v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Liu Xiang Sekali Lagi Capai Kejayaan
2006-06-08 12:36:33 CRI

Atlet China Liu Xiang telah mendapat perhatian ramai selepas mengalami kecederaan pada bulan Februari. Melalui rawatan dan rehat, Liu Xiang telah menyertai semula pertandingan dan menjadi johan sebanyak dua kali bagi acara 110 meter lari berpagar lelaki dalam Pertandingan Persekutuan Olahraga Dunia.

Imej yang sihat, kehebatan yang tinggi ditambah dengan semangat yang kental, maka itulah kesan Liu Xiang bagi kita. Selepas Liu Xiang meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens, beliau telah menjadi salah seorang bintang sukan yang diminati ramai di China. Pada bulan Februari lalu, Liu Xiang telah mengalami kecederaan yang di luar jangkaan. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menghentikan latihan sementara dan tidak mengambil bahagian dalam Kejohaan Olahraga Dunia 2006 yang diadakan di Moskow pada bulan Mac lalu.

Orang ramai berharap agar Liu Xiang segera sembuh dan kembali menyertai pertandingan semula. Pada bulan Mei lalu, Liu Xiang menyertai pertandingan semula dan mencapai kejayaan yang besar. Beliau telah menjadi johan dalam pertandingan acara 110 meter lari berpagar lelaki yang masing-masing diadakan di Osaka Jepun dan Eugene, A.S. Dalam pertandingan yang diadakan di Eugene, Liu Xiang telah mengalahkan atlet veteran Perancis Ladji Doucoure dan alet veteran A.S. Allen Johnson. Ini merupakan pertama kalinya Liu Xiang menjadi johan dalam pertandingan yang disertai oleh ketiga-tiga mereka. Liu Xiang berpendapat bahawa pesaing yang paling hebat ialah diri sendiri, dalam setiap pertandingan beliau harus mengalahkan sendiri terlebih dahulu. Beliau berkata, "Terdapat ramai pesaing bagi saya seperi atlet A.S. dan Perancis. Akan tetapi saya berpendapat bahawa pesaing yang paling hebat ialah diri sendiri. Perkara yang penting adalah untuk memberi persembahan yang terbaik dalam pertandingan sama seperti dalam latihan."

Melalui pengalaman yang dikutip dalam pertandingan dan kecederaan yang dialami tersebut menjadikan Liu Xiang semakin matang. Beliau mampu mengekalkan psikologi yang stabil sama ada dalam keadaan cergas atau pun dalam keadaan cedera. Ini merupakan salah satu sebab yang membolehkan beliau sentiasa mencapai kejayaan besar.

Berbanding dengan acara junam, pingpong dan badminton, acara olahraga bukan merupakan acara hebat di China. Kepopularan atlet olahraga China di peringkat dunia tidak begitu menonjol. Liu Xiang yang meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Athens bukan sahaja menjadikan arena sukan sekali lagi mengenai arena olahraga China, tetapi juga memperoleh penghormatan dan sanjungan. Atlet veteran A.S. Allen Johnson merupakan atlet yang terkenal dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki. Beliau pernah empat kali menjadi johan dalam Kejohanan Olahraga Dunia. Dalam pertandingan Sukan Olimpik Athens, Kejohanan Olahraga Dunia 2005 dan Pertandingan Persatuan Olahraga Antarabangsa tersebut, Liu Xiang telah beberapa kali mengalahkan Allen Johnson. Semasa memperkatakan Liu Xiang, Allen Johnson berkata, "Apakah pandangan saya bagi Liu Xiang, beliau terlalu pantas, bintang baru seperi dia semakin hebat."

Pasa masa depan, Liu Xiang akan mengambil bahagian dalam Pertandingan Besar-besaran Lausanne IAAF, Piala Olahraga Dunia dan lain-lain. Sama ada berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008 atau tidak itu tidak penting bagi Liu Xiang. Akan tetapu mengekalkan keadaan yang baik dan meningkatkan prestasi merupakan matlamat beliau. Liu Xiang bercita-cita mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Ketua jurulatih Pasukan Olahraga China Feng Shuyong berkeyakinan terhadap masa depan Liu Xiang. Beliau berkata, "Saya yakin akan Liu Xiang. dia berpotensi besar. Beliau boleh meningkatkan prestasinya dalam pelbagai bidang."

  Berita Berkaitan
  Ulasan
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |