v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Xiang Aktif Buat Persiapan Pertandiangan Peringkat Antarabangsa
2006-03-16 10:38:44 CRI

Atlet China Liu Xiang sebagai johan dunia acara 110 meter lari berpagar lelaki telah menjadi tumpuan orang ramai. Baru-baru ini, beliau mengalami kecederaan. Apakah keadaaan kesihatan Liu Xiang sekarang dan adakah beliau akan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pertandingan tahun ini atau tidak.

Liu Xiang mengalami kecederaan pada 15 Februari yang lalu. Oleh itu, beliau telah menarik diri daripada pertandingan Kejohanan Olahraga Kebangsaan China yang diadakan pada 18 Februari dan Kejohanan Olahraga Dunia yang telah diadakan. Semasa mengenang kembali peristiwa Liu Xiang mengalami kecederaan, jurulatihnya Sun Haiping berkata, "Pada hari itu, selepas kami berlatih. Liu Xiang telah melompat dari tangga yang setinggi 40 hingga 50 sentimeter di luar stadium, lalu kakinya tercedera. Apabila diX-ray, keadaannya masih baik dan tulang tidak terceder."

Kejohanan Dunia Olahraga 2006 akan diadakan di Moskow pada 10 hingga 12 Mac ini. Disebabkan oleh kecederaan tersebut, Liu Xiang tidak dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Akan tetapi, Liu Xiang masih optimis selepas mengalami kecederaan. Beliau memberitahu wartawan bahawa walapun latihan larian tidak dapat dilaksanakan secara normal, tetapi latihan lain tidak akan terhenti. Beliau berkata, "Saya tidak mungkin sentiasa mengekalkan keadaan yang baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekarang saya boleh berehat sementara dan mengatur keadaan saya. Kaki saya semakin sembuh."

Walaupun sejak sekian lama, Liu Xiang banyak mengikuti latihan dan mengambil bahagian dalam pertandingan akan, akan tetapi beliau kurang mengalami kecederaan. Ini merupakan salah satu kejayaan latihan jurulatih Sun Haiping. Sama seperti jurulatih yang lain, bagaimana menguruskan hubungan latihan dan mengurangkan kecederaan merupakan masalah yang dihadapi oleh Sun Haiping. Beliau berpendapat bahawa seiring dengan peningkatan kekuatan latihan Liu Xiang, masalah tersebut turut semakin ketara. Beliau sedang mencari cara penyelesaian supaya menjamin Liu Xiang dapat meningkatkan tahap latihan dan tidak terjejas oleh kecederaan. Kecederaan luar jangkaan Liu Xiang tersebut juga turut memberi amaran kepada Sun Haiping, beliau berkata, "Kami tidak menghadapi keadaan sekarang iaitu mengamali kecederaan yang di luar jangkaan. Sebenarnya, perkara itu memberi amaran kepada kami. Semua perkara seperti berjalan bukan perkara kecil. Khususnya keadaan Liu Xiang sekarang, kecederaannya menjejaskan penglibatannya dalam sebarang pertandingan."

Disebabkan oleh Liu Xiang telah mengambil bahagian dalam banyak pertandingan pada tahun lalu, beliau juga turut berasa letih dan membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008, Sun Haiping mengutamakan kerehatan dan mengatur penglibatan Liu Xiang pada tahun ini supaya pada tahun 2008 Liu Xiang dapat muncul dengan prestasi yang terbaik. Akan tetapi, pertandingan yang akan disertai oleh Liu Xiang pada tahun ini bukan sedikit. Selain Kejohanan Olahraga Dunia, beliau juga turut akan mengambil bahagian dalam Piala Olahraga Dunia yang akan diadakan di Athens pada Ogos depan dan Sukan Asia yang akan diadakan di Doha pada Disember tahun ini.

Sun Haiping menjelaskan bahawa di samping berehat Liu Xiang harus meningkatkan tahap latihan dan prestasi. Sekiranya ingin mencapai kejayaan yang lebih baik, kita mesti meningkatkan tahap latihan. Semua latihan yang diikuti oleh Liu Xiang adalah untuk persiapan bagi Sukan Olimpik Beijing 2008. Liu Xiang bercita-cita mecipta rekod dunia yang baru.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |