v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan Orang Kurang Upaya China
2006-05-25 10:14:07 CRI

Terdapat sekumpulan atlet yang isitimewa, walaupun mereka tidak mempunyai badan yang sihat, akan tetapi mereka mempunyai semangat yang tinggi, mereka ialah atlet orang kurang upaya. Di China, ramai orang kurang upaya berkecimpung dalam bidang sukan untuk melahirkan keyakinan diri. Paralimpik ke-13 yang akan diadakan di Beijing pada tahun 2008 akan menyediakan peluang yang berharga kepada mereka. Wang Lijing, seorang gadis cacat penglihatan yang berumur 17 tahun berasal dari Tianjian China. Semasa berumur 8 tahun, Wang Lijing berminat akan acara bola pintu orang buta. Bakatnya dalam bidang sukan telah dikesan oleh Persekutuan Orang Kurang upaya Tianjin. Selepas itu, Wang Lijing berubah kepada latihan judo. Melalui latihan selama tiga tahun, sekarang beliau telah menjadi atlet judo yang bertaraf tinggi di China dan dianggap mempunyai kehebatan bagi meraih pingat emas dan perak dalam pertandingan dunia.

Semasa ditanya apakah kesukaran yang paling besar dalam latihan, beliau berkata, "Semasa berlatih, bagi orang biasa, jurulatih kan menunjukkan sesuatu pergerakan namakala pelatih akan memperhatikan setiap pergerakan itu. Akan tetapi kami tidak dapat melihat, oleh itu jurulatih mengajar kami melalui tangan."

Wang Lijing berlatih dalam masa lima jam sehari dan selama enam hari seminggu. Latihan dan pertandingan merupakan rutin hidupnya. Cara hidup yang membosankan tersebut mungkin sukar dihadapi oleh orang biasa, akan tetapi Wang Jingli menikmati kegembiraan dalam kehidupan tersebut. Beliau berkata, "Pada masa dahulu, saya tidak berminat akan sukan. Selepas saya mengikuti latihan judo, semangat saya menjadi kental. Latihan menjadikan saya faham akan perkara-perkara yang melampaui batas, melampaui kemampuan diri, menyempurnakan diri dan berusaha untuk berjaya."

Terdapat ramai atlet kurang upaya seumpana Wang Lijing di China. Melalui penglibatan dalam bidang sukan akan melahir keyakinan diri. Dalam Sukan Olimpik Athens 2004, seramai 23 atlet China membaharui 29 rekod dunia dan kontinjen China menduduki tangga teratas dalam senarai perolehan pingat emas. Akan tetapi, mengekalkan kedudukan tersebut bukan matlamat industri sukan orang kurang upaya China. Naib Setiausaha Agung Tetap Jawatankuasa Penganjur Sukan Paralimpik China Zhao Sujing menyatakan bahawa, "Bagi kami perkara yang lebih penting ialah ketinggian semangat yang ditunjukkan oleh atlet orang kurang upaya kami. Mereka boleh melahir keyakinan diri semasa bertanding. Sebagai orang kuang upaya, mereka juga boleh mengharumkan nama negara. Oleh itu, atlet orang kurang upaya mampu berlatih dengan gigih, tanpa digesa oleh jurulatih, peranan jurutlatih biasanya menasihati mereka supaya mengurangkan latihan."

Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing juga turut menyatakan bahawa Sukan Paralimpik ke-13 harus diberi tumpuan sama penting seperti Sukan Olimpik Beijing 2008. Atas peluang penganjuran Sukan Paralimpik tersebut, masyarakat China harus meningkatkan kesedaran dalam memberi perhatian, membantu dan menyokong industri sukan orang kurang upaya China. Zhao Sujing berkata, "Dalam Sukan Paralimpik 2008, mencapai kejayaan cemerlang merupakan salah satu matlamat. Perkara yang lebih penting ialah dorongan terhadap industeri sukan orang kurang upaya seluruh negara khususnya perkembangan sukan awam orang kurang upaya."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |