v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Bandar Xiamen China Berjaya Mencipta Pertandingan Maraton yang Terkenal
2006-04-06 15:26:21 CRI

Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen 2006 telah ditutup pada 25 Mac lalu. Walaupun pertandingan tersebut mula diadakan pada tahun 2003, akan tetapi bandar Xiamen telah berusaha menjadikannya sebagai pertandingan antarabangsa yang terkenal.

Bandar Xiamen terletak di provinsi Fujian, selatan China dan berhadapan dengan Taiwan di seberang laut. Cuaca di sana sangat nyaman. Suhu putaranya ialah 20 darjah selsius dan sangat sesuai untuk diadakan pertandingan Maraton. Pada tahun 2003, bandar Xiamen buat pertama kalinya telah mengadakan pertandingan Maraton antarabangsa dan telah mencapai kejayaan besar. Pertandingan tahun ini merupakan pertandingan keempat yang diadakan oleh bandar Xiamen.

Untuk menjamin pertandingan tersebut berjalan lancar, Suruhanjaya Penganjur Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen telah membuat persiapan yang sempurna dalam bidang rawatan kecemasan, lalu lintas, perkhidmatan dan lain-lain. Contohnya seperti pihak penganjur telah meletakkan 18 pusat rawatan kecemasan dan 23 pusat penyediaan air minum dan menempatkan 800 orang doktor dan jururawat serta 20 buah kereta ambulans supaya dapat menyediakan perkhidmatan rawatan kecemasan. Pihak polis bandar Xiamen juga turut menetapkan lebih 10 cadangan kecemasan dan menugaskan lebih 4000 orang anggota polis dapat menjamin keselamatan di laluan pertandingan. Selain itu, seramai 15000 orang sukarelawan berkhidmat di dalam dan luar padang pertandingan supaya menyediakan perkhidmatan pada bila-bila masa.

Selain syarat tertentu, penyertaan atlet terkemuka dunia merupakan indeks utama dalam menilai sesuatu pertandingan maraton. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Penganjur Pertandingan Maraton Xiamen telah mempelawa beberapa atlet maraton terkenal di dunia. Antara peserta pada tahun ini termasuklah dua atlet terkenal Kenya Chebunei Munji dan Raymond Kipkoech. Semasa diwawancara oleh wartawan, Chebunei Munji menyatakan bahawa, "Saya mengucapakan terima kasih kepada Suruhanjaya Penganjur Pertandingan Maraton Xiamen kerana mempelawa saya mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Saya berasa amat bertuah. Saya suka Xiamen, orang di sini sangat peramah dan baik hati. Saya berasa gembira datang ke Xiamen untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini."

Salah satu unit Pertandingan Maraton Xiamen Antarabangsa ialah mendapat reaksi positif penduduk Taiwan. Bermula dengan pertandingan pertama sehinggalah pertandingan pada tahun ini, ahli Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Taipei Encik Wu Jingguo telah mengetuai delegasi peserta dalam Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen pada setiap kali. Beliau berpendapat bahawa Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen bukan sahaja telah mencapai kejayaan besar, tetapi juga telah meningkatkan pertukaran sukan dan kebudayaan kedua-dua pantai selat Taiwan. Beliau berkata, "Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen semakin berjaya, jumlah peserta semakin ramai, hadiah wang tunai semakin bertambah dan kepopularannya di dunia juga semakin meningkat. Pertandingan sukan yang hanya diadakan selama empat tahun sukar mencapai kejayaan tersebut. Saya optimis terhadap pertandingan yang akan diadakan pada masa depan. 300 orang peserta dalam delegasi kami berharap agar berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut pada setiap tahun."

Naib Pengerusi Persatuan Olahraga China Encik Wang Dawei berpendapat bahawa Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen harus bersama-sama dengan Pertandingan Maraton Antarabangsa Beijing yang dianggap sebagai dua pertandingan maraton terkenal China. Beliau berkata, "Pertandingan Maraton Antarabangsa Xiamen telah menunjukkan kemajuan yang besar dalam empat tahun yang singkat. Sokongan kerajaan dan penyertaan para penduduk telah mencipta pertandingan maraton yang sangat terkenal. Kedua-dua pertandingan tersebut boleh diadakan pada musim yang berbeza supaya dapat berkongsi pengalaman masing-masing."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |