v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pasukan Badminton China Sekali Lagi Menangi Juara Dunia
2006-05-08 11:21:59 Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas yang diadakan di Gimnasium Metropolitan Tokyo semalam, pasukan lelaki China mengalahkan pasukan lelaki Denmark dengan kemenangan 3-0.

Ketua Jurulatih pasukan badminton China Li Yongbo memuji pemainnya telah memperlihatkan taraf tertinggi pertandingan badminton kini di dunia dalam perlawanan akhir tersebut.

Dalam perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Uber yang telah diadakan pada 6 Mei, pasukan wanita China telah kali ke-10 berjaya memegang piala Uber setelah menewaskan pasukan Belanda dengan kemenangan 3-0.

Setakat ini, China telah memenangi Piala Uber selama lima kali berturut-turut dan dua kali berturut-turut memenangi Piala Thomas. Dari tahun 1984 hingga tahun 1992, pasukan wanita China juga pernah memenangi Piala Uber selama lima kali berturut-turut. Ini menandakan kekuatan pasukan China telah sekali lagi mencapai peringkat tertinggi di dunia sejak memasuki abad yang baru.

Kedudukan pertama pasukan wanita China di dunia tidak mudah digoyongkan. Li Yongbo pernah menyatakan bahawa jika kejohanan mengizinkan China menghantar dua pasukan, jadi perlawanan akhir pasti akan diadakan antara kedua-dua pasukan China. Yang paling memuaskan ialah pasukan lelaki China yang dulunya agak lemah berbanding pasukan wanita kali ini juga memperlihatkan kekuatan yang luar biasa. Lebih-lebih pemain utama China Lin Dan telah menduduki kedudukan pertama selama 3 tahun berturut-turut dalam senarai pemain lelaki di dunia.

Akan tetapi, untuk mencapai hasil yang baik dalam Sukan Olimpik yang akan diadakan di Beijing 2 tahun kemudian, pasukan badminton harus berusaha mengekalkan kekuatannya. Meskipun pasukan China tidak mudah dikalahkan dalam pertandingan berpasukan, akan tetapi dalam Sukan Olimpik hanya akan diadakan pertandingan perseorangan, manakala para pemain Eropah juga lebih mementingkan pertandingan perseorangan, kekuatan mereka tak boleh dipandang ringan. Pasukan badminton China harus bersiap secara baik sejak kini untuk menghadapi cabaran yang keras dari pemain pelbagai negara lain dalam Sukan Olimpik Beijing.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |