v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Renang China Capai Kejayaan dalam Kejohanan Renang Dunia FINA ke-8
2006-04-26 14:54:42 CRI

Baru-baru ini, Kejohanan Renang Dunia(25m) FINA ke-8 ditutup di Shanghai China. Pasukan China telah mencapai kejayaan besar dalam pertandingan tersebut. Kejayaan tersebut meningkatkan keyakinan pasukan China untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Acara renang merupakan salah satu acara yang banyak mempertandingkan pingat emas dalam Sukan Olimpik. Persembahan pasukan renang China yang kurang memuaskan pada tahun-tahun kebelakangan ini. Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, pasukan renang China meraih satu pingat emas dan satu pingat perak. Dalam Kejohanan Renang Dunia FINA 2005, pasukan China tidak memperoleh pingat emas dan hanya meraih satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Akan tetapi dalam Kejohanan Renang Dunia (25m) FINA ke-8 yang baru ditutup di Shanghai China, pasukan China telah meraih lima pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa. Kejayaan tersebut meningkatkan keyakinan pasukan China untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pemain veteran China Qi Hui yang meraih tiga pingat emas dalam acara renang rampaian wanita 200 meter, 400 meter dan renang kuak dada wanita 200 meter telah menjadi salah seorang bintang sukan dalam kejohanan tersebut. Memandang masa depan, Qi Hui berharap akan meraih satu pingat emas daripada ketiga-tiga acara tersebut dalam Sukan Olimpik Beijing. Beliau berkata, "Sebagai seorang peserta veteran, saya mengalami banyak kecederaan, oleh itu, saya akan menjaga kesihatan saya sehingga dua tahun akan datang. Saya berusaha untuk mencapai kejayaan yang besar dalam ketiga-tiga acara tersebut dalam Sukan Olimpik Beijing 2008."

Di samping kejayaan besar yang dicapai oleh peserta veteran China, peserta muda pasukan renang China juga turut menujukkan prestasi dan potensi yang baik. Antara peserta pasukan China dalam pertandingan tersebut lebih separuh daripadanya ialah peserta muda. Walaupun peserta muda yang buat pertama kalinya mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat antarabangsa, akan tetapi persembahan mereka juga turut menunjukkan potensi yang baik dan telah mendapat sanjungan tokoh-tokoh kalangan acara renang antarabangsa. Mereka merupakan harapan pasukan renang China dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.

Ketua jurulatih baru pasukan renang China Zhang Yadong berpuas hati terhadap kejayaan yang dicapai oleh pasukan renang China dalam kejohanan tersebut. Beliau berpendapat bahawa tekanan dan kurang kepercayaan merupakan masalah peserta renang China dalam Sukan Olimpik. Dalam kejohanan tersebut, kesemua peserta China sama ada peserta veteran atau muda turut menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap diri sendir. Maka, itulah yang menyebabkan pasukan renang China mencapai kejayaan besar dalam kejohanan tersebut. Beliau berkata, "Saya berpendapat bahawa perkara yang harus disanjung dalam pertandingan kali ini ialah peningkatan keyakinan keseluruhan anggota pasukan kami. Walaupun prestasi kami masih terdapat jurang berbanding dengan peserta Eropah dan Amerika, akan tetapi sekiranya kami percaya terhadap diri sendiri, berusaha dengan bersungguh-sungguh, selepas dua tahun, kami tentu akan mencapai kejayan yang besar."

Kejayaan yang dicapai oleh pasukan renang China dalam kejohanan tersebut merupakan kejayaan yang paling baik yang dicapai oleh pasukan renang China dalam kejohanan renang dunia. Kejayaan tersebut bukan sahaja meningkatkan keyakinan terhadap perenang China, tetapi juga menjadikan tokoh-tokoh profesional kalangan renang dunia memberi pengiktirafan kepada perenang China. Pengerusi Persekutuan Renang Antarabangsa FINA berkata, "Saya percaya, peserta acara renang China tentu akan mencapai kejayaan yang memuaskan hati dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, sebab mereka mempunyai kehebatan dan hasrat yang tinggi."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |