Setiap sukan Olimpik dianjurkan secara berjaya atau tidak, upacara perasmian akan memainkan peranan yang sangat penting. Bagaimana upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008? Kini, kita tidak tahu. Akan tetapi, untuk menjamin upacara perasmian dapat diadakan secara cemerlang, BOCOG baru-baru ini telah membentuk satu kumpulan perancangan upacara perasmian dan penutupan sukan Olimpik Beijing yang terdiri daripada beberapa budayawan dan seniman China dan asing yang terkenal.
IOC menganggarkan bahawa lebih 3 bilion orang di dunia akan menonton upacara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008 menerusi TV. Maka, rancangan upacara perasmian sangat sukar. Melalui pungutan cadangan penciptaan dan pemilihan, kumpulan perancangan upacara perasmian sukan Olimpik Beijing telah diumumkan. Mereke juga bertanggungjawab rancangan upacara penutupan sukan Olimpik Beijing.
Dalam kumpulan tersebut, tokoh yang paling menarik ialah Pengarah Agung Upacara Perasmian dan Penutupan Zhang Yimou. Keistimewaannya adalah pandai menggunakan unsur budaya tradisional China dalam filem, dan membolehkan penonton-penonton China dan asing memahami, menerima dan menghargai unsur tersebut. Ini juga merupakan alasan penting bagi BOCOG memilih Zhang Yimou sebagai Pengarah Agung upacara perasmian dan penutupan.
Steven Spielberg seorang pengarah terkenal lain yang pernah beberapa kali memperoleh piala Oscar juga menyertai rancangan upacara tersebut. Matlamat BOCOG mengundang Spielberg adalah berharap beliau dapat menyediakan konsep dunia.
Menurut pembayangan BOCOG, upacara perasmian dan penutupan sukan Olimpik Beijing harus mencerminkan semboyan yang bertemakan "Satu Dunia, Satu Mimpi".
Upacara perasmian Sukan Olimpik Sydney 2000, Sukan Olimpik Athens 2004 dan Sukan Olimpik Musim Sejuk Turin amat menarik. Pengerusi BOCOG Liu Qi menyatakan bahawa taraf upacara perasmian sukan Olimpik Beijing akan mempengaruhi Sukan Olimpik Beijing 2008 secara langsung.
|