan selama lima tahun, tidak mungkin dapat melayakkan diri dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. Sebenarnya, kebanyakan atlet dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin mempunyai pengalaman latihan selama sepuluh tahun.

Selain acara yang berpotensi besar tersebut, kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh pasukan China dalam acara yang hampir meraih pingat emas sukan Olimpik juga turut mengagumkan seluruh dunia.

China buat pertama kalinya mengambil bahagian dalam acara luncur ais berirama dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada tahun 1980 dan meraih pingat gangsa dalam acara luncur ais wanita dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Nagano tahun 1998 dan pingat gangsa dalam acara luncur ais berpasangan. Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin, walaupun atlet China tidak meraih pingat emas, akan tetapi atlet China menduduki tangga kedua, ketiga dan keempat, kemajuan kumpulan sangat ketara. Semasa memperkatakan kejayaan luncur ais berpasanngan China, Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China Liu Peng berkata, "pingat emas yang diperoleh itu dapat meneguhkan semangat atlet China yang lain dan menjadikan atlet luncur ais China dikenali di dunia."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |