v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Aktiviti Sukan Dilaksanakan di Kawasan Perumahan Beijing
2006-03-30 10:46:03 CRI

Setiap pagi, seiring dengan alunan muzik, penduduk di kawasan perumahan Nongguangdongli Beijing bermain pedang Taici di kawasan lapang. Mereka berharap melalui aktiviti tersebut dapat meningkatkan tahap kesihatan masing-masing. Puan Liu Xiuming merupakan seroang guru yang telah bersara. Beliau belajar pedang Taici dan mengajarkan aktiviti tersebut para jirannya. Sekarang seramai tujuh atau lapan puluh orang menyertai kumpulan bermain padang Taici tersebut. Para anggota kumpulan membeli pakaian, pita keset, mesin rakam dan lain-lain. Semasa memperkatakan perkembangan kumpulan tersebut, Puan Liu berkata, "Semangat kami semua sangat berkobar-kobar. Para peserta berumur dari 20 hingga 80 tahun. Aktiviti tersebut telah dilaksanakan selama tujuh tahun, kesihatan kami meningkat dengan ketara."

Puan Shen, salah seorang anggota kumpulan bermain padang Taici tersebut memberitahu wartawan bahawa, "Saya tidak lagi mengalami selesema pada musim sejuk dan kaki saya yang sakit, pulih semula kerana menyertai aktiviti sukan tersebut. Pengajaran guru amat baik dan kami semua bersama-sama bermain padang Taici, saya berasa sangat gembiara selepas bersara. Aktiviti sukan telah menjadikan kehidupan saya ceria. Tiap-tiap pagi, saya beriadah di sini dan saya berasa sangat gembira."

Ketua kumpulan padang Taici Encik Wang Bohua menyatakan bahawa antara para peserta ramai warga tua yang kurang sihat pada masa dulu telah sembuh kini melalui penyertaan aktiviti sukan. Beliau berkata, "Melalui latihan selama lebih kurang tujuh tahun, kesihatan kami semua sangat baik. Beberapa orang tua yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi sudah sembuh. Kami menang mendapat faedah daripada aktiviti sukan. Oleh itu, kami mengekalkan riadah tersebut pada setiap hari, tidak kira hujan turun atau angin kencang. Walapun turun sajli, kami membersihkan tempat ruang dan mengekalkan riadah. Badan dan semangat kami bertambah baik sekarang."

Walaupun aktiviti riadah yang dilaksanakan di kawasan perumahan Nongguangdongli mendapat sambutan hangat, namun begitu tempat dan kemudahan sukannya amat terhad. Puan Liu berkata, "Kami dapati tempat riadah agak kecil dan tidak cukup ruang untuk bermain padang. Saya berharap pihak kerajaan dapat meningkatkan peruntukan dalam pembinaan kemudahan sukan di kawasan perumahan."

Sebenarnya, masalah di kawasan perumahan Nongguangdongli merupakan isu yang terdapat di mana-mana kawasan perumahan di Beijing. Perselisihan antara keperluan penduduk dengan kekurangan kemudahan sukan merupakan salah satu masalah tumpuan yang dipentingkan oleh kerajaan Beijing. Peraturan Riadah Penduduk Beijing yang dikuatkuasakan pada bulan Mac tahun ini telah menyediakan jaminan perundangan untuk aktiviti riadah penduduk. Seiring dengan perkembangan persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008, pembinaan kemudahan sukan di kawasan perumahan Beijing juga turut akan disemburnakan.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |