v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China Capai Kemajuan Besar dalam Pertandingan Catur
2006-06-01 15:06:53 CRI

Sejak pemain catur China Wu Hao menjadi johan dalam Pertandingan Catur Antarabangsa Piala Ying Changqi pada bulan Mac tahun lalu, pemain China telah meraih empat pingat emas berturut-turut dalam pertandingan catur dan catur antarabangsa peringkat dunia. Boleh dikatakan bahawa persembahan pemain catur China amat memuaskan hati pada tahun ini.

Acara catur sudah lama diminati ramai di China. Acara catur, catur antarbangsa dan catur China telah ditetapkan sebagai acara sukan dalam pertandingan. Walaupun acara catur dipopularkan di China lebih awal, namun pemain China tidak mencapai kejayaan yang besar pada beberapa tahun lalu. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut telah berubah pada tahun ini. Dalam lima bulan yang lalu, pemain China telah berturut-turut menjadi johan berturut-turut dalam Pertandingan Terbuka Catur Antarabangsa Piala Insurans Marin dan Kebakaran Samsung ke-10, Pertandingan Catur China-Republik Kores Pertama, Kejohanan Catur Antarabangsa Dunia Wanita 2006 dan Pertandingan Raja Catur Dunia Piala LG ke-10.

Ketua Persatuan Catur China Encik Wang Runan menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh pemain China tersebut merupakan usaha berterusan mereka. Beliau berkata, "Jaguh kami semasa menerima penghargaan orang ramai tentu akan menyedari bahawa kejayaan itu merupakan hasil usaha beberapa generasi. Latihan negara, semangat pasukan, sokongan anggota keluarga, suasana harnomi, tidak boleh kekurangan bagi para pemain."

Pada beberapa tahun yang lalu, kejayaan yang dicapai oleh pemain catur China dalam pertandingan antarabangsa tidak begitu memuaskan hati. Arena catur China berada dalam keadaan yang buntu. Akan tetapi, pasukan catur China tidak berputus asa, selain pemain tidak melepaskan usaha, Persatuan Catur China juga turut meningkatkan latihan terhadap pemain muda. Di samping itu, pasukan catur China merupakan satu kumpulan yang harmoni. Para pemain bertukar-tukar pengalaman permainan dan meningkatkan kehebatan bersama. Pemain catur yang terkenal China Chang Hao berkata, "Walaupun acara catur merupakan acara perseorangan, akan tetapi saya berpendapat bahawa Persatuan Catur China merupakan sebuah kumpulan yang amat baik, kami dapat mengikuti latihan dan mengambil bahagian dalam pertandingan dengan tenang dan gembira."

Wang Runan menyatakan bahawa psikologi yang stabil merupakan perkara penting bagi pemain catur China untuk mencapai kejayaan besar. Pada masa dahulu, pemain China selalu ingin memperoleh kemenangan dalam pertandingan, menyebabkan tekanan diri menjadi lebih besar. Selepas mengalami beberapa kekalahan, pemain catur China menyusun strategi bagi mengatasi masalah tersebut. Pemain China Xu Yuhua berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Catur Antarabangsa Wanita Dunia 2006 dan menjadi ratu baru catur pada bulan Mac lalu. Selepas pertandingan, semasa diwawancara beliau menyatakan bahawa beliau tidak berfikir banyak semasa dalam pertandingan dan hanya menikmati kegembiraan permainan catur antarabangsa.

Walaupun pemain catur China telah mencapai kejayaan besar, akan tetapi mereka akan menghadapi banyak cabaran dan kesukaran. Ketua Jurulatih Pasukan Catur Antarabangsa China Ye Jiangchuan menyatakan bahawa pemain China tidak boleh sombong dengan kejayaan tersebut. Beliau berkata, "Pasukan Catur Antarabangsa Wanita China telah meraih kesemua pingat emas dalam Pertandingan Catur Antarabangsa Kumpulan Olimpik yang telah diadakan sebanyak empat kali. Kami menghadapi keadaan penggantian pemain muda dengan pemain veteran pada tahun ini. Kami harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi cabaran pada masa depan."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |