v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pengadil Acara Pingpong China Perkatakan Perubahan Peraturan
2006-04-13 13:45:32 CRI

Permainan pingpong merupakan salah satu acara sukan yangPingpong Antarabangsa kerap kali mengubah peraturan, seperti saiz bola dibesarkan, sistem 11 mata, tanpa rintangan semasa membuat servis dan lain-lain. Disebabkan oleh jurang perbezaan antara para pemain unggul pelbagai negara tidak besar maka sistem 11 mata terlalu singkat berbanding sistem 21 mata pada masa dahulu. Para peminat permainan pingpong juga berpendapat bahawa pertandingan sistem 11 mata terlalu singkat. Ada pihak berpendapat bahawa perubahan peraturan tersebut dilaksanakan bersasarkan pasukan China. Sehubungan dengan pandangan tersebut, para pengadil acara pingpong China mempunyai pandangan yang tersendiri. Pengadil peringkat antarabangsa Encik Ye Xiaoping berkata, "Setiap pemain pingpong mempunyai keunikan yang berbeza. Misalnya pemain China Kong Linghui dan Liu Guozheng merupakan pemain yang dapat memberikan persembahan terbaik pada masa yang lebih lewat, pemain China Wang Liqin merupakan pemain yang dapat memberikan persembahan yang baik dengan cepat. Prestasinya agak baik di dunia, akan tetapi pemainnya yang tidak stabil merupakan masalah utama bagi beliau. Pemain China Ma Lin merupakan pemain yang sangat berani melancarkan serangan, akan tetapi persembahannya membimbangkan para penonton. Sistem 11 mata amat berpengaruh kepada mereka."

Sistem 11 mata menjadikan para pemain tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengubahsuaikan diri dengan pihak lawan. Pemain China sudah biasa mengenali cara pihak lawan pada masa lebih kurang 10 minit dalam pertandingan dan mengubahsuasikan diri sendiri. Peraturan tanpa rintangan semasa membuat servis juga turut menjejaskan persembahan beberapa pemain lelaki China, seperti pemain veteran China Liu Guoliang yang bergantung kepada kelebihan membuat servis untuk memperoleh mata juga hilang kelebihannya.

Ye Xiaoping berpendapat bahawa peraturan baru menyusahkan persembahan pemain China dalam pertandingan. Beliau berkata, "Pelaksanaan peraturan baru menjadikan pasukan Republik Korea menjadi pesaing paling hebat bagi pasukan China. Sisitem 11 mata mempercepat rentak pertandingan. Semua rancangan turut berubah dan mempunyai jurang yang berbeza dengan sistem 21 mata."

Sistem 11 mata menuntut pemain segera memainkan peranaan semasa pertandingan dimulakan. Pertandingan yang semakin sengit merupakan cabaran besar bagi pskologi para pemain. Manakala, bola yang bersaiz besar berfaedah bagi pemain yang berkekuatan besar. Keunikan pemain Republik Korea adalah pada kekuatannya yang besar. Ini juga turut menjadi penyebab utama pemain Republik Korea kerap kali meraih pingat emas dalam pertandingan acara pingpong peringkat antarabangsa. Sehubungan dengan keunikan pemain Republik Korea, selain mementingkan teknikal, pengadil Yang Xi juga berpendapat bahawa, "Pemain China harus mengekalkan kelebihan dalam ketiga-tiga mata terlebih dahulu di samping, meningkatkan prestasi dalam menghadapi tentangan dan harus mempunyai kehebatan sendiri."

Dimaklumkan bahawa Persatuan Pingpong Antarabangsa sedang menubuhkan sebuah sekolah pingpong di Beijing supaya lebih ramai pemain Eropah berlatih dan mengambil bahagian pertandingan di China. Persatuan Pingpong Antarabangsa berpendapat bahawa prestasi pasukan pingpong China agak tinggi dan berharap China boleh membantu negara-negara lain. Tindakan tersebut dapat memperkenalkan pemain asing terhadap pemain China dan meningkatkan keupayaan pemain China meraih pingat emas dalam pertandingan antarabangsa.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |