v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Majlis Penyampaian Anugerah "10 Atlet Terbaik Dunia" akan Diadakan di Beijing
2006-03-28 15:27:49 Agensi Berita Xinhua China

Majlis penyampaian anugerah "10 Atlet Terbaik Dunia" akan diadakan di Beijing pada 9 April 2006. Dimaklumkan oleh Jawatankuasa Penganjur Majlis Anugerah itu bahawa selain bintang sukan China termasuklah Ding Junhui, Liu Xiang, Guo Jingjing, Cheng Fei, Liu Chunhong dan pasukan badminton negara China akan menyertai majlis tersebut atas undangan, atlet Gimnastik veteran Rusia, Svetlana Khorkina, juara dunia bola Pingpong, Werner Schlager serta bekas atlet lompat galah tersohor Rusia, Rodion Gataullin juga akan menyertai majlis penyampaian anugerah kali ini.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik London 2012 yang juga juara Olimpik lumba lari jarak panjang dan sederhana, Sebastian Cole akan menghadiri majlis tersebut sebagai tetamu kehormat majlis tersebut.

Difahamkan, Encik Bola Sepak Dunia, Ronaldinho Gaucho telah mendapat undangan daripada pihak penganjur majlis tersebut, akan tetapi beliau tidak dapat menghadiri majlis itu disebabkan beliau akan menyertai perlawanan Kelab Barcelona pada 9 April. Pegawai kelab itu dalam suratnya kepada pihak penganjur majlis itu berkata bahawa mereka akan mengirim bola sepak dan pakaian Ronaldinho Gaucho yang ditandatangani oleh beliau sendiri serta satu rakaman video untuk membalas sokongan peminat sukan bola sepak di China.

Tahun ini ialah "Tahun Rusia" di China. Kedatangan ramai atlet veteran Rusia ke China akan mendorong pertukaran pihak China dan Rusia dalam bidang sukan.

Bekas atlet Gimnastik veteran Rusia, Svetlana Khorkina telah menyandang jawatan Naib Pengerusi Persatuan Gimnastik Rusia. Beliau akan menyertai majlis itu bersama-sama adik perempuannya yang juga atlet Gimnastik.

Majlis penyampaian anugerah "10 Atlet Terbaik Dunia" merupakan satu aktiviti pemilihan atlet terbaik dunia di China yang merangkumi atlet luar negara.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |