v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pegawai IOC Sanjung Pembinaan Gelanggang dan Stadium Sukan Olimpik Beijing
2006-05-17 14:17:16 Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai-pegawai Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik Beijing IOC telah meninjau beberapa gelanggang dan stadium sukan Olimpik termasuk Stadium Kebangsaan dan Pusat Renang Kebangsaan yang sedang dalam pembinaan. Mereka berpuas hati atas keadaan pembinaannya.

Presiden Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik Beijing IOC Hein Verbruggen telah mengadakan tinjauan ke atas Stadium Kebangsaan pada Oktober tahun lalu. Selepas setengah tahun, rangka bentuk "Sarang Burung" stadiumnya kelihatan megah sekali.

Ahli OIC dari Taibei China, Wu Jingguo pernah menyertai kerja pengenal pasti reka bentuk Pusat Renang Kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa walaupun terdapat masalah tekuik yang dihadapi dalam proses pembinaan "Sarang Burung" dan "Kubus Air", akan tetapi, jabatan pembinaan telah mencari cara penyelesaian. Beliau juga berkata, bangunan merupakan sebahagian seni budaya. Beliau percaya bahawa sukan Olimpik Beijing merupakan "pameran kebudayan seni bina Sukan Olimpik yang terbaik".

Penggunaan gelanggang dan stadium yang selepas pertandingan masih merupakan salah satu masalah IOC yang paling banyak diberi perhatian.

Sidang ke-6 Suruhanjaya Penyelarasan Sukan Olimpik ke-29 IOC akan dirasmikan petang hari ini. Dalam sidang tersebut yang berlangsung selama 3 hari tersebut, selain meninjau keadaan pembinaan gelanggang dan stadium sukan Olimpik, suruhanjaya penyelarasannya juga akan mendengar taklimat Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing tentang kerja persiapan Sukan Olimpik 2008 dan mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing tentang kerja pelbagai aspek termasuk pertandingan, perkhidmatan media, aktiviti kebudayaan dan lain-lain.

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |