v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Kerajaan China akan Mulakan Projek Riadah Petani
2006-03-31 15:15:54 CRI

Jabatan Pentadbiran Am Sukan China di Beijing pada Rabu minggu ini telah mengumumkan bahawa kerajaan China akan memulakan "Projek Sukan Riadah Kaum Petani" pada tahun ini.

Program Rancangan Lima Tahun Ke-11 Perkembangan Ekonomi dan Sosial China yang diluluskan dalam Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China tahun ini telah mengemukakan cadangan yang mendorong pelaksanaan projek sukan riadah dalam kalangan petani. Ini merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan China untuk mendorong pembangunan desa baru sosialisme dan juga bermakna penting bagi meningkatkan kesihatan kaum tani, meningkatkan tahap peradaban serta mendorong perkembangan usaha sukan di kawasan desa.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada hari Rabu, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Sukan China, Feng Jianzhong terlebih dahulu telah memperkenalkan keadaan projek tersebut.

Beliau berkata, projek sukan riadah kaum petani akan dilaksanakan di setiap kampung. Pembinaan kemudahan sukan riadah awam yang sederhana dan berkesan akan diberikan keutamaan. Kemudahan riadah akan dibina berhampiran dengan rumah petani, di samping mendorong penubuhan organisasi sukan di kawasan desa, pembinaan pusat sukan riadah, melaksanakan aktiviti sukan serta menubuhkan sistem perkhidmatan sukan di kawasan desa.

Feng Jianzhong menjelaskan bahawa situasi perkembangan sukan di kawasan desa China adalah tidak memuaskan. Jumlah penduduk di kawasan desa China hampir menduduki 80% daripada jumlah penduduk keseluruhan China. Akan tetapi, keputusan penyelidikan keadaan perkembangan sukan dalam kalangan penduduk China yang dibuat pada tahun 2001 menunjukkan bahawa kaum tani yang sentiasa menjalankan aktiviti sukan hanya menduduki 8.4% daripada jumlah orang yang sentiasa menjalankan aktiviti itu di China. Kita boleh mendapati bahawa nisbah kaum tani yang menyertai aktiviti riadah adalah sangat rendah. Selain itu, tahap kesihatan kaum tani China juga rendah daripada pekerja di bandar China. Oleh sebab itu, meningkatkan kualiti kesihatan kaum tani merupakan tugas yang mendesak bagi kerajaan China.

Feng Jianzhong menambah bahawa kekurangan kemudahan sukan terutamanya kekurangan tempat yang mengadakan aktiviti sukan telah mengekang perkembangan aktiviti sukan di kawasan desa. Berdasarkan statistik bahawa sekarang terdapat lebih 850 ribu buah lapangan sukan di China, antaranya hanya terdapat 8.18% berada di kawasan desa. Maka, pembinaan lapangan sukan di kawasan desa mesti diberikan keutamaan dalam pelaksanaan projek sukan riadah kaum petani.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |