v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Rakyat China Minat Acara Sukan dalam Percutian Minggu Emas 1 Mei
2006-05-18 14:54:50 CRI

Seiring dengan sekamin ramai rakyat China yang meminati akan sukan dan riadah, semasa minggu emas 1 Mei yang lalu, cara percutian tradisional seperti membeli-belah, makan bersama-sama dan lain-lain tidak lagi memenuhi keperluan rakyat China. Sebaliknya aktiviti memancing ikan, menunggang kuda, bermain bowling, bermain tenis dan acara-acara yang lain telah menjadi pilihan utama rakyat China dalam percutian

Di Daerah Shunyi, kawasan di sekitar Beijing terdapat beberapa kolam air. Pada hari-hari biasa, tidak ramai pelancong ke sana. Akan tetapi, dalam tempoh minggu emas 1 Mei tahun ini, ramai penduduk pergi memancing ikan di sana. Dimaklumkan, aktiviti memancing ikan, di samping menikmati keindahan alam sekitar dan juga beriadah merupakan pilihan utama beberapa keluarga Beijing dan Shanghai dalam tempoh percutian minggu emas 1 Mei.

Kelab Memancing Ikan Tianbao Beijing merupakan salah sebuah kelab terbesar di Beijing dan mempunyai beberapa ratus ahli . Pengerusinya Encik Qin Baohua memaklumkan bahawa dalam tujuh hari minggu 1 Mei, kelabnya telah menerima lebih seratus ahli. Beliau berkata, "Kami telah mengadakan beberapa aktiviti di Daerah Shunyi dalam tempoh percutian 1 Mei, kebanyakannya ialah aktiviti memancing ikan di kolam. Setiap kali, seramai sepuluh atau dua tiga puluh peserta termasuk beberapa sekeluarga datang ke sini. Mereka membawa perkakas dapur bersama-sama untuk berkelah."

Ahli kelab tersebut Puan Zhang Qin telah menyertai aktiviti memancing di kelab itu pada cuti 1 Mei yang lalu. Beliau memberitahu wartawan bahawa pada masa lalu, beliau sentiasa berada di rumah atau membeli-belah. Tetapi beliau berasa sangat bosan. Beliau berasa memancing ikan pada hari cuti amat baik, di samping boleh menikmati kegembiraan melancong juga boleh meningkatkan tehap kesihatan.

Memancing ikan merupakan salah satu acara yang menyempurnakan minat seseorang, tetapi tidak sesuai bagi golongan muda. Permainan tenis boleh memenuhi minat golongan muda bandar China. Ketua Kelab Tenis Antarabangsa Jiangxinzhilun yang terletak di Daerah Chaoyang, Beijing memaklumkan bahawa, "Kami mempunyai 6 gelanggang terbuka dan 7 gelanggang tertutup. Ahli boleh bermain tenis dari pukul 8 pagi hingga 11 malam. Hampir kesemua gelanggang ditempah pada minggu 1Mei, khususnya dari 1 hingga 3 Mei. Kami menerima 40 hingga 50 orang ahli pada setiap hari."

Dimaklumkan bahawa acara sukan tradisional seperti badminton, pingpong dan lain-lain tidak dapat memenuhi keperluan penduduk bandar China. Acara moden seperti baling damak, paraglider, selam air menunggang kuda dan lain-lain semakin diminati ramai di China. Antaranya, acara menunggang kuda telah menjadi acara riadah yang sangat diminati di China. Ramai peminatnya telah menunggang kuda dalam cuti minggu 1 Mei.

Ketua Kelab Menunggang Kuda Tianxingtiaoliang di Daerah Chaoyang Beijing Wang Ping memaklumkan bahawa "Kelab kami telah menambah ramai ahli baru dalam percutian minggu 1 Mei. Kebiasaannya mereka datang sekeluarga atau bersama-sama beberapa orang kawan. Kemampuan anggota lama lebih baik, anggota baru harus belajar daripada permulaan seperti menaiki kuda, berkenalan dengan kuda dan lain-lain."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |