v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Pentingkan Pelaksanaan Aktiviti Sukan di Kawasan Desa
2006-03-23 14:22:58 CRI

Persidangan ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-10 China dan Persidangan ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan ke-10 Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Dalam persidangan tersebut, masalah petani, desa dan pertanian menjadi tumpuan para peserta. Kerajaan China telah mengumumkan rancangan yang bertema membina desa sosialis baru. Dalam laporan kerja yang dibentangkan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao, beliau mengemukakan banyak dasar dan tindakan tentang mengembangkan pertanian dan desa. Beberapa anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China menganjurkan bahawa China harus meningkatkan penubuhan sektor perkhidmatan awam di desa China, khususnya dalam bidang sukan.

Perbezaan antara bandar dengan desa terdapat dalam pelbagai bidang termasuklah pembinaan kemudahan sukan. Walaupun ramai pemain dan atlet terkemuka China berasal dari desa, akan tetapi aktiviti sukan tidak popular di desa sebanding dengan di bandar.

Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Encik Chen Yaobang merupakan bekas Menteri Pertanian China dan sekarang menjawat jawatan Pengerusi Persatuan Sukan Petani China. beliau berkata, "Banyak faktor yang menyebabkan perkembangan sukan lebih mundur di desa berbanding di bandar, termasuklah kekurangan kemudahan sukan dan peruntukan. Masa lapang petani yang sedikit dan aktiviti sukan kurang diadakan."

Walau bagaimanapun, petani China dapat mengatasi masalah kekurangan tempat dan kemudahan sukan. Mereka menggabungkan kemudahan sukan dengan kemudahan pengeluaran. Encik Chen memberi contoh seperti di provinsi Hubei China, petani menggabungkan tempat bersukan dengan tempat bekerja. Pada waktu lapang, mereka bermain bola keranjang di tempat menjemur padi.

Anggota Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China yang juga bekas Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Zhang Faqiang menyatakan bahawa, "Kemudahan sukan di desa tidak perlu besar. Semasa waktu lapang, petani boleh menggunakan tempat aktiviti sukan sebagai tempat menjemur padi, makan angin, mengadakan malam keramaian, mengadakan persidangan, menayangkan wayang gambar dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, kemudahan sukan digabungkan dengan kemudahan kebudayaan."

Encik Chen Yaobang berpendapat bahawa pada keseluruhannya aktiviti sukan yang dilaksanakan di kawasan desa China adalah baik. Aktiviti sukan bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan penduduk di kampung, tetapi juga berfaedah bagi keharmonian hidup mereka. Encik Chen berkata, "Penduduk di kawasan desa China berpendapat bahawa meningkatkan kesihatan petani dan melaksanakan aktiviti sukan merupakan perkara yang sangat penting. Khususnya mengadakan aktiviti perlumbaan yang mempunyai ciri keistimewaan tempatan seperti tarian naga, tarian singa, perlumbaan mendayung perahu naga dan peraduan tarik tali serta acara sukan moden seperi bola keranjang dan bola ping pong. Aktiviti tersebut sangat diminati ramai dan berfaedah meningkatkan perpaduan penduduk sekampung."

Aktiviti sukan amat berfaedah. Sekiranya aktiviti sukan ingin dilaksanakan di seluruh desa China, peruntukan dan sokongan kerajaan amat diperlukan. Oleh itu, Encik Zhang Faqiang menganjurkan bahawa kewangan pusat China harus meningkatkan peruntukan dalam bidang pembinaan kemudahan sukan di kawasan desa. Beliau difahamkan bahawa Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China bercadang memperuntukkan 30 juta Yuan RMB untuk membina kemudahan sukan di kawasan desa. Beliau menganjurkan bahawa Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China mengambil peruntukan daripada tabung awam loteri untuk menyokong pembangunan sukan di kawasan desa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |